Salam Ramadhan buat semua pembaca blog yang budiman.
Bila masuk bulan Ramadhan ramai yang risau tak dapat minum air 3
liter sehari dan tak dapat istiqamah pengambilan supplemen. Jadi, saya
kongsikan sedikit tips supaya kalau tak dapat 3 liter pun paling kurang
dapatla dalam 2 liter air sehari.
- Sediakan sebotol air masak sebagai indicator yang ada tulis berapa liter boleh muat. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter. Tak payah ulang-alik isi banyak kali.
- Setiap kali ambil supplemen, ambil bersama 2 gelas air. Satu gelas lebih kurang 200ml~250ml. Jadi kalau ambil 3 kali iaitu selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur, paling kurang akan minum 600ml air kan,
- Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas 2 rakaat boleh minum air sikit-sikit.
- Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun je sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.
*** Kalau boleh, elakkan berbuka dengan ais. Ais akan membuatkan perut menjadi sebu dan mengakibatkan badan menjadi lemah, jadi kita akan menjadi lebih lemah keesokan harinya.
Tak susah sebenarnya, cuma bila kita tak biasa, itu yang menyebabkan
kita rasa susah. Tapi kalau tak bermula dari sekarang, bila lagi? oh ye,
dengan pengambilan air yang banyak juga membuatkan kita dapat mengawal
nafsu makan. Jadi, takde la makan overload kan.
Salah satu kebaikan puasa adalah dapat merehatkan perut tapi kalau
berbuka kita makan sebanyak-banyaknya maka, makin tersiksalah perut.
Silap-silap lebih tersiksa dari bulan tak puasa.
Akhirnya, puasa adalah tarbiyyah dari Allah untuk mendidik kita supaya bertaqwa.
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu berpuasa agar kamu BERTAQWA. (Surah al-Baqarah:183)
Jadi masa bulan ni, kita lebih mudah melatih diri untuk lebih
mendekati Allah kerana syaitan dah dirantai. Dan semoga dengan latihan
sebulan ni, kita dapat berjuang berhabis-habisan untuk menentang syaitan
untuk 11 bulan berikutnya.
Salam Sayang,
Norul
Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
No comments:
Post a Comment