1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari
mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris.
Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa
Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah
banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf
Islam.
2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam
bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language.
Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm
sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.
3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan
lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.
4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai
alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada
peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu
untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda
sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.
5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru
bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini
kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas
yang menarik untuk menagajar mereka.
6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda
dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting
anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti
tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan
matematik.
7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk
anak-anak anda.
Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan
komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam
dwibahasa.
bayi didedahkan dengan buku sejak kecil |
10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda.
Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta
bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka
ini lagi fasih dari kita.
12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris.
Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka
dengan berkesan.
13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.
14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar..
Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda
seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan
lain…Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada
channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak
yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan
dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2
pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan
cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.
16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda.
Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan
apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.
17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan
kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat
sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.
20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.
21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.
22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang
bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab
kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul
sebenarnya salah atau kurang tepat.
23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad
perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2
untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda
mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.
24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba
gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus
English-English-Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda
'berfikir' bahasa Inggeris.
25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa
Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang
sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan
sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan
anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.
Ha.Dah 25 tips yang saya bagi.Maybe next time kalau ada mood camni
saya akan beri lagi tips2 dan petua2 yang boleh anda praktikkan.
Akhir kata, "Jangan terlalu fikirkan kesilapan dan kelemahan orang
lain, tapi sebaiknya kita lihat dulu kelemahan diri kita dan ahli-ahli
keluarga kita dan bagaimana kita boleh memperbaikinya.."
Salam Sayang
Norul
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete