Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Panduan Menurunkan Kadar Kolestrol Dalam Darah

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada:
  • Pemakanan : Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
  • Tubuh Manusia : Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Dua jenis kolestrol:
  1. LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ 
  2. HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda. Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol anda. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Saranan untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah

Amalkan diet yang sihat dengan mengambil makanan yang rendah kolestrol, rendah lemak tepu dan bebas lemak trans. Kekalkan berat badan yang ideal dan sentiasa bersenam. Selain itu, supplemen di bawah boleh membantu merendahkan kadar kolestrol dalam darah:
  1. Omga Guard : DHA dan EPA menurunkan kadar kolestrol jahat LDL
  2. Lecithin  : Lecithin menurunkan paras kolestrol dalam serum
  3. Vitamin B Complex : Vitamin B3(niacin) membantu menurunkan kadar kolestrol.
  4. Garlic : garlic merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah
  5. Vitamin E : Vitamin E membaiki peredaran darah
  6. Herblax dan Alfalfa.: Bertindak sebagai fiber. Ia bergabung dengan kolestrol dan mengangkut keluar melalui najis.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk di atas. Konsultasi juga diberikan untuk memilih produk paling minima. 

Norul
0173463244
norulh@gmail.com
fb:Norul Haslizan Harun


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





No comments:

Post a Comment