Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Berjaya Hamil Walaupun Rahim Terbalik, Tips untuk Hamil dan Posisi Bersama yang Sesuai

Beberapa bulan lepas saya dihubungi seorang isteri yang telah berkahwin selama tujuh tahun namun belum pernah hamil. Pelbagai cara samada moden atau tradisional telah diusahakan malah Puan Nanie pernah bertemu pakar dan melakukan IUI sebanyak dua kali namun masih belum berjaya hamil. Meurut pakar, beliau dan suami tiada masalah kesuburan namun mempunyai keadaan rahim yang terbalik. Banyak pendapat menyatakan keadaan rahim yang terbalik mempengaruhi peluang untuk hamil. Benarkan sukar hamil disebabkan rahim yang terbalik? Berikut analisa yang saya buat berdasarkan research dalm usaha membantu wanita ini untuk memperolehi zuriat.

Apa Makna Rahim Terbalik?

Kebanyakan wanita mempunyai keadaan badan rahim yang mengadap pundi kencing. Keadaan ini dinamakan "anteverted uterus", namun terdapat sebilangan wanita yang mempunya badan rahim yang mengadap tulang belakang (spine). Keadaan ini dinamakan "retroverted uterus" atau rahim terbalik.

Beza keadaan rahim normal dan terbalik


Tanda-tanda Anda Mempunyai Rahim Terbalik:

Sakit sewaktu berhubungan bersama suami

Sewaktu melakukan hubungan suami isteri, anda akan mengalami kesakitan apabila zakar suami terkena pintu rahim (serviks) atau bahagian rahim (uterus) lantaran kedudukan rahim yang terbalik. Dalam terminologi perubatan, ia dikenali sebagai 'collision dyspareunia'.

Untuk mengelakkan rasa sakit sewaktu anda berhubungan dengan suami, anda perlu mengubah posisi semasa melakukan hubungan intim. Ini membolehkan uterus berubah posisi, dengan itu boleh melegakan rasa sakit.

Rasa sakit semasa haid

Semasa datang haid, anda akan merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang. Terminologi perubatan untuk ini ialah 'dysmenorrhea'.

Sakit pinggang yang kronik

Ramai wanita mengalami sakit pinggang yang kronik. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca daripada sebab-sebab yang lain, ini bermakna sakit pinggang yang kronik itu adalah datangnya daripada kedudukan rahim terbalik.
Sumber : This Blog
 
Walau bagaimanapun, tidak semua wanita yang mempunyai rahim terbalik mengalami gegala di atas. Ada yang tidak mengalami walau satu pon tanda2 ini. Keadaan rahim terbalik hanya boleh disahkan melalui pemeriksaan imbasan atau scan melalui faraj dan masuk terus ke dalam uterus.

Benarkah Rahim Terbalik Mempengaruhi Kesuburan?

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam blognya, pakar menyatakan bahawa keadaan rahim terbalik tidak mempengaruhi kesuburan. Ini kerana kebolehan sperma berenang ke tiub fallopian tidak bergantung kepada bentuk rahim namun kebolehan sperma boleh terganggu jika bentuk sperma itu sendiri tidak sempurna, lendiran pangkal rahim yang terlalu pekat atau faktor-faktor lain.

Doktor2 pakar berpendapat keadaan rahim terbalik hanyalah variasi tubuh manusia sebagaimana variasi warna rambut dan anak mata. Keadaan ini merujuk kepada keadaan rahim terbalik yang dialami wanita tersebut sejak dilahirkan lagi.

Namun, terdapat lagi satu keadaan di mana, rahim terbalik disebabkan oleh endiometriosis atau PID (Pelvic Inflammatory Disease) yakni jangkitan kuman di sekitar kawasan pangkal rahim. Kedua2 situasi ini menyebabkan parut di sekitar rahim yang menyebabkan rahim menjadi terbalik, tiub fallopian tersumbat lalu menyumbang kepada ketidaksuburan. Mereka yang mengalami masalah ini kebiasaannya akan mengalami gejala-gejala yang dinyatakan di atas seperti sakit pinggang, sakit semasa haid dan ketika bersama suami. 

Berjaya Hamil Walaupun Rahim Terbalik?

Seperti dinyatakan, kedudukan rahim itu sendiri tidak mempengaruhi kesuburan namun jika rahim yang terbalik adalah disebabkan oleh masalah endiometriosis atau PID, rawatan perlu dilakukan kerana ia menjejaskan peluang untuk hamil. Bagi yang mempunyai masalah ini, anda dinasihatkan untuk mendapat rawatan yang sesuai dari pakar sakit puan. Namun bagi yang tidak mempunyai masalah namun masih sukar hamil, kemungkinan anda memerlukan lebih ikhtiar dan usaha untuk Allah memakbulkan impian anda. Kekurangan nutrisi juga boleh menjadi punca sukar memperoleh zuriat.

Tips Untuk Hamil dan Posisi Bersama yang Sesuai

Selain mengamalkan 10 tips mudah hamil yang pernah saya kongsikan, Wanita dengan keadaan rahim terbalik digalakkan bersama suami menggunakan posisi dan tips berikut:
  • Posisi "missionary" dengan meletakkan bantal di bawah punggung dan kaki isteri di atas bahu suami
  • "Doggy style"
  • Jangan terus bangun selepas hubungan intim sebaliknya berbaring dahulu selama 15 minit.
Tips2 ini saya cedok dari beberapa blog dan berdasarkan pengalaman beberapa individu terbabit.

Alhamdulillah, Puan Nanie kini telah hamil setelah 7 tahun menunggu dengan sabar.Set kesuburan Shaklee yang diambilnya mungkin hanya pemangkin sebelum Allah memperkenankan doa dan usaha tanpa jemu beliau. Tiada yang lebih menggembirakan selain dapat membantu insan lain mendapat apa yang mereka impikan, syukur ya Allah. Ikuti kisah beliau di sini.

Jika anda mengalami keadaan yang sama, jangan putus asa. Usaha tanpa jemu dan tawakkal pasti akan dibalas Allah yang maha pengasih. Tiada yang mustahil dengan kehendakNya. 

Salam sayang,
Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju

9 comments:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ummitiqah, saya baru sahaja tahu yg rahim saya kebelakang sikit melalui ultrasound. Terkejut pon ada, sbbnya saya dah kawin hmpir 1 tahun 2 bln dan belum ada rezeki lagi untuk dpt zuriat. Sya fikir positif shja dan berdoa dan usaha lagi.. sya buat research kbnykan rahim mcm sy ada peluang untuk hamil. Apapon bila bca blog ummi sy jadi lega sgt sbb kata2 positif dr blog ummi buat sy yakin in sya Allah ada rezeki untuk kami nanti..
    Doakan saya ya.. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan, adakah sekarang puan berjaya hamil? maaf bertanya, kerana saya juga mempunyai masalah yang sama seperti puan.

      Delete
    2. Assalam....saya pun baru dapat tahu rahim saya terbalik..tapi alhamdulillah dah dikurniakan 5 orang anak..sekarang ni baru 2 bulan umur anak no.5 tu,saya nak pasang iucd..lepas pasang doc nak scan,tapi doc kata macam pelik sikit..bila dia panggil doc pakar yang scan,doc pakar sahkan rahim saya terbalik..😂😂 terbalik pun terbalik laa anak da 5 pun.

      Delete
  3. InsyaAllah..pasti ada rezeki puan Nabilah Saad,saya pun rahim ke belakang, sekarang tengah mengandung anak no 6.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa jarak masa puan kosong sementara menunggu kehamilan yang pertama?

      Delete
  4. assalamualaikum
    saya baru keluar wad desebabkan keguguran anak ke 6 dan masih ada sisa darah beku di rahim.tapi tidak dicuci disebabkan rahim terbalik.yang mana berisiko jika dicuci.saya baru mengetahui rahim saya terbalik.simptom yg selalu sy alami selama ini ialah selalu sakit pinggang.
    Dan sy iktiar sendiri untuk mengeluarkan darah beku dengan jamu tempatan dan Produk MAMADIL

    ReplyDelete
  5. Saya pun amalkan shaklee , bulan ni sy period 2 hari je..
    Simptom kecil pregnen cam mudah letih.. kentut2 sembelit tu dah mula timbul.. tp rase ragu2 nk cek sbb hari kedua period tu darah banyak sgt kluar.. hari ketiga terus stop.. then kuar spot coklat je.. patut ke sy cek kehamilan sy?

    ReplyDelete