“Cuti dah nak habis, pasni mesti susu kurang bila dah kerja”.
Biasa dengar ayat ini? Atau anda sendiri pernah menuturkannya? Ramai ibu mengeluh dan mengadu dengan saya
mengenai permasalahan ini. Jom kita buat bedah siasat sikit, kenapa perkara ini
berlaku dan jalan penyelesaiannya.
Pemakanan
Bila kita berada dalam pantang, maka segala-galanyalah
pantang kan? Terutama pemakanan kita. Masa dalam pantang, kita tak boleh makan
makanan yang sejuk, berangin, minum pon air panas atau suam je. Cara pemakanan
ini mempengaruhi badan kita supaya cepat sembuh dari proses bersalin dan
membuatkan tubuh kita sihat. Bila tubuh sihat, susu pon lancar le.
Bila dah abih pantang, ada ibu yang tak sabar-sabar terus
minum ais. Bagi kebanyakan ibu yang menyusu, ais adalah pantang terbesar kerana
ais boleh membuatkan susu kurang. Tapi ada segelintir kecil ibu yang tak
mengalami perubahan walaupun minum ais. Kira kebal lah ni:-).
Umum mengetahui kobis adalah sayur yg tergolong “sejuk”. Bahkan ada petua supaya meletakkan kubis di payudara untuk bagi susu kering (bagi ibu yang taknak susukan anak mereka). Mak saya sendiri pernah sarankan saya letak kubis masa susu tersumbat tapi saya tak berani buat takut susu kering terus. Satu yang pasti, bila saya makan kubis, hasil perahan susu saya akan menjadi kurang.

Oleh itu, kalau nak pastikan bekalan susu maintain, jagalah
pemakanan dan jangan makan benda-benda sejuk ye.
Penyesuaian pam
Ada ibu yang baru mula mengepam seminggu sebelum bekerja. Untuk pengetahuan anda, payudara memerlukan masa untuk menerima perubahan. Oleh itu, anda digalakkan untuk mula menyediakan stok sekurang-kurangnya sebulan sebelum bekerja.

Kekerapan payudara dikosongkan
Ini adalah faktor utama dan konsep paling asas penyusuan. Semasa pantang, kita lebih banyak menyusukan anak tetapi bila dah bekerja, masa untuk mengepam adalah terhad. Adalah agak mustahil untuk mengepam 2 jam sekali seperti yang disarankan bagi kebanyakan ibu yang berkerjaya. jadi, mungkin anda boleh ikut cara saya seperti berikut:
1. Menyusukan anak sejurus sebelum keluarbekerja.
2. Pam sebelum memulakan kerja
3. Pam sewaktu lunch
4. Pam sebelum balik kerja.
5. Susukan anak sebaik sampai ke rumah.
Saya bersyukur dikurniakan boss yang memahami. Dalam hal ini, anda perlu berbincang dengan majikan. Mungkin anda boleh masuk kerja lebih awal dan balik lambat sedikit untuk menggantikan masa yang diambil untuk mengepam, jika diizinkan majikan.
Emosi yang tenang merupakan faktor penting dalam penghasilan dan kelancaran susu. Sebab itulah bagi ibu yang telah bekerja, anda digalakkan supaya sentiasa berada dalam keadaan tenang dan gembira terutama semasa sessi mengepam/memerah susu. Banyakkan beristigfar bila sesuatu menggangu emosi anda. Zikir "Ya Matin" insyaAllah amat membantu.
Saya sendiri suka tengok gambar anak2 di handphone semasa mengepam, lihat gelagat mereka yang pelbagai buat saya sejuk hati. Ada 2 keping gambar anak2 saya tampal di meja kerja. Bila ada tekanan, saya akan lihat gambar mereka dan beristighfar. InsyaAllah, cepat sikit lega:)
Ini adalah faktor utama dan konsep paling asas penyusuan. Semasa pantang, kita lebih banyak menyusukan anak tetapi bila dah bekerja, masa untuk mengepam adalah terhad. Adalah agak mustahil untuk mengepam 2 jam sekali seperti yang disarankan bagi kebanyakan ibu yang berkerjaya. jadi, mungkin anda boleh ikut cara saya seperti berikut:
1. Menyusukan anak sejurus sebelum keluarbekerja.
2. Pam sebelum memulakan kerja
3. Pam sewaktu lunch
4. Pam sebelum balik kerja.
5. Susukan anak sebaik sampai ke rumah.
Saya bersyukur dikurniakan boss yang memahami. Dalam hal ini, anda perlu berbincang dengan majikan. Mungkin anda boleh masuk kerja lebih awal dan balik lambat sedikit untuk menggantikan masa yang diambil untuk mengepam, jika diizinkan majikan.
Emosi
Hidup
masa dalam pantang memang cam syurga bagi kebanyakan
ibu yang berkerjaya. Masa nilah kita nak bermesra dengan anak2.Walaupun
penat tapi emosi lebih tenteram, stabil dan gembira bila kita
dikelilingi keluarga tercinta sepanjang masa. Emosi yang tenang merupakan faktor penting dalam penghasilan dan kelancaran susu. Sebab itulah bagi ibu yang telah bekerja, anda digalakkan supaya sentiasa berada dalam keadaan tenang dan gembira terutama semasa sessi mengepam/memerah susu. Banyakkan beristigfar bila sesuatu menggangu emosi anda. Zikir "Ya Matin" insyaAllah amat membantu.
Saya sendiri suka tengok gambar anak2 di handphone semasa mengepam, lihat gelagat mereka yang pelbagai buat saya sejuk hati. Ada 2 keping gambar anak2 saya tampal di meja kerja. Bila ada tekanan, saya akan lihat gambar mereka dan beristighfar. InsyaAllah, cepat sikit lega:)
Rehat
Pantang adalah masa untuk ibu berehat. Siap dijaga oleh ibu,
MIL, maid etc. Kalaupun berpantang sendirian, sekurangnya tak perlu terkejar2
pegi office dan sebagainya. Rehat yang cukup adalah salah satu kunci kepada
penghasilah susu yang lancar. Jadi tidak hairanlah apabila kita dah mula
bekerja, susu semakin kurang sebab rehat tak cukup. Pagi keje sampai petang,
balik nk uruskan anak2, suami, rumah lagi. Bila malam, kita pon dah letih. Masa
inilah kita perlukan pembantu untuk memastikan tubuh sentiasa bertenaga dan
cergas walaupun rehat tak cukup. Pembantu itu, suplemen lah.
Cam saya sendiri, mujurlah dalam pantang mak sangat membantu
menguruskan anak sulung dan kedua yang tengah “buas”. Bila dah balik ke rumah
sendiri memang penat uruskan sendiri, suami pula kerja shift. Saya mula makan
alfalfa tanpa dirancang asalnya. Rupanya baru
perasan tubuh saya semakin bertenaga pula. Lepas anak2 dah tido, saya boleh siapkan
kerja2 rumah. Sebelum ni masa beranak dua dan tidak mengambil supplemen, jangan haraplah. Pukul 9 malam saya dah “padam”.
Sekarang Alhamdulillah. Masalah selesaiii.
Kesimpulannya, kesemua perkara di atas harus diambil kira untuk memastikan kelangsungan bekalan susu bagi ibu2 yang berkerjaya. Tak kisahlah pam manual ataupun elektrik asalkan payudara kerap dikosongkan, emosi stabil, pemakanan yang dijaga, tubuh yang sihat dan bertenaga akan menjamin bekalan susu yang berterusan, dengan izin Allah.
Hubungilah saya kalau nak dapatkan shaklee ye :-)

No comments:
Post a Comment