Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

Keistimewaan dan Perbezaan Set Berpantang Shaklee

Ade yang bertanya, ape beza set berpantang shaklee berbanding set2 pantang lain yang banyak di pasaran? Apa keistimewaan set berpantang Shaklee ni hinggakan ramai yang jatuh hati dengannya?


Keistimewaan dan Perbezaan Set Berpantang Shaklee



  1. Vitamin-vitamin yang semulajadi
  2. Luka lebih cepat kering dan sembuh samada kelahiran normal atau pembedahan
  3. Tiada masalah cirit birit akibat set berpantang
  4. Tidak panas
  5. Tiada masalah sembelit, senang untuk melawas
  6. Tablet mudah telan
  7. Tiada rasa pahit 
  8. Susu lancar dan banyak
  9. Sumber nutrien yang mencukupi untuk ibu berpantang dan menyusu
  10. Kulit menjadi bersinar, merah dan tidak pucat seperti kelaziman ibu selepas bersalin
  11. Ibu bertenaga dan cergas 
  12. Atasi masalah "baby blues" atau kemurungan selepas bersalin (meroyan).
  13. Harga berpatutan 
  14. Vitamin masih boleh diambil walaupun dah habis pantang. 
Kesemua produk shaklee adalah 100% semulajadi, tidak mengandungi bahan perasa, pewarna atau
pengawet tiruan. Maka, ibu2 boleh yakin yang Shaklee selamat digunakan untuk semua tanpa memberikan sebarang kesan sampingan

Zink dan ESP berperanan penting dalam proses penyembuhan luka dan membaiki sel2 tubuh. Pengambilan kedua2 supplemen ini amat membantu proses penyembukan luka dengan lebih cepat

Ade set berpantang berasaskan herba yang menyebabkan masalah panas dan cirit birit kepada ibu. Bayi yang disusukan juga akan mengalami masalah yang ini. Namun, istimewanya set berpantang Shaklee ini, ia tidak panas dan mengakibatkan cirit birit kepada ibu dan bayi.

Ostematrix merupakan kalsium magnesium dalam bentuk tablet. Ia amat membantu dalam masalah sembelit yang lazim dialami ibu2 berpantang. Pastinya ibu2 yang bersalin secara normal "seriau" nak ke tandas jika ade masalah sembelit kan. Saya sendiri pon dah pernah lalui, hehe.

Tablet- tablet Shaklee semuanya dalam bentuk mudah ditelan dan tidak pahit seperti ubat. 

ESP merupakan salah satu penggalak susu yang terkenal di kalangan ibu2 menyusu. Ibu2 berpantang juga lazim mengalami masalah kekurangan nutrien kerana banyak sumber yang tidak boleh dimakan. Manakala kehilangan darah semasa bersalin membuatkan ibu nampak pucat dan tidak bermaya. Vitalea, B Complex dan ESP mengatasi masalah2 ini dengan berkesan. Nutrien mencukupi diperoleh dari Vitalea  selain Iron dalam Vitalea amat membantu dalam pengahasilan sel-sel darah. B Complex mengandung riboflavin yang memberikan warna kepada tona kulit. Hasilnya kulit ibu akan nampak glowing an tidak pucat. Gabungan kesemua vitamin ini memberi tenaga dan kecergasan kepada ibu berpantang.

Baby blues mungkin dialami ibu2 berpantang jika tak dijaga betul2. Sebab tu ibu2 tak boleh stress dan kene jaga kesihatan. B Complex Shaklee membantu mengatasi stress, bukan sahaja semasa dalam pantang tp juga sesuai untuk semua golongan.

Vitamin2 Shaklee tahan 1 hingga 6 bulan mengikut jenis. Walaupon berpantang cuma 40 hari, tak rugi pon menggunakan set berpantang Shaklee kerana ia boleh digunakan jangka panjang untuk kesihatan umum. Tahukah ibu2, vitamin2 asas Shaklee untuk semua set adalah sama dan fungsi utamanya adalah untuk kesihatan umum. Kebanyakannya mempunyai banyak fungsi dalam satu (few in one) seperti untuk kecantikan, tambah susu dan sebagainya. 






Dapatkan Set Berpantang Shaklee yang selamat, semulajadi dan telah menjadi pilihan ramai ibu. Hubungi saya untuk order atau boleh klik butang di bawah untuk mebeli terus dari website Shaklee. Saya akan hubungi anda untuk konsultasi eksklusif dengan setiap pembelian, terima kasih:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0ff0a77035f9569943049ed3e980bb0d



Norul


SMS/Whatsapp: 018-290 7924


FB Page: Ummi Tiqah
Penghantaran Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.

Fungsi Kalsium Shaklee (Ostematrix) ~Kepentingan dan tanda2 kekurangan kalsium pada tubuh

Kalsium merupakan Nutrien yang amat penting kepada tubuh namun kepentingannya sering diabaikan. Tahukah anda, kekurangan kalsium boleh dikenalpasti melalui:


Bahaya dan Tanda-tanda kekurangan kalsium :


Insomnia - Kekurangan kalsium menyebabkan susah untuk tidur dan seterusnya tidak berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Semasa tidur pula kita tak dapat masuk ke fasa tidur yang nyenyak. Tidur sangat penting untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Jadi, bila tak cukup tidur akan menyebabkan kita susah bangun pagi ataupun bangun dalam keadaan masih letih dan tak bermaya!
Ketidakseimbangan emosi - Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, stress dan sebagainya. Jadi, kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.
Sistem imun yang lemah - Bila tubuh kekurangan kalsium menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu kehidupan.
Kelesuan - Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. Apabila kalsium kekurangan, boleh menyebabkan kelesuan sepanjang hari. Seterusnya mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.
Kerosakan gigi dan tulang - Kekurangan kalsium yang runcing menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis. Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.
Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan otot, kebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya.

Sumber diolah daripada: Life123



Jadi untuk mengelak masalah di atas, perlulah pengambilan kalsium harian yang mencukupi.


Ramai yang tak tahu ostematrix Shaklee ni merupakan Kalsium Magnesium, nutrien yang amat penting untuk tulang.


Antara fungsi Ostematrix Shaklee:

  • atasi masalah sembelit
  • memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur
  • mengekalkan tekanan darah normal
  • membantu kita segar
  • mengelakkan kemurungan
  • mengatasi masalah "water retention"
  • mengatasi masalah pra-haid
  • mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
  • membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi
  • mengatasi masalah pereputan tulang
  • memastikan tulang padat bg mengampu tubuh yg berat(jika ada masalah berat berlebihan)
  • paling penting, ia mudah ditelan. jika anda mengalami masalah untuk minum susu, dapatkan ostematrix. kerana ia tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. :)


Dengan 100% Pengambilan Harian, Ostematrix Membekalkan




  • 1000mg unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
  • 400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400IU vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron yang membantu dalam metabolisma tulang
  • Mangan, tembaga dan zink untuk membantu mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang


Keistimewaan Ostematrix Shaklee:

  • Mempunyai vitamin D dan magnesium
  • Tidak diperbuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  • Bukan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam menyerap mineral
Osteoporosis atau tulang rapuh sering terjadi di kalangan individu masa kini disebabkan kekurangan kalsium. Wanita Malaysia berumur 28 ke atas berisiko tinggi mengidap osteoporosis kerana kandungan kalsium makin meyusut ketika mencecah usia ini. Kepadatan tulang menjadi kurang. Risiko lebih tinggi di kalangan ibu dan wanita yang menyusukan anak.



Cegah sebelum terjadi. Nak order Ostematrix Shaklee?
Hubungi saya:

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.

Vitamin Shaklee Untuk Mengatasi Kencing Manis (Diabetes) Semasa Hamil

Punca Kencing Manis Semasa Hamil dan Cara Mengatasinya


Terdapat ibu atau bakal ibu yang tidak pernah mengidap kencing manis sepanjang hidup tetapi mendapat penyakit ini semasa hamil. Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana Ibu Mengetahui Yang Beliau Mengidap Kencing Manis Semasa Hamil


Terdapat beberapa simptom yang berkaitan dengan kencing manis semasa hamil. antaranya:

  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Namun, untuk memastikannya, ujian yang dipanggil ujian toleransi glukosa oral (OGTT) akan dijalankan oleh doktor. Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Kesan Kencing Manis ke atas Kehamilan


Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis atau demam kuning. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan mendapat diabetis di kemudian hari nanti.

Kesan pada ibu hamil;

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.

Kesan pada bayi;

  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.


Siapa yang Berisiko Mengidap Diabetes Semasa Hamil

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
  • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana diabetis gestasi dirawat?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.

Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Namun, dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.

Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.

Bagaimana Shaklee Membantu Mengatasi Kencing Manis Semasa Hamil?


Set Hamil Shaklee terdiri dari daripada vitamin2 asas iaitu Vitalea (multivitamin), B Complex, Vitamin C dan ESP, ditambah dengan Ostematrik (Kalsium Magnesium) dan Omega Guard. Vitamin2 ini membantu megatasi kencing manis ketika hamil seperti berikut:

  1. Omega Guard ~ Asid lemak perlu yang meningkatkan lemak jenis baik (HDL) dalam
    darah. 
  2. ESP ~ Minuman protein rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah.
  3. B Complex ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga.
  4. Ostematrix ~ Sumber kalsium dan magnesium yang membantu mengelakkan gejala kencing manis.
  5. Vitalea ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka.
  6. Vitamin C ~ Mengukuhkan kapilari darah
Selain daripada itu, jika anda disahkan mengidap diabetes ketika hamil, anda digalakkan untuk mengambil Garlic Complex. Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal kandungan gula dalam darah.




Berminat mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya:


Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 





Sumber:
1. http://www.babycenter.com.my/a1031209/kencing-manis-semasa-hamil-diabetis-gestasi?ModPagespeed=noscript
2. http://janahazana.blogspot.com/2013/12/mengatasi-kencing-manis-semasa-hamil.html

Set Gastrik Shaklee

"Alhamdulillah Nurul, dah bertahun akak mengidap gastrik. Baru tahun ni akak dapat berpuasa dengan sempurna. Syukur sangat2".

Ni feedback dari sorang customer saya dari Taiping. Dah lama akak ni mengidap gastrik malah memang tak pernah dapat berpuasa dengan sempurna akibat gastrik yang dihidapi. Beliau bergantung sepenuhnya dengan ubat doktor dan kini hanya mengamalkan set gastrik shaklee untuk mengatasi masalahnya.


Bahaya Gastrik

Pedih ulu hati, perut sebu, mual dan muntah2 angin, sakit di bahagian atas abdomen merupakan gejala normal yang di alami pengidap gastrik. Kesakitan ini akan reda sekejap selepas mengambil ubat namun akan berulang semula seketika kemudian dan boleh berlarutan selama beberapa hari. Masalah ini akan berkekalan malah boleh merebak menjadi ulser perut jika dibiarkan. Saya pernah lihat bagaimana siksanya emak saya yang mengidap ulser perut. Bahagian dalam perut mengalami banyak luka malah ada yag berlubang. Lama kelamaan, luka ini dijangkiti kuman dan membawa kepada masalah yang lebih serius. Seperti pengidap di bawah, hempedunya kini telah dibuat akibat membiarkan gastrik teralu lama tanpa rawatan.

Pegidap gastrik hingga menyebabkan hempedu dibuang



Bagaimana set gastrik Shaklee boleh membantu?


Set gastrik Shaklee terdiri daripada:
ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan gastrik.Gabungan Ostematrix dan B Complex pula mengelak iflamasi akibat gastrik. Fungsinya sama dengan ubat gastrik yang diberi doktor namun Shaklee adalah semulajadi dan bertindak sebagai supplemen bukan ubat. Maka, ia membantu tubuh mendapat nutrisi untuk lebih sihat. 


Nak cuba atasi gastrik anda dengan Shaklee? Boleh klik ikon dibawah untuk order atau hubungi saya untuk meklumat lanjut:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d582ac40970f9885836a61d7b2c662e4


Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.
 

Punca Susu Kurang dan Cara Mengatasinya

Susu yang banyak menjadi impian setiap ibu. Susu ibu ialah yang terbaik buat bayi tersayang. Alangkah ruginya mana2 ibu yang mampu menyusukan bayinya tetapi tidak berbuat demikian dengan alasan tidak cukup masa, malas dan lebih mudah memberikan susu formula. Sebagaimana entry saya tentang bagaimana tingginya kandungan gula dalam susu formula dan sejarah susu formula, anda akan mendapati betapa ruginya tidak memberikan susu ibu kepada bayi.

Namun, tidak semua ibu mampu memberikan susu ibu kepada bayi. Ini disebabkan masalah kesihatan, puting yang terlalu besar atau kecil atau tenggelam dan sebagainya. Jika disebabkan masalah kesihatan seperti ibu sedang menjalani rawatan kimoterapi, pemberian susu ibu sememangnya tidak dapat dilakukan namun masalah berkaitan puting atau bayi sendiri tidak mahu menyusu secara terus boleh diatasi sekiranya ibu berusaha dan sabar.

Rata2 ibu bertanyakan kepada saya. Anak saya dah XX bulan, susu saya dah makin kurang. Set ape yang boleh buat tambah susu.

Wahai ibu2 sekalian. Sebelum kita mencari penyelesaian, terlebih dahulu, haruslah dikenalpasti punca susu kita semakin kurang. Berdasarkan pengalaman dan kajiselidik yang saya lakukan, punca utama susu semakin kurang adalah seperti berikut:

1. Kekerapan bayi menyusu semakin kurang
2. Kepenatan
3. Tekanan Emosi atau Stress
4. PMS dan Datang Bulan

1. Bayi kurang menyusu.
Bagi sesetengah bayi, semakin ia membesar, ia menjadi semakin aktif dan kurang menyusu. Ini menjadi salah satu punca susu ibu semakin kurang kerana ibu tidak mengosongkan payudara dengan kerap. Peraturan asas pengeluaran susu ibu yakni demand vs supply harus dipatuhi dalam apa jua keadaan. Jadi, jika bayi anda makin kurang menyusu, jangan malas untuk mengepam ye.

2. Kepenatan
Kepenatan amat pempengarahi kuantiti susu dan menjadi salah satu punca susu semakin kurang. Rutin ibu yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa memerlukan stamina yang mencukupi untuk menguruskan segalanya. Kepenatan turut membawa kepada masalah yang ketiga iaitu tekanan emosi.

3. Tekanan emosi atau stress.
Percaya atau tidak perasaan atau emosi ibu amat mempengaruhi kuantiti susu ibu yang dihasilkan. mood yang lesu, tidak gembira dan tertekan menjadi salah satu punca susu menjadi kurang kerana homon juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu, cubalah berfikiran positif walaupun mungkin mood anda tidak bermula dengan baik pada hari tersebut. Bagi saya sendiri yang mudah baran, pengambilan B Complex amat membantu mengatasi masalah ini. 

4. PMS dan Datang Bulan
Antara simptom pra haid adalah susu menjadi kurang. Keadaan ini boleh berlarutan sepanjang haid. Ini berlaku kerana kandungan kalsium merosot semasa fasa ini. Ibu harus mendapatkan sumber kalsium yang mencukupi bagi memastikan susu tidak kurang dan merudum. Antara cara mengatasinya ialah dengan mengambil pil kalsium. Di Shaklee, Ostematrix merupakan sumber kalsium yang mencukupi untuk keperluan harian.

Keempat2 faktor ini bukanlah sesuatu yang boleh dikawal. Namun, boleh diatasi. Jika bayi anda kurang menyusu, kerapkan pengepaman untuk megelak susu merudum nanti. Kepenatan, stress dan PMS juga adalah lumrah, menjadi punca susu kurang namun boleh diatasi dengan pengambilan supplemen yang sesuai. Pilihan saya, tentulah Shaklee, sumber vitamin semulajadi yang selamat dan berkesan, insyaaAllah.

Supplemen Shaklee untuk Ibu Menyusu


Jika anda juga ingin mencuba Shaklee, jangan segan2 hubungi saya ye. Consultasi eksklusif dan berterusan untuk semua pelanggan saya sahaja :)

Salam Sayang,
Norul


SMS/Whatsapp : 018-290 7924


FB Page: Ummi Tiqah

Tips tambah susu:Set Lengkap Penyusuan Shaklee atau ESP dan Alfalfa dah Mencukupi?

Panduan memilih set penyusuan mengikut keperluan ibu menyusu


Sesetengah anda mungkin pernah melihat iklan di FB atau membaca blog2 lain tentang pelbagai set penyusuan Shaklee. Ini mungkin mengelirukan ibu yang sedang memilih set penyusuan yang sesuai untuk anda kerana ada pelbagai pilihan. Saya juga pernah ditanya cukupkah sekadar ESP dan alfalfa untuk menambah susu atau perlu diambil set penyusuan yang lengkap?

Bagi ibu yang musykil, sebenarnya set2 yang ditawarkan oleh rangkaian Euphoria sebenarnya bertujuan memberi peluang kepada ibu menyusu memilih set mengikut bajet dan keperluan. Set yang paling popular dan lengkap ialah Set Premium/Optimum/3M yang mana ianya mengandungi vitamin asas iaitu Vitalea, B Complex, Vitamin C dan ESP dan tambahan Alfalfa dan Ostematrix. 

Persoalan timbul apabila ada yang mempromosikan bahawa ESP dan Alfalfa susah memadai untuk menambah susu. Jadi bagaimana dengan vitamin-vitamin lain dalam set lengkap penyusuan Shaklee. Perlukan diambil semua atau Alfalfa dan ESP sudah mencukupi?

Jawapannya, bergantung kepada tujuan ibu sendiri. Jika ibu mengambil supplemen untuk membanyakkan susu semata2, maka ESP dan Alfalfa sudah memadai. Namun, jika tujuan ibu adalah untuk memperkayakan khasiat susu untuk kebaikan dan kesihatan bayi di samping menjaga kesihatan ibu sendiri, maka set lengkap adalah disyorkan. Secara ringkas, saya terangkan serba sedikit tentang fungsi setiap vitamin dalam set ibu menyusu:
Bayi yang disusui ibu lebih sihat dan erat dengan ibunya


ESP

ESP memekatkan susu ibu, menjadikan bayi kenyang lebih lama. Protein ESP membantu pertumbuhan sel2 bayi dengan lebih baik di samping membantu ibu mendapatkan berat badan yg ideal. Bonus buat ibu menyusu, kulit akan menjadi gebu, parut2 memudar dan sebarang luka akan lebih cepat sembuh dengan pengambilan ESP. ESP terkenal sebagai ejen yang membantu menambah susu ibu.

Alfalfa

Ejen penambah susu ibu yang dikenali ramai. Ia juga membantu ibu menangani masalah dalaman wanita seperti keputihan di samping merapatkan keintiman si ibu.

Vitamin B Complex

B Complex berfungsi membantu ibu mengawal tekanan. Salah satu faktor mempengaruhi kuantiti susuibu ialah emosi ibu sendiri. Ibu yang stress menyebabkan susu merudum manakala emosi gembira membuatkan susu lebih banyak terhasil. Nak bonus lagi? B is for beauty. Vitamin B Complex mengandungi unsur yang mempengaruhi warna kulit, memberikan tona kulit yang sekata buat ibu.


Vitamin C

Berfungsi meningkatkan imunisisasi tubuh dengan membantu penghasilan antibodi. Kesihatan ibu amat penting. Jika ibu demam atau sakit, susu akan merudum. Di samping itu, khasiat vitamin C ini juga disalurkan menerusi susu ibu kepada anak tersayang menjadikan bayi lebih sihat, jarang dihinggapi penyakit. Ini diakui oleh ramai ibu menyusu yang mengambil vitamin C


Vitalea. 

Merupakan multivitamin yang mengisi ruang2 kosong nutrisi yang didak diperoleh dari sumber makanan. Kajian menunjukkan individu yang konsistem mengambil vitalea sukar dijangkiti penyakit dalam setahun


Ostematrix

Kalsium mangenisum yang amat penting untuk ibu menyusu. Susu ibu mengandungi kalsium. Jika tubuh tidak mendapat sumber kalsium dari sumber makanan, maka tubuh akan menyerap kalsium dari tulang dan gigi ibu untuk menghasilkan susu ibu. Maka terjadilah kes gigi mereput, tulang rapuh dan slip disc di kalangan ibu2 muda yang menyusu.

Maka, pilihan di tangan ibu samada mahu mengambil ESP dan Alfalfa sahaja atau mengambil set lengkap penyusuan Shaklee. Walau apapun, ingin saya tekankan lagi, susu hanya akan bertambah jika anda mematuhi konsep asas penyusuan iatu semakin "demand vs supply" ye. Sudah tentu panduan ini akan saya berikan eksklusif untuk semua pelanggan saya yang membeli set menyusu Shaklee :)

Masih ragu2 dan memerlukan lebih penerangan?
Hubungi saya:
Norul


SMS/Whatsapp: 018-2907924


FB Page: Ummi Tiqah

Cara Tambah Susu Badan dengan supplement Shaklee

Bolehkah kita tambah susu badan dengan supplement Shaklee? Benarkan Supplemen Shaklee berkesan untuk tambah susu badan. Di entry sebelum ini, saya kongsikan tentang keperluan supplemen bagi ibu menyusu, benar atau tidak Shaklee boleh menambah susu badan.

Bagaimana cara nak tambah susu badan. Asasnya, konsep deman vs supply harus dipatuhi. Semakin kerap payudara dikosongkan makin banyak susu dihasilkan. Ini kerana apabila payudara kerap dikosongkan, signal akan dihantar ke otak manyatakan susu seolah2 tidak cukup. Oleh itu, otak akan menghantar arahan kepada sistem produksi susu untuk menghasilkan susu. 

Bagaimana suplemen Shaklee membantu menambah susu badan?

  • Pengambilan supplemen membuatkan ibu lebih cergas dan sihat.
    •  Kesihatan ibu mempengaruhi kuantiti susu ibu. Mungkin anda tahu susu akan merosot apabila ibu demam. Amalan Vitalea iaitu multivitamin Shaklee membantu ibu2 mendapat tarap kesihatan yang lebih baik. Ada kajian menunjukkan, individu yang mengambil Vitalea kurang dijangkiti penyakit dalam setahun. Begitu juga dengan vitamin C yang membantu tubuh ibu membentuk antibodi melawan penyakit. Selain itu, khasiat vitamin ini juga disalurkan kepada bayi melalui susu ibu dan hasilnya anak lebih sihat dan jarang dihinggapi penyakit, insyaaAllah.
  • B Complex Shaklee membantu menangani masalah tekanan ibu menyusu
    • Sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon. Perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Memberi kesegaran kepada ibu, mengatasi kelesuan, membantu menukarkan karbohidat, protein dan lemak kepada tenaga. Stress sememangnya mempengaruhi penghasilan susu ibu. Dengan bantuan B Complex Shaklee, stress dapat diatasi dan penghasilan susu menjadi lancar
  • Ostemarix
    • Merupakan Calcium Magnesium yang menjadi sumber penting bagi ibu menyusu. Tanpanya, ibu menyusu akan mengidap penyakit tulang dan gigi rapuh sebelum usia makin meningkat. Kalsium juga amat penting terutama semasa ibu datang bulan. Semasa "period" susu akan berkurang kerana kurangnya sumber kalsium. Oleh itu, Ostematrix membantu mengatasi masalah ini
  • Milk booster
    • ESP dan alfalfa membantu memektkan susu dan menambah susu badan. Namun, pengambilannya haruslah konsisten mengikut dos yang disyorkan oleh pengedar Shaklee yang sah untuk memastikan hasil yang memberansangkan.

Perlu diingat, ibu menyusu perlu mengambil makanan seimbang dan minum air kosong 2-3 Liter sehari bagi memastikan penghasilan susu yang banyak. Jika anda berminat mendapatkan prouk Shaklee untuk membantu tambah susu badan, sila hubungi saya. Konsultasi berterusan diberikan, khas untuk pelanggan2 saya sahaja.

Salam Sayang,
Norul
018-290 7924
FB Page: Ummi Tiqah

Cara Atasi gastrik ketika berpuasa

Ramadhan menjelma lagi. Bagi pengidap Gastrik, Ramadhan merupakan sesuatu yang mendebarkan. Ketiadaan makanan untuk dicerna oleh asid perut akan membuatkan gastrik menjadi semakin teruk. Seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, salah satu cara menangani gastrik ialah dengan makan dengan kerap tetapi sedikit. Kaedah ini tidak dapat dilakukan semasa kita berpuasa.

Jadi, bagaimana kita ingin menjalani ibadah puasa dengan sempurna walaupun ade gastrik? Berikut sms yang baru saya terima dari seorang ibu.

"Dulu memang susah nak puasa. Sekarang relax je. Tak lapar sangat pon. Ni la penyelamat puasa. Kalau tak, jenuh pedih perut".

Ibu ini merupakan pelanggan saya yang mengambil ESP sebagai milk booster tanpa saya ketahui beliau mengidap gastrik. 



ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan pedih perut. Untuk hasil yang lebih baik, seeloknya anda mengambil Vitamin B Complex dan Ostematrix untuk menangani gejala gastrik dan boleh juga tambah Peppermint Ginger Plus juga anda mengalami masalah angin yang teruk. Vitamin2 Shaklee adalah semulajadi, tanpa perasa atau pewarna tiruan dan anda tidak perlu risau tentang kesan sampingan seperti ubat2 biasa.

Moga kita semua mampu menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini dan beroleh barakah. Jika ingin mencuba, sila hubungi saya ye. 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d582ac40970f9885836a61d7b2c662e4

Salam sayang,

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah


 
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.