Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Kepala Paip Dan Susu Ibu

 Suka entry ni:-)


Dikongsikan dari blog Azrina. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Salam ibu-ibu...
Hari ini entri istimewa sedikit sebab saya nak cerita pada anda kepala paip hehehehe. Jom kita tengok jenis-jenis kepala paip.


Kepala paip pesen pulas

Kepala paip berkembar



Air paip takdak

Kepala paip pesen pulas

Pesen tekan...lawa dan mahal 

Apa kaitannya kepala paip dengan susu ibu ni? Mudah sahaja dan saya cuba terangkan agar ibu-ibu faham. Penghasilan susu akan berlaku jika ada aktiviti hisapan dari mulut bayi, memerah dengan tangan ataupun mengepam dengan menggunakan breastpump. Susu ibu tidak akan keluar sendiri jika tidak ada yang mengeluarkannya dari payudara, betul tak? Ramai ibu tidak faham fisiologi payudara mereka. Mereka merasa pabila bayi dilahirkan susu ibu terus keluar memancut-mancut macam di bawah ini, betul tak?

Pehhhh kalaulah susu badan kita keluar macam ini lepas bersalin kan best hahaha

No no no...salah tanggapan ibu tu. Aktiviti membanyakkan susu perlu ada beberapa syarat di atas iaitu :
  • hisapan dari mulut bayi
  • memerah menggunakan tangan iaitu teknik Marmet
  • mengepam tidak kiralah apa jenis pam asalkan ibu selesa
Jika tidak ada 3 perkara di atas jawapannya tentulah tidak ada susu. Sejurus bayi dilahirkan, bayi hanya memerlukan 1 sudu kecil = 20ml sahaja sesuai dengan perutnya yang sebesar biji gula dan bayi bukannya memerlukan beroz-oz susu. Ciptaaan Allah perut bayi dapat bertahan 72 jam tanpa apa2 cecair bersamaan dengan kolostrum akan ada 1-3 hari dan seterusnya hari ke-4 susu mula terhasil. Ibu harus memulakan penyusuan sebaik sahaja bayi dilahirkan dan tidak perlu disuplemenkan dengan air masak, formula atau sebagainya. Sebaiknya biarkan bayi menyusu mengikut kehendaknya dan ibu perlu bertenang dan bergembira dengan apa kehendak bayi anda. Let it be and enjoy that moment. Bayi menangis kerana ia perlukan haba dan pelukan ibu dan bukannya lapar ye. Ingat hanya anda yang berhak menentukan kehidupan anak anda dengan memberikan susu ibu. Ibu kena tabah dan kuat semangat. Jangan mengalah pada desakan dan kawal stress anda. Jika perlu hubungi sahabat-sahabat yang mahir tentang penyusuan ataupun boleh juga menghubungi saya untuk bantuan dan sokongan penyusuan.

Good luck!


No comments:

Post a Comment