Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Maksud Simbolik Avatar Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike

Simbolik Avatar Sempena Mogok Lapar Tahanan Rakyat Palestin 

Sekarang ni di facebook dan laman sosial tengah rancak dengan penukaran default picture menggunakan avatar “Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike” Yang merupakan sebagai tanda sokongan kita terhadap tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara Israel.
Ada orang yang mempersoalkan apa manfaat yang diperolehi dengan menukar avatar tersebut. Tidak kurang ada jugak yang memperlekehkannya.
Sebelum ini, adakah korang ambil kisah mengenai Hari Nakbah dan mogok lapar di Palestin? Apabila melihat ramai rakan-rakan facebook korang menukar avatar tersebut, pasti korang tertanya-tanya apa maksudnya dengan menukar avatar  “Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike”?





Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike

Simbolik Penukaran avatar ini (DP) ialah :
1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.
2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.
3. Logo di sebelah kanan bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.
4. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Kalau korang nak tau ini adalah Mogok lapar terbesar dalam sejarah.
5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam.
Apa hukum mogok lapar?
Pilihan yang ada bagi seorang muslim untuk menentang kezaliman ialah puasa bukan mogok lapar. Mogok lapar adalah salah disisi syara’ bagi ummat Islam. Akan tetapi, dalam hal mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel, Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan :
"Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!
Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!”
Jadi, mogok lapar dibolehkan dalam hal tersebut kerana mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka disebabkan keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya. Hanya itu pilihan yang mereka ada bagi mendesak Israel membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia tentang kekejaman Israel laknatullah.

Pilih avatar kegemaran anda



No comments:

Post a Comment