Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Cegah Kanser Sebelum Ia Menyerang_ACE dan Vivix sebagai Antioksidan

Menerusi pembacaan di MAKNA dan beberapa sumber lain, saya terkejut dengan statistik yang ditunjukkan mengenai kanser di Malaysia.

  • Kanser merupakan antara punca ketiga kematian pramatang di Malaysia. 
  • Menurut National Cancer Registry of Malaysia, 21773 rakyat Malaysia didignos dengan kanser setiap tahun. Hampir 70,000 kes kanser baru dikesan sekitar tahun 2003-2005 di kawasan semenanjung sahaja. 
  • Dianggarkan seorang dari empat rakyat malaysia (1:4) akan mengidap kanser sebelum mencecah umur 75 tahun. 
  • Lima jenis kanser yang paling banyak menyerang adalah kanser payudara, kanser usus, kanser paru-paru, kanser servik dan Kanser nasofaringeal. 
  • Mengikut Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), kanser akan membunuh lebih daripada 13.2 juta orang setahun menjelang tahun 2030, iaitu hampir dua kali ganda daripada jumlah yang mati pada 2008 dan majoriti kematian adalah di negara-negara yang lebih miskin.


APAKAH KANSER?
Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor. Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benigna(bukan kanser). Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser)
PUNCA KANSER?
Punca sebenar kebanyakan penyakit kanser tidak diketahui. Walaubagaimanapun 90% penyakit kanser adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran dan cara hidup seseorang individu tersebut. Antaranya radiasi, asap rokok, alkohol dan corak pemakanan yang tidak sihat.
BAGAIMANA MENCEGAH KANSER?
Kira-kira satu pertiga daripada semua jenis kanser sebenarnya BOLEH DICEGAH setiap tahun jika orang ramai mengamalkan corak pemakanan yang sihat, tidak mengambil minuman beralkohol dan lebih banyak bersenam. "Sungguh menyedihkan apabila melihat tahun 2011 masih ramai orang yang mati akibat kanser yang sepatutnya boleh dicegah melalui diet, mengekalkan berat badan yang sihat, aktiviti fizikal dan faktor-faktor gaya hidup yang lain," kata MArtin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.
Selain menukar dan mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang lebih sihat, supplemen dapat membantu memperbaiki ruang- ruang yang kosong dalam diet harian kita. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
VITAMIN ACE & VIVIX SEBAGAI ANTIOKSIDAN

Radikal bebas (Free radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.. Oleh itu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektrol yang telah hilang sebelum ini.. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antoksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil oxidative stress.

Proses pengoksidaan yang tidak terkawal ini akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL kanser dan sebagainya..

PUNCA TERJADINYA RADIKAL BEBAS?
Bagaimana terjadinya radikal bebas.. bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan..


BAHAYA KE RADIKAL BEBAS?
Pendedahan terhadap radikal bebas akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Sel-sel tubuh yang telah diserang berisiko untuk rosak atau terjadi pertumbuhan abnormal yang seterusnya boleh mangakibatkan KANSER

hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh radikal bebas..!

Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.


Set ACE, Set Antioksidan



Carotomax ~ ditukar jadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri daripada ENAM daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

Vitamin C Shaklee ~ bersifat sustained release iaitu pelepasan perlahan-lahan iaitu 100mg setiap jam. Ia juga mengandungi Bio-flavonoid C complex yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan

Vita-E complex ~ mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.

p/s – pengambilan vitamin A dan vitamin E tidak mengganggu penyusuan susu ibu walaupun ia bersifat larut lemak. Ini kerana Vitamin A shaklee hanya akan ditukarkan jadi vit A apabila diperlukan. Vitamin Shaklee bersumber dari bahan asli, jadi ia tidak merbahaya.





Revolusi Terbaru dari Shaklee


Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Setanding dengan harganya yang mahal, ia InsyaAllah boleh membantu mereka2 yg ada penyakit kritikal spt pesakit SLE, Kanser, dll.. malah orang biasa yg ingin menjaga kesihatan juga boleh mengambil VIVIX ni.. semua orang boleh ambil VIVIX kecuali kanak-kanak, wanita hamil dan wanita yang sedang menyusu bayi
Rujukan:
  1. http://ms.articlestreet.com/health/supplements-and-vitamins/what-antioxidants-are-and-why-they-are-so-important-to-your-health.html
  2. UTUSAN MALAYSIA - 8 Februari 2011 
  3. http://hani-dex.blogspot.com/2012/05/kanser-ubah-cara-hidup-anda.html 

Mencegah lebih baik dari merawat. Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi dan produk di atas. 

Salam Sayang, Norul
SMS/Whatsapp : 018-290 7924
FB Page: Ummi Tiqah
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




No comments:

Post a Comment