Teringat semasa anak sulung masuk hospital Ampang Puteri masa umur dia 8 bulan akibat demam dan batuk yang berlarutan. Kuar hospital, banyak ubat yabg dibekalkan. Saya belek ubat batuk dia nama Rhinathiol kalau tak salah. tertulis kat label cara makan mengikut umur. hairan saya, umur paling minima yang tertulis kat label aturan cara makan tu adalah 2 tahun sedangkan anak saya belum pon setahun. Risau hospital tersalah bagi ubat, saya tanyakan pada suami. Jawab suami, "memangla, mana ade ubat batuk untuk budak bawah 2 tahun". Terkesima saya, kalau ubat tu bukan untuk bayi, ape akan jadi bila bayi mengambilnya. Persoalan saya tak terjawab... Masa tu, pemberian antibiotik takdela strict macam sekarang. Bayangkan anak sulung saya kecik2 dah dapat antibiotik sebab dia mmg selalu batuk. Sedih dan rasa bersalah sungguh saya bila mengenangkan anak sulung tidak disusukan dengan susu ibu dengan sepenuhnya akibat kejahilan saya sendiri.
Selsema menyebabkan bayi meragam kerana susah tidur |
Mujurlah saya mengenali Shaklee di bawah naungan kumpulan Euphoria. Itu pon agak lewat, iaitu selapas melahirkan anak ketiga. Banyak sungguh ilmu yang saya dapat lepas join group ni. Antaranya, cara menangani masalah bayi yang selsema dan batuk.
Saya dah praktikkan cara di bawah untuk anak bongsu saya Raudhah. Alhamdullilah, selsema Raudhah cepat sembuh dan batuknya juga tidak belarutan.
Batuk biasanya bermula dengan selsema. Jika bayi selsema, antara petua yang saya dapat adalah seperti berikut
- Petua mak saya, ambil minyak tanah yang sudah ditanak (digunakan), gosokkan sedikit di hujung jari kita, kemudian lurutkan dari hidung bayi, sehingga ke ubun2. Tapi zaman sekarang mana ade org pakai pelita cemeni cam zaman saya kecik2, dulu, jadi mak saya suh pakai minyak masak yang diguna untuk goreng cucur ataupun minyak zaitun (yang pakai untuk memasak). Jadi, sebelum tidur, saya akan pakai minyak zaitun seperti cara di atas dan lumurkan ubun2 dia dengan minyak tersebut.
- Cara kedua, gunakan kunyit hidup, asah di lesung batu dan gosokkan di batang hidung bayi. Menurut baby sitter anak saya, dia gunakan putik yang tumbuh di kunyit tersebut dan gosokkan di batang hidung bayi.
- Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Saya dah praktikkan cara ni pada Raudhah. Alhamdulillah, dalam 3 hari je selsema dia dah baik. Namun, sebaik saja lepas mandi, cepat2 keringkan kepala bayi dan sapu minyak rambut/zaitun terutama di ubun2 nya, Ini kerana ubu-ubun bayi adalah lembut dan mudah dimasuki air/angin.
- Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
- Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
- Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Sememangnya, kalau kita pergi klinik kerajaan, takde ubat yang akan diberi untuk bayi melainkan ubat demam iaitu paracetamol. Bayi yang sedang membesar memerlukan ruang untuk membentuk imunisasi tubuhnya. Sebab itulah sebarang drugs atau antibiotik tidak boleh diberi kepada bayi kerana ini akan mengganggu proses pertahanan tubuhnya.
Bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu, ia menjadi satu kelebihan kerana susu ibu mengandungi antibodi yang tidak terdapat dalam susu formula. Bila anak selsema, batuk atau demam, kerapkan lagi penyusuan, insyaAllah, ianya sangat membantu si manja cepat sembuh.
Anak sulung dan kedua saya diberikan Mealshake dan vitamin C chewable untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka. Alhamdulillah, amat membantu mereka. Anak bongsu yang hampir 2 tahun masih menyusu badan. Saya pula ambil set optimum breastfeeding Shaklee, ternyata Raudhah lebih sihat dan amat susah diserang penyakit. Apapun, ianya ikhtiar kita sebagai ibu bapa untuk memastikan anak2 sihat, Allah juga yang memakbulkan segala doa dan menyembuhkan segala penyakit.
Anak sulung dan kedua saya diberikan Mealshake dan vitamin C chewable untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka. Alhamdulillah, amat membantu mereka. Anak bongsu yang hampir 2 tahun masih menyusu badan. Saya pula ambil set optimum breastfeeding Shaklee, ternyata Raudhah lebih sihat dan amat susah diserang penyakit. Apapun, ianya ikhtiar kita sebagai ibu bapa untuk memastikan anak2 sihat, Allah juga yang memakbulkan segala doa dan menyembuhkan segala penyakit.
Salam sayang,
Norul
018-2907924
FB Page: Ummi Tiqah
salam.
ReplyDeleteinfo yang berguna..:)
Salam puan...thanks for sharing this..sy nk cuba tips2 tu..baby batuk dan bkahak..susah hati ni Allah je yg tau..
ReplyDeleteIbu mana yang tak susah hati terutama bila anak tak dapat nk tidur, asik batuk jek. Anak2 yg tak dapat tidur yang sempurna akan terganggu proses tumbesarannya. boleh juga cuba buat kaedah tepuk untuk melonggarkan kahak. Ini yang saya buat pada anak2 saya, alhamdulillah, berkesan. Moga membantu
Deletehttp://ummitiqah.blogspot.com/2013/01/panduan-melakukan-chest-physical.html
Sebenarnya, selsema pada bayi dan kanak-kanak boleh disebabkan oleh faktor intrinsik dan ekstrinsik.
ReplyDeleteFaktor-faktor intrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
• alahan kepada diet seperti susu, habuk, perubahan cuaca dan produk yang dipakai pada badan disebabkan oleh ketidakseimbangan di dalam sistem imunisasi seseorang
• septum hidung yang bengkok
Faktor-faktor ekstrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
• infeksi seperti jangkitan influenza
• perubahan cuaca seperti hujan atau cuaca panas terik
• udara yang kering
Terima kasih atas pecerahan doktor
Delete