Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Semak Kandungan Gula Dalam Susu Formula Bayi

Perasan tak ada iklan kat tv mengenai http://www.semakgula.com.my/ ? Mungkin ramai yang perasan, tapi tak ambil apa-apa tindakan. Sedarkah anda tentang bahaya pengambilan gula tambahan kepada kita semua? Lebih-lebih lagi kepada bayi..

Ok.. Di bawah ini saya kongsikan panduan untuk menyemak kandungan gula di dalam susu formula bayi anda menggunakan Kalkulator Gula menerusi laman web http://www.semakgula.com.my/
Ambil tin atau kotak atau plastik susu formula anak anda. Lihat pada bahagian Kandungan Nutrisi atau Food Nutrision seperti gambar di bawah.




Buka laman web www.semakgula.com.my . Boleh buat pilihan sama ada mahu paparan dalam bahasa inggeris atau bahasa malaysia.



Pilih umur anak anda.



•Lengkapkan bahagian Karbohidrat Per Hidangan (A) dan Saiz Hidangan (B). Rujuk pada gambar Kandungan Nutrisi di atas.



•Kemudian, tekan butang KIRA SEKARANG.


•Berikut adalah paparan mengenai gula tambahan. - Keputusan Kalkulator Gula




Contoh di atas saya ambil daripada salah satu susu formula yang agak popular. Padan pun susu tu mahal, rupanya, sbb tinggi kandungan gula. Gula kan mahal. Hehehe… Bayangkan, setiap hari, tanpa kita sedari, anak kita mengambil purata 8 sudu gula tambahan sehari??? Belum kira lagi kalau makan gula-gula, aiskrim dan lain-lain.. Harap selepas ini, ibu bapa lebih prihatin dalam pemilihan susu formula untuk anak-anak mereka. Sedar akan bahayanya gula tambahan jika diambil secara berlebihan. Jangan hanya pilih jenama dan populariti sahaja. Baca kandungan nutrisi terlebih dahulu. Buat lah pilihan yang terbaik!



•KESAN BURUK PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN




Apakah kesan jika mengambil gula tambahan secara berlebihan?


1.Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit).


2.Mengganggu imbangan galian dalam badan.


3.Kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.


4.Kanak-kanak rasa mengantuk dan kurang cerdas.


5.Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.


6.Meningkatkan paras trigliserid.


7.Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.


8.Merosakkan buah pinggang.


9.Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)


10.Menggalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).


11.Mengurangkan kromium dalam badan.


12.Mengurangkan kuprum dalam badan.


13.Mengganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.


14.Menyebabkan kanser payudara, ovari, prostat dan dubur.


15.Menyebabkan kanser kolon (usus besar), wanita amat berisiko tinggi.


16.Faktor kepada kanser pundi hempedu.


17.Meningkatkan paras glukosa dalam darah dengan cepat.


18.Melemahkan penglihatan.


19.Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah.


20.Hipoglisemia.


21.Perut berasid.


22.Meningkatkan paras adrenalin di kalangan kanak-kanak.


23.Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.


24.Mempercepatkan proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut.


25.Membawa kepada ketagihan alkohol.


26.Merosakkan gigi.


27.Punca utama obesiti.


28.Meningkatkan risiko penyakit crohn dan kolitis berulser.


29.Bengkak saluran usus di kalangan pesakit gastrik.


30.Artritis.


31.Lelah.


32.Pembentukan batu dalam ginjal.


33.Jangkitan yis atau kandidiasis.


34.Pembentukan batu karang dalam hempedu.


35.Sakit jantung iskemik.


36.Apendiks.


37.Meransang tanda-tanda multiple sclerosis.


38.Pendarahan.


39.Penyebab vena varikos.


40.Meningkatkan tindak balas glukosa insulin kepada pengamal pil pencegahan kehamilan.


41.Sakit gusi.


42.Osteoporosis.


43.Air liur berasid.


44.Kemerosotan toleransi glukosa.


45.Kemerosotan sensitiviti insulin.


46.Mengurangkan hormon tumbesaran.


47.Meningkatkan tekanan darah sistolik.


48.Mengubah struktur protein sehingga menganggu serapan protein oleh tubuh.


49.Alergi terhadap makanan.


50.Kencing manis.


51.Keracunan darah ketika hamil.


52.Ekzema kepada kanak-kanak.


53.Penyakit kardiovaskular.


54.Melemahkan struktur DNA.


55.Katarak.


56.Emfisema.


57.Arteriosclerosis.


58.Pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.


59.Merendahkan kemampuan enzim.


60.Kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.


61.Penyebab sel hati terbahagi menyebabkan peningkatan saiz hati.


62.Peningkatan lemak dalam hati.


63.Pembesaran saiz buah pinggang.


64.Tekanan tinggi kepada pankreas dan merosakkannya.


65.Peningkatan retensi cecair dalam badan.


66.Sembelit.


67.Rabun jauh.


68.Punca kepada lapisan rerambut.


69.Hipertensi.


70.Sakit kepala.


71.Menganggu kemampuan berfikir.


72.Kemurungan.


73.Meningkatkan tindak balas insulin.


74.Punca penapaian bakteria dalam usus.


75.Ketidakseimbangan hormon.


76.Meningkatkan risiko darah beku dalam darah.


77.Meningkat risiko penyakit alzheimer.



Fuhhh… Banyaknya kesan buruk daripada pengambilan gula berlebihan… Mungkin ada lagi yang tak termasuk dalam senarai di atas.. Kalau tengok memang ngeri.. Tapi… Insaf tak?? 

 Salam Sayang,
Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah


 
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 


1 comment: