Ada beberapa kali jugak saya dihubungi ibu2 bertanyakan pendapat dan panduan tentang baby carrier yang sesuai dan paling bagus. Yang sebenarnya, saya tak layak jawab soalan sebegitu sebab saya bukanlah babywearer tegar. Saya jarang outing apatah lagi dengan anak2 kecil. Tapi, memandangkan anak2 saya kesemuanya nak melekat dengan saya jek masa kecik sedangkan saiz diorg ala2 baby sumo maka terpaksa la saya gunakan baby carrier even masa kat rumah pon.Kesemua anak saya menggunakan baby carrier yang berbeza. Hehe, saje jek nak cuba2 kan. Jadi, panduan yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan research yang saya buat menerusi pembacaan.
Ada perbagai jenis baby carrier di pasaran samada yang murah atau mahal.Yang paling penting, pilihlah baby carrier yang sesuai dan selamat untuk bayi kita. Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini, pemilihan baby carrier yang tidak sesuai boleh mengakibatkan hips dysplasia kepada bayi.
pada saya, untuk newborn atau bayi baru lahir cuma ade 3 jenis pengendong yang sesuai iaitu baby wrap, baby pouch dan ring sling.
Ring Sling |
Moby wrap |
Baby pouch |
Posisi frog leg untuk bayi baru lahir |
Ada pelbagai jenama ring sling dan wrap di pasaran. Saya pernah gunakan moby wrap untuk anak kedua dan ianya sungguh "comfy" dan selesa. anak pon suka sampai boleh tertidur dalam wrap masa saya tengah masak. hehe. Cuma wrap ni agak panjang, dalam 4.5 meter. Jadi kalau nak outing, kene lilit siap2 masa di rumah untuk jimat masa melilit dan nak elak kotor kene lantai masa nak lilit tu.
Ring sling dan baby pouch pula membolehkan bayi di bawa dalam keadaan baring, jadi ianya amat sesuai untuk bayi baru lahir. Kelemahannya, ia memberi beban kepada seberah bahu sahaja. Jadi semakin bayi membesar, mungkin ibu merasa agak lenguh terutama bagi bayi yang tembam :-) Masa anak keempat ni, saya beli ring sling jenama VR Babies. Nak murah la kononnya. saya ade cuba guna SSC masa dia 2 bulan tapi maybe saya tak mahir, baby pon cam tak suka. mujurlah bila guna ring sling, si Amjad ni ok pulak.
Harga dalam lingkungan RM60 ke atas bergantung kepada material dan jenama.
Bagi bayi empat bulan ke atas, selain ring sling dan wrap, soft structured carrier dan mei tai juga merupakan pilihan yang paling bagus. Masa anak sulung, saya gunakan Mei Tai jenama Jump Sac. Kononnya SSC mahal sangat.. (walhal tambah RM50 dapat SSC, hehe)
Apa beza mei tai dan SSC?
Sebenarnya, bentuk SSC dan mei tai adalah sama. Mei Tai merupakan pengendong asal yang dicipta wanita asia. Ianya bertali dan perlu dililit sekeliling badan. SSC pula ialah mei tai yang telah dimodenkan untuk memudahkan pemakaiannya, menggunakan buckle menggantikan tali.Harganya mahal sedikit berbanding mei tai.
Untuk anak ketiga, saya guna SSC jenama Boba. Memang selesa sangat. panjat bukit cameron highland pon tak rasa beban walaupun masa tu anak dah dekat 2 tahun. ( dan chubby, of course). sekarang anak keempat dah lima bulan, dah boleh guna boba dengan dia :-)
Ada pelbagai pilihan SSC dan Mei Tai di pasaran. Yang mana paling bagus? Pada pendapat saya, semua pon ok. Ada jenama tempatan macam JumpSac, Snuggbaby, Nizaneedles dan pelbagai lagi yang mana kualitinya setanding dengan jenama luar negara seperti Boba, Babyhawk, Ergo, Bamberoo dan banyak lagi. Harganya dari RM200 ke atas dan boleh mencecah hingga ribuan ringgi.
Nak dapatkan maklumat yang lebih? boleh rujuk forum2 berkaitan baby wearing seperti malaysiababywearer. Moga entry ini membantu
Salam sayang,
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
norulh@gmail.com
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah
Pengedar Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.
Ummitiqah ada jual x yg terpakai?huhu
ReplyDeletehehe, ummi tak jual dear
DeleteZaman sekarang ni babywearing dah jadi macam satu benda wajib dimiliki oleh parents.. Ada macam-macam design dan jenis.. Memang stylo dan bergaya.. heheh
ReplyDeletehttp://miaqaisarah.com/2015/09/02/babywearing-stylo-dan-bergaya/
Betul puan. Yang penting kene pilih yang sesuai dan selamat untuk bayi dan ibu/bapa
Deletethanks for info tau. bestt :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah Ibu Ira
Delete