migrain yang mengganggu |
Sakit kepala adalah gejala biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
- Sakit kepala kerana tekanan
- Sakit kepala kerana sinus
- Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala kerana tekanan
disebabkan oleh tekanan atau stress
yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa
dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit
kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit
kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku
apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya
dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
Sakit kepala kerana sinus
disebabkan oleh keradangan sinus yang
dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam
kadar sekejap tapi menyengat.
Sakit kepala kerana migrain
Manakala
jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat
ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain,
namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
- Kekurangan zat dan nutrisi
- Faktor keturunan
- Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
- Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
- Terlalu banyak mengambil kafein
- Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.
Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.
Supplement/vitamin untuk migrain:
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja
membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung,
menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan
keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium
juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta
buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium
pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan
pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab
migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia
membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan
frekuensinya.
Vitamin
D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D
tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam
ginjal atau pundi kencing.
B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan
Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan
kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee
memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi
juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan
sebagainya.
Bagi penderita migrain,
anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda
diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena
lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan
sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai
pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik
dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut
Norul
0173463244
norulh@gmail.com
fb:Norul Haslizan Harun
* These statements have not been
evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not
intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*
No comments:
Post a Comment