Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Punca Susu Kurang dan Cara Mengatasinya

Susu yang banyak menjadi impian setiap ibu. Susu ibu ialah yang terbaik buat bayi tersayang. Alangkah ruginya mana2 ibu yang mampu menyusukan bayinya tetapi tidak berbuat demikian dengan alasan tidak cukup masa, malas dan lebih mudah memberikan susu formula. Sebagaimana entry saya tentang bagaimana tingginya kandungan gula dalam susu formula dan sejarah susu formula, anda akan mendapati betapa ruginya tidak memberikan susu ibu kepada bayi.

Namun, tidak semua ibu mampu memberikan susu ibu kepada bayi. Ini disebabkan masalah kesihatan, puting yang terlalu besar atau kecil atau tenggelam dan sebagainya. Jika disebabkan masalah kesihatan seperti ibu sedang menjalani rawatan kimoterapi, pemberian susu ibu sememangnya tidak dapat dilakukan namun masalah berkaitan puting atau bayi sendiri tidak mahu menyusu secara terus boleh diatasi sekiranya ibu berusaha dan sabar.

Rata2 ibu bertanyakan kepada saya. Anak saya dah XX bulan, susu saya dah makin kurang. Set ape yang boleh buat tambah susu.

Wahai ibu2 sekalian. Sebelum kita mencari penyelesaian, terlebih dahulu, haruslah dikenalpasti punca susu kita semakin kurang. Berdasarkan pengalaman dan kajiselidik yang saya lakukan, punca utama susu semakin kurang adalah seperti berikut:

1. Kekerapan bayi menyusu semakin kurang
2. Kepenatan
3. Tekanan Emosi atau Stress
4. PMS dan Datang Bulan

1. Bayi kurang menyusu.
Bagi sesetengah bayi, semakin ia membesar, ia menjadi semakin aktif dan kurang menyusu. Ini menjadi salah satu punca susu ibu semakin kurang kerana ibu tidak mengosongkan payudara dengan kerap. Peraturan asas pengeluaran susu ibu yakni demand vs supply harus dipatuhi dalam apa jua keadaan. Jadi, jika bayi anda makin kurang menyusu, jangan malas untuk mengepam ye.

2. Kepenatan
Kepenatan amat pempengarahi kuantiti susu dan menjadi salah satu punca susu semakin kurang. Rutin ibu yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa memerlukan stamina yang mencukupi untuk menguruskan segalanya. Kepenatan turut membawa kepada masalah yang ketiga iaitu tekanan emosi.

3. Tekanan emosi atau stress.
Percaya atau tidak perasaan atau emosi ibu amat mempengaruhi kuantiti susu ibu yang dihasilkan. mood yang lesu, tidak gembira dan tertekan menjadi salah satu punca susu menjadi kurang kerana homon juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu, cubalah berfikiran positif walaupun mungkin mood anda tidak bermula dengan baik pada hari tersebut. Bagi saya sendiri yang mudah baran, pengambilan B Complex amat membantu mengatasi masalah ini. 

4. PMS dan Datang Bulan
Antara simptom pra haid adalah susu menjadi kurang. Keadaan ini boleh berlarutan sepanjang haid. Ini berlaku kerana kandungan kalsium merosot semasa fasa ini. Ibu harus mendapatkan sumber kalsium yang mencukupi bagi memastikan susu tidak kurang dan merudum. Antara cara mengatasinya ialah dengan mengambil pil kalsium. Di Shaklee, Ostematrix merupakan sumber kalsium yang mencukupi untuk keperluan harian.

Keempat2 faktor ini bukanlah sesuatu yang boleh dikawal. Namun, boleh diatasi. Jika bayi anda kurang menyusu, kerapkan pengepaman untuk megelak susu merudum nanti. Kepenatan, stress dan PMS juga adalah lumrah, menjadi punca susu kurang namun boleh diatasi dengan pengambilan supplemen yang sesuai. Pilihan saya, tentulah Shaklee, sumber vitamin semulajadi yang selamat dan berkesan, insyaaAllah.

Supplemen Shaklee untuk Ibu Menyusu


Jika anda juga ingin mencuba Shaklee, jangan segan2 hubungi saya ye. Consultasi eksklusif dan berterusan untuk semua pelanggan saya sahaja :)

Salam Sayang,
Norul


SMS/Whatsapp : 018-290 7924


FB Page: Ummi Tiqah

No comments:

Post a Comment