Kenapa Shaklee Malaysia tak mohon sijil halal JAKIM.
Status halal produk Shaklee seringkali diutarakan terutama di kalangan pengguna baru. Untuk pengetahuan semua, Shaklee sememangnya halal dan sijil halal ini diberikan oleh Islamic Services of America atau ISA. Untuk gambaran yang lebih jelas, anda boleh lihat pdf file di website Shaklee di sini.
Berdasarkan sijil ini, Shaklee sememangnya halal, tanpa was-was. Soalnya, kita di Malaysia ade JAKIM, jadi kenapa Shaklee tak pohon sijil halal JAKIM atau dalam erti kata lain, kenapa tiada tanda halal JAKIM pada produk Shaklee?
Diharap, penerangan saya ni akan memuaskan hati semua yang bertanya.
ISA merupakan badan yang telah diakreditasi oleh JAKIM. atau dalam erti kata lain, diiktiraf sijil halalnya oleh JAKIM. JAKIM cuma beri sijil halal untuk produk yang dihasilkan dalam Malaysia sedangkan negara lain ada badan yang menjalankan audit untuk mengeluarkan sijil halal mereka. JAKIM sudah beri pengiktirafan kepada ISA, jadi mengapa nak kene buat 2 kerja. Bagi mereka yng belajar business management, pasti anda juga tahu makna networking, delegation dan sebagainya. Kesemua ini untuk memudahkan kerja dan urusan.
Lecithin antara produk yang sering dipertikaikan status halalnya |
Berkenaan dengan siji halal, proses audit bukanlah semata2 ke atas end product sahaja. Proses bermula dari bahan mentah, ladang, pemprosesan, pengilangan sehinggalah kepada end product. Jadi, mampu kah auditor JAKIM nak pergi ke setiap negara untuk audit kesemuanya? Oleh sebab itu, delegation is the solution.
Proses akreditasi ni bukanlah semata dijalankan oleh JAKIM, malah badan luar negara juga buat audit ke atas JAKIM untuk memastikan standard produk kita yang dieksport ke luar negara juga memenuhi kriteria mereka. ISA sendiri audit JAKIM untuk barangan kita di US.
Akreditasi juga bukanlah satu proses mudah. Ada standard dan kriteria tinggi yang harus dipatuhi sebelum sesuatu badan itu diakreditasi oleh JAKIM. Jadi, jika anda tak percaya dengan sijil halal ISA, samalah juga dengan anda tidak mempercayai sijil halal JAKIM.
Sedangkan produk dalam negara sendiri pon banyak yang tak mohon sijil halal JAKIM :) Tepuk dada, tanya iman.
Salam sayang,
Norul
SMS/Whatsapp: 018-2907924
FB Page: Ummi Tiqah
No comments:
Post a Comment