Assalamualaikum…
Seringkali ada ibu mengadu susu tiada selepas melahirkan anak. Bayi
asyik menangis kerana tak dapat menyusu. Lebih-lebih lagi untuk ibu yang
baru pertama kali melahirkan anak dan mengalami puting tenggelam.
Benarkah pengambilan MILK BOOSTER diperlukan kerana TIADA SUSU?
Kolostrum |
Di awal-awal kelahiran hanya sedikit susu yang agak likat dan pekat serta berwarna kuning yang juga dikenali sebagai kolostrum yang akan keluar. Kolostrum
ini hanya akan keluar dalam kuantiti yang sedikit namun ianya cukup
bagi memenuhi keperluan bayi yang baru lahir dalam 24 jam.
Perut bayi yang baru lahir hanya sebenar kacang pea, kecil sahaja kan.
Jadi, kesiankanlah bayi anda yang terpaksa menelan susu formula yang
diberikan hanya kerana ibu tiada maklumat tentang penyusuan susu ibu.
Saiz perut bayi |
Untuk yang menjadi ibu pertama kali, anda mungkin rasa kekok dan
tak reti cara memegang bayi anda hingga menyebabkan bayi anda tidak
selesa untuk menyusu. Bercerita tentang pengalaman sendiri, walaupun
saya suka dukung bayi dan suka bayi, rupanya cara dukung/pegang bayi
semasa menyusu sangat berbeza. Malah, saya telah pun ikuti kelas
penyusuan sebelum bersalin tapi bila bayi di tangan, saya masih terasa
kekok, apatah lagi keadaan puting yang pendek dan bayi tidak pandai
untuk melekap. Memang bayi kerap menangis. Saya pun jadi frust juga
seketika.
Jadi, sangat penting untuk anda ke HOSPITAL RAKAN BAYI supaya dapat membantu. Ataupun hubungi ibu atau rakan2 yang menyusukan bayi sepenuhnya.
Bukan saya tidak mahu jualkan
set B pada anda, tapi bagi saya sebaik lepas melahirkan ibu perlu lebih
memberi perhatian kepada kesihatan ibu sendiri supaya apabila ibu sihat
dan bertenaga tanpa stress, susu pun lebih mudah terhasil. Malah, di
awal kelahiran ini juga penting untuk kerap menyusukan bayi
SEKURANG-KURANGNYA 2 JAM sekali. Kalau anak tidur, cuba kejutkan. Fokus
lebih kepada anda dan bayi. Jadi lebih sesuai kalau ambil Set C, malah
boleh juga tambah ESP dan Ostematrix untuk bantu penyusuan juga.
Selepas sebulan, anda bolehlah merancang untuk membuat stok susu untuk ibu bekerja.
Jadi, ibu-ibu yang saya kasihi sekalian, semasa hamil perbanyakkan
ilmu tentang keibu bapaan, kelahiran, penyusuan dan sebagainya. Walaupun
barang2 keperluan bayi tu penting, tetapi ilmu tu jangan dilupakan…
No comments:
Post a Comment