Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Petua Mengatasi Anak Batuk Berkahak dan Sering Selsema

Anak batuk berkahak dan sering selsema pasti amat merunsingkan kita sebagai ibu bapa. Saya pernah kongsikan sebelum ini tentang bagaimana saya mengatasi masalah batuk berkahak anak2 saya. Boleh baca di sini ye.

Ade beberapa punca anak sering batuk dan selsema seperti berikut:
  1. Perubahan cuaca yang tidak menentu menyebabkan virus dan bakteria mudah membiak
  2. Persekitaran yang berdebu, berhabuk dan tidak bersih
  3. Tubuh bayi dan kanak2 mengalami proses tumbesaran di mana penyakit merupakan salah satu cara tubuh membina kekebalan diri untuk menentang penyakit yang lebih berat.
Bagi kita yang tinggal di ibu kota dan bandar, persekitarannya lebih kotor dan tercemar. Jika boleh, kurangkan aktiviti luar bagi bayi dan anak2 yang berusia bawah 2 tahun. 

Rumah boleh juga menjadi punca penyakit.Cuba lihat adakah anda menggunakan karpet jenis berbulu yang amat mudah memerangkap habuk? Jika anda memelihara haiwan berbulu seperti kucing, hamster atau arnab, elakkan haiwan2 ini berkeliaran dengan bebas di dalam rumah. pastikan juga rumah anda bebas habuk, boleh panggil pekerja bermusim untuk membesihkan rumah anda sekali sekala. 

Adalah normal untuk anak2 jatuh sakit. Ini bagi membentuk imunisasi tubuh mereka melawan jangkitan. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam blognya, batuk dan selsema bukanlah penyakit tetapi satu mekanisma pertahanan tubuh untuk mencegah jangkitan kuman. Anda boleh baca di pautan ini tentang kenapa anak batuk berkahak dan sering selsema bukanlah dianggap berpenyakit.

Batuk berkahak lazimnya dimulai dengan selsema. Lendir yang tidak dapat dikeluarkan terkumpul dengan banyak dan mengakibatkan kahak. Salah satu cara untuk melonggarkan kahak ini ialah dengan melakukan teknik tepuk atau "Chest Physical Theraphy". Teknik ini pernah saya kongsikan sebelum ini.

Pemberian ubat batuk dan selsema amatlah tidak digalakkan bagi anak di bawah umur 2 tahun. Anda boleh baca tentang bahaya ubat batuk dan selsema kepada kanak2. Jadi, untuk mengelakkan anak dari masalah batuk berkahak dan selsema, kita patut mencari punca dan mengelakkannya. Namun, kadag2, kita tak dapat lari dari masalah ini walaupun kesemua langkah pencegahan sudah diambil. Dalam keadaan ini, bolehlah diamalkan petua dan cara untuk mengatasinya sebagaimana yang pernah saya kongsikan sepeti berikut:
Anda juga boleh mengatasi masalah anak batuk berkahak dan sering selsema dengan membantu meningkatkan imuniti tubuh mereka melalui makanan tambahan. Mealshake, Vitalea for Children, Vitamin C Chewable, Omega Guard dan Nutriferon merupakan antara supplemen yang membantu anak2 saya lebih sihat sekarang.


Walaupun batuk dan selsema tidak dianggap penyakit, jangan pula ia dibiarkan. Batuk yang tidak dirawat boleh membawa kepada masalah yang lebih serius iatu jankitan kuman pada paru paru. Lebih teruk lagi, anak anda boleh mendapat asthma jika batuk berkahak dan selsema dibiar berlarutan.

Lindungi anak2 kita dan mencegah lebih baik dari mengubati. 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c4a665596d4f67cecb7542c9fad407ee


Salam sayang,

Norul
norulh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah


No comments:

Post a Comment