Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Susu Ibu Boleh Merawat Sakit Mata (Conjunctivitis)



Sakit mata atau conjunctivitis memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti. Mata menjadi merah, bertahi, gatal, rasa berpasir, sangat sakit dan sukar dibuka. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria).

Sakit mata yang berjangkit biasanya:
  • bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata
  • mata terasa gatal
  • menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir
  • mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.
Susu ibu dipercayai dapat mengatasi masalah ini. Antibodi di dalam air susu ibu iaitu immunoglobulin, mencegah bakteria dari melekat pada permukaan mata. Ini menyebabkan pertumbuhan bakteria terhalang dan membantu untuk menamatkan jangkitan mata. Jadi, kalau terkena jangkitan ini, bolehlah dititiskan susu ibu yang penuh khasiat itu di mata yang terkena jangkitan. InsyaAllah, berkesan:)












No comments:

Post a Comment