Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Hadiah Harijadi Paling Hebat

harijadi, bithday, ada apa dengannya? Sebenarnya saya ni bukanlah jenis yang celebrate sangat benda2 macam ni memandangkan parents saya pon tak pernah celebrate birthday kami adik beradik. hehe. Takde la kecik hati, cuma sebab jarang meraikan, jadi kurang ambil kisah pasal hari jadi nih. kecuali masa dah masuk U dan dah ade boipren dulu, ade la jugak celebrate kadang2. tapi bila dah kawen, huh!! langsung tak diingat harijadiku. haha.
Seingat saya, masa belajar kat sekolah, ade la jugak kawan2 yang concern bagi hadiah harijadi cam pen, tabung duit dan kad. Masa dah masuk universiti plak ada jugak kawan2 sebilik celebrate birthday kita. seronok rasanya. Kad2 birthday yang kawan2 pernah bagi, semua saya simpan sbb terharu. Bila dah kahwin dan ada anak, tumpuan lebih kepada sambutan dan hadiah harijadi anak2. dah masuk tahun ketujuh perkahwinan nih, tak rasa pape sangat dah bila encik suami selalu tak ingat bithday kita. Ini saya lah ye. Lain padang lain belalang. Jangan samakan anda dengan saya plak :-P
Tapi Allah tu maha penyayang. Sebabnya, Dia berikan saya hadiah yang paling hebat dan paling bermakna sepanjang hidup saya. Walaupun selama ni birthday saya sering dilupakan, tapi pada harijadi yang ke 34, Allah sendiri hadiahkan saya permata hati yang sungguh hebat dan bernilai. Sebuah jiwa yang lahir dari rahim saya yang saya namakan Muhammad Amjad Arsyad. Amjad lahir secara normal, 3 minggu awal dari tarikh EDD yakni semasa kandungan masuk 37 minggu. Hebat bukan  aturan Allah? Birthday Amjad sama dengan ummi, yeayyy!!!
Walaupun saya memiliki tiga lagi permata hati hadiah Allah, yang sihat dan cerdik, namun Amjad merupakan hadiah harijadi saya yang paling hebat!!. Terima kasih ya Allah.
Apa hadiah harijadi anda yang paling hebat? Jom share :-)
Hadiah Harijadi Saya yang Paling Hebat

No comments:

Post a Comment