Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Berat Bayi Kurang dan Tidak Seimbang dengan Carta Pertumbuhan

Sumber dari blog Dr Hamid Arshat 
KANAK - KANAK YANG TIDAK MEMBESAR  
 
Peringkat bayi amat kritikal dari segi pertumbuhan otak . Kekurangan zat pemakanan pada peringkat ini akan menjejaskan pertumbuhan otak . Ini boleh mengakibatkan kesan yang serius terhadap perkembangan sosial dan intelek anak itu . Pakar kanak -kanak sering dilanda rasa bimbang melihat bayi yang tidak membesar dan akan membuat penilaian yang teliti bagi merangka program rawatan yang sesuai.
 
Apakah yang dimaksudkan dengan bayi tidak membesar ? 
Lazimnya , berat badan bayi akan naik dua kali ganda menjelang usianya enam bulan dan tiga kali ganda menjelang usianya satu tahun . Timbangan berat dan panjang bayi dari kepala hingga ke lutut akan dicatatkan dari semasa ke semasa pada carta tumbesaran ( growth chart ) . Berdasarkan carta ini , doktor dapat mengenal pasti secara objektif bayi -bayi yang kurang membesar ( failure to thrive ) .
 
Satu contoh kes kanak -kanak yang tidak membesar dengan subur diberikan dibawah ini :
 
KES 
M.A yang berusia satu tahun dua bulan dilahirkan cukup bulan secaranormal dengan timbangan berat 3kg . Keadaan nya selepas lahir adalahbaik dan dia menghisap susu ibunya seperti biasa . Selepas dua bulan ,si ibu memberikan susu formula  tepung pula kerana terpaksa kembali bekerja semula . M.A . ditinggalkan di bawah jagaan seorang jiran berusia45 tahun . Jirannya ini seorang surirumah yang mempunyai dua orang anakyang sudah tamat persekolahan . Ibu M.A. menyediakan susu setiap pagiuntuk bayinya . Setiap petang selepas waktu kerja , si ibu akan mengambil  M .A. pulang . M.A. dibawa berjumpa doktor dari semasa ke semasa dan  timbangan berat serta panjang tubuhnya diukur dan dicatatkan pada cartatumbesaran . Carta tumbesaran M.A. ditunjukkan di bawah :     Garisan A menunjukkan kadar tumbesaran timbangan berat M.A. yang diharapkan . Garisan B menunjukkan kadar tumbesaran timbangan beratM.A yang sebenar . Jelas , kadar tumbesaran ini merosot jika dibandingkandengan kadar tumbesaran jangkaan . Ibu bapanya telah membawaM.A  bertemu beberapa orang pakar kanak -kanak untuk mendapatkanrawatan .Doktor -doktor pakar yang ditemui telah menyarankan pertukaranjenis susu . Seorang pakar kanak -kanak pula menyarankan supayaM.A diberikan susu formula tepung yang lebih padat dari segi kalori .Walau bagaimanpun , langkah ini juga tidak membawa apa -apa hasil Pemeriksaan fizikal tidak menunjukan apa -apa kelainan selain daripadabadanya yang agak kurus . Saiz kepalanya kelihatan agak besar tetapiwajar bagi kanak -kanak yang berusia satu tahun dua bulan . M. A.kelihatan aktif dan sungguh minat dengan persekitarannya serta mudahberinteraksi dengan orang -orang di sekelilingnya . Ibunya menyatakanbahawa sepanjang pengetahuannya , M .A mempunyai selera makanyang baik dan jarang jatuh sakit. Tetapi , dia hairan mengapa M.A tidak membesar seperti bayi -bayi lain .   
Kes -kes seperti ini sering ditemui di klinik pakar kanak -kanak . pada amnya , ia boleh digolongkan kepada dua kategori :
1.   Bayi tidak membesar kerana menghidap sesuatu penyakit .
2.   Bayi yang tidak membesar tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit . 

Puncanya dikaitkan dengan faktor psikososial dan keadaan persekitaran yang serba kekurangan . Adakalanya ,masalah bayi yang tidak membesar dikaitkan dengan kedua -dua faktor penyakit dan juga faktor psikososial .
 
Berbagai -bagai jenis penyakit boleh menyebabkan bayi tidak membesar . Bayi yang menghidap penyakit jantung mudah berasa letih dan kurang bertenaga menghisap susu untuk tempoh yang agak panjang . Bayi yang menghidap penyakit usus ( gastrointestinal diseases ) sering mengalami cirit dan muntah -muntah . Makanan yang diambilnya tidak terhadam seperti biasa menyebabkan dia tidak membesar. Bayi yang mengalami kecacatan fizikal seperti cerebral palsy mungkin tidak boleh menghisap susu atau makan dengan baik kerana menghidapi masalah untuk menggerakkan otot -otot di mulutnya seperti kanak -kanak biasa . Bayi yang menghidap kronik seperti penyakit buah pinggang mungkin akan kehilangan selera makan . Oleh kerana kurang zat pemakanan , pertumbuhan fizikalnya yang akan terjejas .
 
Kanak -kanak yang tidak membesar tanpa sebab -sebab fizikal yang jelas ( non - organic faillure to thrive ) hampir kesemuanya boleh dikaitkan dengan faktor kurang makan . Ada pelbagai punca yang boleh menyebabkan keadaan ini . Umpamanya , ibu  kanak -kanak itu mungkin kurang berpengalaman dan tidak memberi susu badan yang cukup . Ini pula mungkin kerana kanak -kanak itu jarang menangis lalu si ibu memikirkan dia tidak lapar dan tidak perlu disusukan lagi .
 
Wanita yang berasa sugul akibat kematian suaminya mungkin tidak dapat menjalinkan hubungan mesra dengan bayi kecilnya . Wanita yang mengalami kesulitan menyesuaikan diri dengan peranannya sebagai pekerja , ibu dan sekaligus ' bapa ' mungkin akan mendapat tekanan jiwa . Jika bayi tidak dapat merasakan kemesraan . seleranya boleh tejejas dan ini akan menyebabkan dia tidak membesar dengan sempurna . 
 
Dalam menilai dan merawat bayi yang tidak membesar seperti M.A. , ada empat aspek yang perlu diberikan perhatian oleh doktor :
1.   pemakanan
2.   perubatan
3.   psikososial
4.   perkembangan anak
 
Aspek pemakanan  
Doktor perlu menentukan sama ada seseorang bayi itu menghadapi masalah tumbesaran atau tidak . Timbangan berat dan ketinggian bayi akan terjejas jika penyakit yang dialami atau keadaan -keadaan yang menyebabkan perkembangan fizikalnya kurang menggalakkan berlanjutan untuk suatu tempoh yang agak panjang . Tetapi , jika dia menghidap demam campak umpamanya , selera makannya akan berkurangan selama beberapa hari sahaja . Timbangan berat bayi akan menurun tetapi akan naik semula apabila dia pulih .
Riwayat pemakanan (nutritional history ) bayi amatlah penting . Ibu dikehendaki memberikan maklumat yang terperinci tentang pemakanan bayi untuk menilai sama ada dia cukup makan atau tidak . Dia boleh memilih dua atau tiga hari dalam seminggu sebagai panduan . Maklumat -maklumat ini perlu dikaji dengan teliti untuk memastikan yang pemakanan harian bayi mencukupi dari segi kalori , protein dan garam galian . Sebagai contoh , seorang ibu bekerja telah meminta nasihat saya mengenai anaknya yang berusia lapan bulan yang tidak membesar .
 
Apabila diperiksa , kesihatan si anak didapati amat memuaskan sekali . Apa yang menarik perhatian saya iailah rekod pemakanan hariannya yang menunjukan kekurangan zat pemakanan yang ketara . Setelah disiasat , didapati bahawa nenek yang menjaga anak itu di rumah telah tidak membancuh susu mengikut sukatan yang sepatutnya . Ini berlanjutan sehingga berbulan -bulan lamanya . Setelah masalah ini dikenal pasti dan diperbetulkan , timbangan berat si anak mula meningkat dengan lebih memuaskan .

Jika pakar kanak -kanak tidak dapat mengenal pasti punca yang boleh dikaitkan dengan keadaan bayi kurang subur , dia mungkin akan mencadangkan supaya bayi itu dimasukkan ke dalam wad selamanya beberapa hari dan diletakkan dibawah pengawasan . Dalam tempoh itu , doktor akan memerhatikan sama ada selera bayi itu baik dan sama ada dia boleh menghabiskan makanan yang telah disukat mengikut keperluannya . Jika timbangan beratnya mula kelihatan meningkat dengan memuaskan dalam tempoh tersebut , ini akan menyakinkan pakar itu bahawa kanak -kanak tersebut tidak menghidap sebarang penyakit yang serius . Beliau perlu memberikan penerangandan tunjuk ajar kepada ibu bapa kanak -kanak tersebut terutamanya sekali tentang aspek -aspek pemakanan agar masalah kurang zat pemakanan dapat diatasi .

Kadangkala , pakar kanak -kanak mungkin menyarankan supaya bayi diberikan pemakanan yang tinggi nilai kalori , protein , vitamin dan garam galian melebihi keperluan biasa . Bancuhan vitamin yang mengandungi bahan besi dan zink mungkin juga perlu dibekalkan jika perlu . Bayi yang tidak membesar perlu minum banyak susu tetapi mungkin tidak berdaya menghisap dengan banyaknya . Satu cara mengatasi masalah ini iailah dengan memberinya minum susu dengan lebih kerap lagi .

Aspek perubatan  
Bayi yang dilahirkan terlalu ringan lazimnya  mempunyai saiz tubuh yang lebih kecil dibanding dengan bayi -bayi yang sebaya dengannya . Ibu bapa bayi tersebut kerap merasakan bahawa anak mereka tidak membesar dengan memuaskan lalu membawanya keklinik untuk diperiksa . Kanak -kanak seperti ini kelihatan sihat , aktif dan normal kadar pertumbuhannya walaupun tubuhnya kecil. Keadaan ini tidak perlu dirungsingkan . Dibawah ini ditunjukkan carta tumbesaran seorang kes yang dilahirkan terlalu ringan tetapi sihat dan mempunyai kadar pertumbuhan yang memuaskan .
 
Adakalanya , bayi dilahirkan ringan akibat penyakit penyakit yang dihidapi sejak di peringkat janin lagi . Contohnya ialah bayi yang dilahirkan dengan sindrom congenital  rubella . Bayi ini mungkin telah terkena penyakit rubela dari peringkat awal kandungan lagi . Walaupun usaha diambil untuk meningkatkan taraf pemakanannya , hasilnya tetap mengecewakan .
 
Bayi yang tidak membesar sering mendapat penyakit berjangkit . Penyakit berjangkit pula akan menjejaskan lagi proses pertumbuhan bayi . Umpamanya , jika bayi yang tidak membesar mendapat demam campak , penyakit itu akan menunjukkan kesan sampingan dan keadaan yang lebih teruk lagi berbanding bayi -bayi sihat yang tidak mengalami masalah tumbesaran . Oleh itu , perhatian terhadap pemakanan bayi amatlah penting untuk mengelakkan berlakunya penyakit jangkitan .
 
Doktor perlu sentiasa peka terhadap penyakit -penyakit yang boleh menyebabkan bayi tidak membesar . Contohnya , kes bayi berusia lima bulan uang dibawa ke hospital kerana tidak membesar . Sejak usianya meningkat tiga bulan , beberapa siri ujian telah dijalankan untuk menentukan punca dia tidak membesar . Seleranya baikdan najisnya banyak dan berminyak . Ujian menunujukkan bahawa ada tanda -tanda yang ususnya tidak sesuai dengan susu protein lembu yang diberikan kepadanya sejak usia dua bulan . Selepas susu ini ditukar kepada susu jenis kacang soya , barulah keadaan anak itu beransur -ansur pulih . Timbangan berat dan ukuran panjang badannya juga mencatat kadar peningkatan yang lebih memuaskan .
 
Aspek psikososial  
Kanak -kanak yang tidak membesar sering mendapat penyakit kerana daya ketahanan dirinya lemah . Kanak -kanak seperti ini sering mendapat penyakit cirit -birit , sakit telingga , sakit kulit , sakit lembam paru -paru dan sebagainya . Semasa bertugas di wad cirit -birit jabatan pediatrik , universiti hospital , saya dapati bahawa sebahagian besar bayi yang menerima rawatan tidak membesar dengan memuaskan . Kebanyakan bayi ini datang dari keluarga miskin . Seorang daripada mereka dirawat penyakit cirit -biritnya dan kemudian diberi makanan berzat yang dicampur sedikit minyak jagung supaya timbangan beratnya cepat naik . Dalam masa satu atau dua minggu kemudian , timbangan beratnya naik dengan menggalakkan sekali dan dia dibenarkan pulang . Tetapi , kanak -kanak yang sedemikian sering mendapat penyakit -penyakit jangkitan yang lain . Ibu bapanya tidak mampu memberi dia makanan yang mencukupi dan berzat seperti yang disarankan oleh doktor . Oleh itu , kadar tumbesarannya tidak memuaskan dan dia sering mendapat penyakit .
 
Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) dengan tegasnya menyarankan supaya pemberian susu badan diamalkan oleh ibu -ibu terutama sekali bagi mereka dari golongan miskin . Ini kerana bagi empat atau enam bulan yang pertama , pemberian susu badan sudah memadai untuk memenuhi keperluan pemakanan bayi . Jika ibu bapa kurang mampu membeli susu formula tepung , bayi mereka tidak akan memdapat zat yang mencukupi dan akan mengalami masalah kurang zat pemakanan .
 
Wanita -wanita yang sentiasa kurang sihat , yang mengalami tekanan jiwa , yang kematian suami atau yang diceraikan , secara tidak langsung boleh mengakibatkan bayi mereka tidak membesar . Contohnya , seorang bayi yang berusia sembilan bulan yang dibawa oleh datuk dan neneknya ke klinik saya kerana dikatakan tidak membesar . Pemeriksaan fizikal tidak menunjukkan apa -apa masalah fizikal atau penyakit organik . kebetulan , selepas dia dilahirkan , ibunya telah menghidap sejenis penyakit jiwa , puerperal psychosis , yang menyebabkan dia tidak berupaya menjaga bayinya . Dia pernah memukul dan mencampakkan anaknya dalam keadaan tidak siuman . Akhirnya , dia dimasukkan ke wad sakit jiwa untuk rawatan . Sewaktu ketiadaannya , bayi itu diletakkan di bawah jagaan datu dan neneknya . Menjelang usia bayi empat bulan , ibunya pun keluar dari hospital dan telah mengambil alih kembali penjagaan anaknya . Secara kebetulan , suaminya juga telah meninggalkannya . Ibu itu tidak dapat menunjukkan caragaya keibuan yang berkesan walaupun penyakitnya telah sembuh . Bayi itu sering menangis dan si ibu sering meningalknnya tanpa berusaha mententeramkan dan memujuk si bayi untuk menyusu . Akibatnya , bayi tersebut tidak membesar dengan memuaskan . 
 
Kadangkala , masalah bayi tidak membesar juga mungkin berpunca daripada sesuatu perkara yang sebenarnya boleh diatasi dengan mudah . Sebagai contoh , teknik penyusuan yang kurang berkesan boleh menyebabkan bayi tidak cukup menyusu . Posisi bayi sewaktu penyusuan mungkin tidak sesuai menyebabkan dia tidak dapat menghisap susu dengan selesa . Kadangkala , ibu tergesa -gesa dan tidak memberikan perhatian pada keselesaan bayi di waktu penyusuan . Saya pernah bertemu seorang ibu bekerja yang tidak faham mengapa bayinya mungkin boleh diatasi jika dia mendapat kemesraan daripada ibunya . Saya telah menyarankan supaya ibu tersebut mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan untuk bersama -sama bayinya . Akibat perubahan keadaan di rumah , bayinya menjadi lebih mesra serta aktif dan timbangan beratnya mula naik dengan memuaskan.
 
Aspek perkembangan anak  
Banyak kajian yang menunjukkan bahawa kebanyakan bayi yang tidak membesar mengalami proses perkembangan fizikal , kognitif dan sosial yang lambat . Ini tidak menghairankan jika dilihat dari segi pertumbuhan otak . Peringkat pertumbuhan otak yang paling deras sekali iailah pada peringkat pertengahan akhir bayi dalam kandungan sehingga bayi dua tahun . Kajian menunjukkan bahawa bayi -bayi yang tidak membesar mempunyai saiz otak yang kecil dibandingkan dengan bayi -bayi yang membesar dengan memuaskan .
 
 Kesimpulan  
Kebanyakan bayi yang tidak membesar tidak mempamerkan tanda -tanda penyakit fizikal. Faktor -faktor seperti taraf sosioekonomi yang rendah , caragaya keibubapaan yang kurang optimum dan ciri -ciri yang ada pada bayi yang menyebabkan bayi tidak membesar. Walau apa juga puncanya , masalah bayi tidak membesar penting dikenal pasti dari awal -awal lagi supaya rawatan yang agresif untuk perbetulkan keadaan ini dapat dilakukan . Ini dapat menghindarkan timbulnya masalah perkembangan apabila bayi ini dewasa kelak . 

Salam sayang,

Norul
sms/Whatsapp: 018-290 7924
FB Page: Ummi Tiqah

1 comment:

  1. Good tips admin. thx for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete