Tiap kali customer baru nak beli alfalfa, saya akan tanya "ade SLE tak". pastu diorang tanya balik "SLE tu ape". Memandangkan ramai yang tak aware tentang penyakit merbahaya ni, saya nak kongsi ape sebenarnya SLE.
Definisi:
Systemic Lupus Erythematosus
(SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya
melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang
sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun
membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang
sepatutnya dilindungi. Penyakit ini
berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui.
Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.
Ia boleh menyerang
tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit
ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan
oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Penyakit ini boleh membawa maut kerana
SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri
terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan
sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah. Tidak sekadar
kulit, ia juga boleh menyerang sendi,
buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.
Simptom awal:
Malar Rash |
Penyakit ini tidak
mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara
umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi,
mudah penat dan kemurungan. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit
ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya
ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut
menyebabkan sakit sendi. Namun begitu, majoriti pesakit dipercayai mula
mendapat penyakit ini dengan kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau
butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang
lain termasuk di leher, telinga dan kepala.
Untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah
menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).
- Di
peringkat aktif SLE akan mnunjukkan tanda-tanda berikut:
- keletihan yang amat sangat
- demam yang tidak menentu
- pecah-pecah mulut
- selsema
- sakit bahagian kepala
- sakit sendi-sendi dan otot
- gangguan urat saraf
- kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet yang rendah - Tompok-tompok merah berbentuk seperti rama-rama mingkin timbul di pipi dan hidung
- Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak
- Kulit : Menjadi ke merah-merahan terutama jika terdedah kepada cahaya matahari dan
mudah beruam (photosensitive rash)
Alah kepada ubat yang mangandungi sulfur atau penisilin
Radang pada salur darah halus di dalam kulit boleh mengakibatkan tompok-tompok halus merah timbul di bahagian siku, jari tangan dan jari kaki (vaksulitis)
Jari-jari menjadi pucat kebiru-biruan (fenomena Raymand) apabila terdedah pada kesejukan atau berlaku gangguan emosi - Rambut: Keguguran rambut dalam masa beberapa bulan
- Sendi-sendi: Radang sendi pada pesakit yang teruk boleh menyebabkan kecacatan
- Jantung dan paru-paru: Gejala radang membran di bahagian jantung, paru-paru dan perut. Ia dikenali sebagai serositis. Merasa sakit dada ketika menarik nafas
- Otak
Radang pada tisu-tisu otak boleh mengakibatkan kemurungan, sawan, perubahan sikap secara tiba-tiba, lemah sebelah tangan atau mirgain yang teruk - Buah pinggang
SLE mengakibatkan sindrom refrotik, tekanan darah tinggi dan hematuria mikroskopik
Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut atau kronik
Statistik
- Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.*
- Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.*
- Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.*
Rawatan
Rawatan-rawatan yang ada sekarang
bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang
disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman.
Pesakit Sistemik Lupus
Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak
serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti
keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika
organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau
gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.
Moga anda mendapat manfaat dari perkongsian saya ni.
Salam Sayang,
Norul.
No comments:
Post a Comment