Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Rahsia Saya Banyak Susu

Assalamualaikum. 

Ramai saudara mara dan kengkawan dok tanya ape rahsia saya banyak susu. Meh kt sini saya nak kongsikan rahsia tu (sebenarnya bukan rahsia pon:). Untuk anak ketiga ni saya menjadi pengepam tegar (exclusive pumping) untuk dua bulan pertama kerana Raudhah taknak direct feeding.

Masa pregnant :
A'isy my hero
  1. Dah tanam niat nak susukan anak selama boleh."Aku nak susukan anak ni selama yang boleh kerana Allah".
  2. Google dan usaha korek byk2 info pasal breastfeed. Tentang kemungkinan masalah dan penyelesaiannye. Antara laman web kegemaran saya adalah kellymom dan susuibu.
  3. Doa dan doa sampai sekarang
Dah bersalin/Dalam pantang:

  1. Terus susukan bayi sebaik berpeluang. Kalau boleh, cari hospital rakan bayi, pas bersalin jek terus diorang tolong suakan baby kat breast kita.  (saya bersalin di hospital yang bukan rakan bayi, jadi anak tak menyusu dengan saya di hospital. Sebolehnya, jangan ikut cara saya ni)
  2.  Balik rumah saya terus berurut. 
  3. Susukan bayi dua jam sekali . Kalau dia tido dan taknak menyusu walaupun dah dipaksa, pam.
  4. Pam kedua2 breast sebaik lepas anak menyusu untuk mengosongkan breast. Konsep asas, makin kerap kita kosongkan breast, susu akan makin byk terhasil. Terbukti berkesan!
  5. Minum air panas/suam sahaja.
  6. Minum banyak air - 2 atau 3 liter sehari. Minum sikit2 tapi kerap. Kalau tak kembung la minum air banyak2 sekaligus. 
  7. Minum susu kambing  (saya minum hi-goat).
  8. Banyak makan nasi. 
  9. Makan kurma.
  10. Berdoa semoga diberi kekuatan dan ketabahan untuk terus susukan anak. Dalam masa yang sama, tawakkal.
  11. Tak stress. Jangan paksa diri dan sentiasa positif. Kalau ade masalah, cuba cari penyelesaiannye dengan merujuk kepada yang lebih pakar dan google.
  12. Cuba curi masa untuk rehat secukupnya (tak cukup pon kalau beranak rapat cam saya:-) ) Kena pulak exclusive pumping, lagila penat.
  • Note: Masa dalam pantang orang tua2 suh kita sentiasa panas. Saya mmg tak sentuh air sejuk lgsung masa dalam pantang. 
Dah bekerja:

  1. Pam sekurang-kurangnya 3 kali kat opis. kalau ade peluang saya pam 4 kali. Set alarm kat handphone supanya tak miss. 
  2. Direct feed anak sejurus sebelum kuar keje dan sebaik sampai rumah.
  3. Bersedekah kat kucing2 liar. Sambil saya bagi makanan tu ckp kat diorg, "kome tolong doakan murah rezeki aku, rezeki anak2 aku, murah susu aku ye". 
  4. Pam bila anak dah betul2 tido malam, sebelum kita tido.
  5. Kongsi pengalaman dan tips dengan ibu2 lain.
  6. Tak minum ais.
  7. Bila cuti direct feed anak on demand tapi jarak jangan lebih dari 3 jam.
  8. Sentiasa positif dan tenang, banyakkan istighfar. Gembirakan diri sendiri:)
  9. Jaga makan - makan banyak tapi berkhasiat. 
  10. Makan madu dan kurma, susu kambing tak tinggal.
  11. Makan Shaklee juga, Alfalfa dan ESP.
  12. Sokongan dari suami.
Itulah yang saya buat. Semalam Raudhah genap 5 bulan.Alhamdulillah susu masih byk dalam deep freezer. Konsep asas supply and demand tu lah yang saya pegang. Saya dah tanamkan tekad untuk berikan anak2 saya yang terbaik iaitu susu ibu. Yang penting, ibu kene rajin dan tabah.

Oh ya, cam saya katakan tadi, saya adalah pengepam tegar semasa 2 bulan pertama. Memangla tension awal2 tu sebab 2 orang anak saya sebelum ni takde masalah nak direct feeding. Apa yang saya buat, saya pam setiap 2 jam. Memang mula2 pam dapat sikit aje tapi lama2 banyaklah, Cam entry saya share sebelum ni, susu yang dihasilkan ukut saiz perut bayi juga. Memula pam dapat dalam satu 1oz jek.Lelama banyaklah.

Saya ada beli nipple shield. Anak saya nak menyusu direct dengan saya kalau saya guna nipple shield tapi saya perasan, dia menyusu tak banyak dan cepat lapar semula, breast saya pon tetap bengkak lepas dia menyusu. Jadi masa dalam pantang saya gunakan nipple shield sebelah malam, bila anak bangun untuk menyusu, saya akan gunakan nipple shiled sementara nak tunggu susu dia panas. Dan setiap kali lepas anak menyusu, saya akan pam. Memang penat dan mengantuk tapi itulah pengorbanan yang harus dibuat untuk berikan yang terbaik untuk anak saya. Walaupun beri susu kepada anak melalui botol, saya suakan juga puting saya kepadanya sekali sekala. Sampai la umur dia 2 bulan lebih, kuasa Allah, dia nak menyusu tanpa nipple shield. Sukanya saya;) Alhamdulillah.

Buat suma ibu, janganlah cepat mengalah.Usaha, rajin, bardoa dan tawakkal lah. InsyaAllah, Dia menolong hamba yang menolong diri sendiri. Sekian:)


Salam sayang,

Norul
ummitiqah@gmail.com
018-2907924
FB Page: Ummi Tiqah










2 comments:

  1. Nak tanya. Adakah pump pun pengaruh ya?
    sebab saya dah pump setiap 2 jam sekali, setiap sesi 20-30 minutes, tapi selalunya not more than 80 ml (tak sampai 3 oz).
    dah berusaha berpikir positif.
    dah berdoa selalu
    terkadang terpikir juga, mungkin rezeki anak aku memang hanya segitu
    tapi tetap teringin nak tingkatkan susu badan.
    saya sudah ambil 9 makanan untuk tambah susu badan. konsumsi shaklee juga yang set 3M.

    ditunggu advice nya :)

    terima kasih sebelumnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan dwi pakai pam apa ye.kalo pam tu tak menyakitkan,it shuld b ok.pd sy kalo puan pam setiap 2 jam dpt 3oz tu sebenarnya agak byk.berapa umur bayi dan dh berapa lama ambil set 3m? Adakah susu bdn utk bayi xmencukupi?
      Puan boleh cuba buat power pumping jika nk tmbh susu bdn disamping kekalkan pengambilan supplemen selain air kosong 2-3 liter sehari ye.

      Delete