Baru baru ni saya ke klinik untuk mintk ubat demam utk Raudhah. Raudhah jarang sekali demam, tapi kalau demam, terus lebih 39 celcius degree. Menurut doktor, ade bunyi kahak sikit di paru2 depan Raudhah. jadi dia bekalkan ubat selsema sbb Raudhah ade selsema sikit, ubat batuk dan antibiotik. Sempat juga saya berbual dengan doktor tersebut. Menurutnya, undang2 terbaru melarang pemberian ubat selsema kepada kanak2 di bawah umur dua tahun. Kalau selsema, hanya ubat selsema jenis titis ke hidung yang dibenarkan. Ubat batuk pula dibenarkan hanya jenis ape tah yg warnya hijau. manakala antibiotik pula dilarang terus. Tapi, klinik tersebut bekalkan juga antibiotik dari jenis yang tidak kuat.
Cuma ubat demam yang saya bagi kat Raudhah. Lain2 tu tak perlu lah. Saya cuma tingkatkan pengambilan vitamin C Shaklee yang dipatah dua dan ambil Nutriferon sepeket sehari dan susukan Raudhah lebih kerap. Selain tu, saya jaram kepalanya dengan air yg dicampur dengan beberapa titik Basic H. Alhamdulillah. Walaupun panasnya tinggi, demam Raudhah tak melarat dan dah sembuh dalam 2 hari aje.
Pengalaman terdahulu mengajar saya untuk tidak lagi sewenang-wenangnya memberikan ubat untuk bayi atau kanak2. Kasihan A'tiqah dan A'isy. Kecik2 lagi dah diberi antibiotik. Augmentin pulak tu. habis melecet2 punggung mereka akibat cirit birit. InsyaAllah, saya takkan ulangi kesilapan dengan Raudhah.
Tahukah anda, sebenarnya, tiada satu pon ubat yang sesuai untuk kanak2 dan bayi di bawah umur 2 tahun. Pemberian Paracetemol atau ubat demam pon adalah yang paling minimal untuk menurunkan panas badan kerana demam yang terlalu tinggi adalah merbahaya dan boleh membaya kecacatan atau maut kepada bayi. Anak2 di usia ini sedang membentuk sistem pertahanan badannya sendiri dan adalah normal untuk mereka jatuh sakit seperti selsema, batuk dan demam. Apa yang perlu kita lakukan sebagai ibu bapa ialah megawasi keadaan mereka dan hanya memberikan ubat apabila benar2 perlu. Jika anak2 demam atau batuk, boleh cuba dahulu sejukkan kepala dan tubuh mereka sekerap mungkin dengan tuala basah. Anda juga boleh ikut petua yang saya kongsikan sebelum ini tentang cara menangani bayi yang demam dan selsema atau batuk.
Saya olah petikan berikut dari majalah RAPI keluaran August 2012
"Kanak-kanak
lebih peka terhadap kesan ubat-ubatan berbanding orang dewasa
disebabkan fungsi organ yang masih berkembang dan belum matang
sepenuhnya. Meskipun ada ubat-ubatan tertentu amat berkesan mengubati
sesuatu jenis penyakit pada orang dewasa.
Berdasarakan laporan yang telah diterima, antara kesan buruk yang berlaku akibat pengambilan ubat batuk dan selsema adalah sawan, peningkatan kadar denyutan jantung menurunkan paras kesedaran dan kematian mengejut.
Penggunaan ubat Batuk (cough and cold) untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun: adalah tidak digalakan kerana berisiko mendapat kesan buruk yang serius hingga boleh menyebabkan kematian."
Berdasarakan laporan yang telah diterima, antara kesan buruk yang berlaku akibat pengambilan ubat batuk dan selsema adalah sawan, peningkatan kadar denyutan jantung menurunkan paras kesedaran dan kematian mengejut.
Penggunaan ubat Batuk (cough and cold) untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun: adalah tidak digalakan kerana berisiko mendapat kesan buruk yang serius hingga boleh menyebabkan kematian."
Berikut entry dari blog Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang bahaya ubat batuk dan selsema kepada bayi dan kanak2 yang saya petik dari sini
Sila klik untuk membesarkan petikan |
Alhamdulillah, Raudhah jarang demam, batuk atau selsema. Namun, apabila anak2 saya mula menampakkan tanda2 selsema atau batuk, cepat2 saya amalkan petua yang saya kongsikan sebelum ini iaitu memanaskan dada dan belakang mereka dengan minya telon setiap kali selepas mandi dan waktu tengah malam. Untuk A'tiqah dan A'isy, saya akan campurkan sesudu kecil madu kedalam susu mereka sekali sehari. Sekarang, saya berikan mereka Mealshake dan Vitalea for Children. Syukur, mereka dah jarang diserang batuk dan selsema. Mencegah lebih baik dari merawat, bukan?
Jadi, janganlah kita sewenang wenangnya memberikan ubat kepada anak2 anak tersayang. memang niat kita baik untuk menyembuhkan sakit mereka, tapi tanpa kita sedari rupanya perbuatan kita telah membawa kemudharatan kepada mereka.
Salam sayang,
Norul
0182907924
FB Page: Ummi Tiqah
lbh baik bagi ubat...deman yg tinggi akan membunuh...kesan sampingan ubat tidak la membunuh.
ReplyDeletebetul. Ummi memang kasi PCM bila anak- anak demam tinggi. Cuma pemberian ubat batuk dan selsema yang amat perlu dipantau
Delete