Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Punca Sembelit dan Cara Mengatasinya



Pernah mengalami masalah berak berdarah? Ataupun anda mengalami kesukaran membuang air besar kerana najis yang keras? Keadaan ini dinamakan sembelit dan amat meyeksakan bagi mereka yang mengalaminya. Saya juga pernah mengalami masalah ini sejak dari zaman remaja lagi. Alhamdulillah, ianya telah dapat diatasi sekarang.


Apa Itu Sembelit

Sembelit bukanlah penyakit sebaliknya gejala yang mempunyai simptom- simptom berikut:
  • Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
  • Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras
  • Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.
  • Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.
  • Perut kembung, kejang atau sakit tetapi sukar untuk najis keluar.


Punca sembelit

Sebelum mencari cara mengatasinya, punca berlaku sembelit harus diketahui. Antara punca sembelit ialah:
  1. Kurangnya minum air
  2. Kurang pengambilat serat
  3. Selalu menahan diri dari membuang air besar atau bertangguh-tangguh
  4. Kurang bersenam atau kurang pergerakan tubuh badan terutama warga tua
  5. Sembelit yang berpunca dari perubahan hormon terutama sekali ketika mengandung. Perubahan hormon progestron yang tinggi ketika mengandung akan meregangkan otot-otot menyebabkan keadaan sembelit. Bukan itu sahaja, janin yang menekan bahagian usus juga akan menyebabkan sembelit
  6. Otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah disebabkan peningkatan usia
  7. Ubat- ubatan tertentu

Bahaya dan komplikasi Sembelit

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).


Cara Mengatasi Sembelit:


  1. Pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurngnya 3 liter sehari. Ramai yang terasa sukar untuk minum 3 liter air sehari. Cara mudah untuk minum air sebanyak tu, dengar signal tubuh dari badan anda. Apabila terasa harga, terus minum air. Dalam masa yang sama perhatikan warna air kencing anda. Jika ianya berwarna kekuningan, perbanyakkan minum air.
  2. Perbanyakkan makanan serat seperti bijirin, gandum, sayur-sayuran dan buah-buahan. 
  3. Kerap melakukan senaman bagi meningkatkan kadar metabolisme dan sekaligus melancarkan proses penghadaman.
  4. The most important is......jangan MALAS ke tandas ok.. :))

Cara Saya atasi sembelit.

Ok, saya ada tulis di atas tadi yang saya ni dah berpuluh tahun hadapi masalah sembelit, sejak dari zaman remaja lagi. Tapi sekarang, dah berjaya diatasi alhamdulillah. Caranya, yang sangat penting ialah memastikan pengambilan air kosong sebanyak 3L sehari. Saya akui memang amat kurang makan sayur dan makanan berserat. Tapi sejak amalkan Shaklee yang asalnya untuk tambah susu badan, baru saya perasan sembelit pon dah takde. Bila buat research, rupanya vitamin2 shaklee ni pon membantu atasi sembelit. Antaranya:

1. Alfalfa


Vitamin kegilaan ibu2 menyusu ni sebenarnya amat membantu dalam mengatasi masalah sembelit. Walaupun ada yang kata alfalfa ni bahaya (sebenarnya depa pi share je artikel dr zubaidi tu tanpa baca isi kandungannya. hobi rakyat malaysia kann), tapi masih ramai jugak yang amik alfalfa Shaklee nih. Betul ka bahaya? Kalau betul bahaya, tak kojo den nak risikokan diri aih. Buat research bebetul la. jangan main share aje. (eh, melalut plak). Daun alfalfa ni bersifat fiber, membantu dalam proses pelawasan.

2. Ostematrix



Ostematrix Shaklee ni sebenarnya Kalsium Magnesium. Jika kita google, salah satu punca sembelit adalah pengambilan kalsium dan susu. Aik? kata boleh atasi sembelit tapi ni sebabkan sembelit pulak. yang mana satu ni? Hehe. Sebenarnya kalsium memang menjadi salah satu punca sembelit jika ianya tidak diambil bersama- sama magnesium
 
"Most Nutritionists recommend you take 1000 - 1500mg daily of Calcium. Because Calcium can cause constipation, it is necessary to take 500 - 1000 mg of magnesium at the same time you take Calcium. In your colon, calcium combines with excess bile and decaying fat to form a harmless insoluble soap, which is excreted with your stool. This helps to keep your colon clean."
- Dipetik dari website ini:Sumber

Dalam bahasa melayu mudah, kalsium magnesium jika diambil dengan betul, membantu membersihkan usus besar dari najis. Ia mengelak najis menjadi keras yang menjadi punca sembelit.

3. ESP



ESP merupakan protein berserat tinggi. Pengambilan serat membantu melembutkan najis.

Alfalfa, Ostematrix dan ESP merupakan supplemen2 yang terdapat dam set menyusu. Namun jika mengalami masalah sembelit yang agak teruk, kita syorkan pengambilan Herblax, yang juga dikenali sebagai julap lembut. 

4. Herblax

Herblax digunakan secara tradisi dalam mengatasi masalah sembelit. Ianya bertindak seperti julap lembut dan membantu mencuci usus dari najis. 

Jadi, jika anda mepunyai masalah sembelit, jangan biarkan dan jangan malu untuk mendapatkan pertolongan. Di Shaklee, motto kami adalah untuk membantu orang lain menjalani hidup lebih sihat :) Hubungi saya segera atau boleh membeli terus secara online dari website Shaklee Malaysia dengan menekan butang di bawah:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f9423e68b6d0a7bf46aca6b07d4d2f32

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau mendaftar sebagai ahli? Saya sedia menjawab pertanyaan dan kemusykilan anda :)
Norul   SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah  


COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.  

Rujukan:

2 comments:

  1. Seksa kan sembelit ni. Especially time mengandung

    ReplyDelete
  2. Tips Mengatasi Sembelit
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/tips-mengatasi-sembelit.html

    ReplyDelete