Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Kunci Utama Banyakkan Susu

Gambar Hiasan: Ibu yang penyayang :)

Kunci utama banyakkan susu seperti berikut:

1. Kekerapan payudara dikosongkan
 Lebih kerap bayi menyusu, lebih kerap anda mengepam, susu terhasil lebih banyak. Tubuh akan menghantar isyarat ke otak bahawa susu tak cukup, jadi otak akan hantar isyarat kepada sistem yang menghasilkan susu supanya susu terhasil lebih. Sebaliknya, bila kita kurang mengosongkan payudara, tubuh akan menghantar isyarat bahawa susu tak diperlukan, jadi otak akan menyuruh pengeluaran dikurangkan.

2. Emosi
Emosi yang tenang,gembira dan stabil amat mempengaruhi pengeluaran susu. Elakkan diri dari stress. Bagi muslim, banyakkan beristighfar, berzikir dan memohon kepada Allah supaya sentiasa diberikan ketenangan.

3. Kesihatan Tubuh
Sakit boleh menyebabkan tubuh tidak bermaya dan menyukarkan penghasilan susu ibu. Oleh itu, jagalah kesihatan diri dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan supplemen jika anda tidak mampu makan secara seimbang.

4.Berfikiran Positif
Jika anda fikir anda boleh, insyaAllah, anda pasti boleh. Minda memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal tubuh dan persekitaran.

Semoga berjaya:)




Salam Sayang,

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah

No comments:

Post a Comment