Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Hakikat Status Halal Gelatin pada Produk Shaklee (Bovine)

benarkah produk Shaklee dari sumber babi dan haram


Sebelum ini, saya pernah terangkan kenapa tiada tanda halal JAKIM pada produk Shaklee. Terdapat lagi satu isu lain yakni isu halal produk yang menggunakan gelatin yang seringkali dipertikaikan.Shaklee juga tidak terkecuali. Produk-produk Shaklee yang menggunakan gelatin ialah:

  1. Lecithin
  2. Omega Guard
  3. Vitamin E Complex
  4. CoqHealth (produk baru)
Omega Guard Shaklee


Kesemua produk di atas adalah dalam bentuk soft gel dan menggunakan gelatin sebagai "sarung".

Walaupun Islamic Society of America (ISA) telah mengeluarkan sijil halal untuk produk Shaklee (ISA merupakan badan yang telah diakreditasi oleh JAKIM), masih ade yang ragu2 terutama bila pada botol Shaklee tertulis perkataan "bovine". Ada yang beranggapan bovine ialah porcine yakni babi. Biar saya jelaskan apa itu gelatin, bovine dan porcine.

Kalau anda rajin, sila buka google, type perkataan "bovine" dan lihat hasil carian. Lihat juga "images for bovine". Apa yang anda nampak?  Adakah imej khinzir yang keluar?


Makna Bovine.

Sumber- sumber gelatin


Lapisan luar produk soft gel diperbuat dari gelatin. Gelatin dihasilkan dari otot dan tisu haiwan samada porcine (babi), bovine (kerbau/lembu), poultry (ayam) atau marine (ikan). Gelatin yang paling kerap digunakan dalam kapsul soft gel ialah dari sumber bovine atau porcine. Gelatin dari sumber porcine sudah tentunya haram manakala yang diperoleh dari sumber marine pula halal. Tidak semua gelatin dari sumber bovine dan poultry itu halal jika sumber itu tidak disembelih dengan sempurna. Tapi yang nyata, bovine dan porcine bukanlah bende yang sama, jangan keliru ye.

Bagi produk Shaklee, sudah terang ditulis bahawa gelatin yang digunakan ialah dari sumber bovine iaitu kerbau atau lembu. Tambahan pula, Shaklee sudah memperolehi sijil halal ISA, jadi tidak perlulah dipertikaikan samada gelatin itu diperoleh dari produk lembu yang sudah disembelih atau belum. Seperti juga JAKIM, ISA sendiri mempunyai garis panduan dan standard yang tinggi untuk dipatuhi sebelum sijil halal dikeluarkan. Audit bukanlah ke atas end product semata-mata tetapi juga dari sumber asal produk bermula dari ladang, proses sembelihan, pemprosesan dan pengilangan. JAKIM sendiri telah melakukan audit ke atas ISA sebelum akreditasi diberikan dan audit juga sentiasa dijalankan secara berkala di kalangan badan2 yang mengeluarkan sijil halal seluruh dunia untuk memastikan kesemuanya mematuhi standard.  

Shaklee bukanlah produk "ala kadar" tetapi ianya telah bertahan lebih dari 50 tahun di pasaran. Kita sebagai muslim, sudah pasti mahu mengelak sumber haram dari menjadi darah daging, bukan? Maka, sebagai pengguna bijak, kita boleh nilaikan sendiri dan tidak sekadar membuat keputusan melulu berdasarkan cakap2 org sahaja.

Shaklee semestinya selamat, semulajadi, berkualiti dan HALALAN TAYYIBAN. 


Salam sayang,



Norul
SMS/Whatsapp: 018-2907924
FB Page: Ummi Tiqah
 

9 comments:

  1. Alamaaaakkk jadinya kaum hindu n sikh xleh mkn la kan.... adussss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah dapat customer Hindu yang tak kisah. Tapi ada yang memang tak ambil sebab porcine ni

      Delete
  2. Kaum hindu tak boleh makan daging lembu jer kan? Susu boleh minum, tulang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tanya kawan Hindu, gelatin ni macam sumber daging juga jadi mostly tak ambil. Tapi ada yang tak kisah dan ambil je.

      Delete
  3. Assalamualaikum nak tnya pngmbilan produk sharklee adakah btol2 selamt dan makanan keshatan yg sgt bgus utk tbh bdan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, nak tnya

    Gelatin bovine yang dihasilkan oleh lembu yang disembelih atau tidak?

    ReplyDelete