Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Cara mengatasi jeragat

Wajah kusam kerana jeragat


Soalan:
Saya berumur 48 tahun. Sejak kebelakangan ni wajah saya mula dinaiki jeragat dan menjadi kusam. Saya bekerja dan sering terkena pancaran matahari tapi saya memakai krim pelindung setiap hari. Namun wajah saya tetap tidak berubah, jeragat tetap banyak. Apa yang harus saya lakukan? Saya amat risau dengan kulit wajah saya.

Jawapan oleh Dr Siti Mariam Yusof:
Jeragat ialah tompok2 hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul menjadi warna coklat muda, coklat tua atau hitam. Ia terkumpul di wajah secara berkelompok. 

Antara punca terjadinya jeragat aalah kerana pendedahan kulit kepada cahaya matahari yang terik, hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung, menopous, gelisah dan tidak cukup tidur., menggunakan mekap yang tidak berkualiti, kesan parut jerawat dan pengambilan ubat berunsur dadah. 

Perkara asas merawat jeragat adalah dengan melakukannya secara dalaman dan luaran. Ini kerana jeragat tidak akan hilang atau lambat hilang juka hanya melakukan rawatan luaran sahaja iaitu dengan memakai pelbagai jenis krim dan pelembab sahaja.

Kolagen adalah elemen penting untuk kesihatan dan keanjalan kulit. Penurunan kolagen berlaku apabila umur meningkat dewasa dan mengakibatkan wajah mula menampakkan garisan penuaan dan wajah mula berjeragat, kusam dan tidak bermaya. 

Oleh itu, pilih kolagen yang baik dan semulajadi. Selain itu, pengambila vitamin C rumusan homeopati juga baik untuk menegangkan kulit, memerahkan pipi, merawat kulit kusan dan berjeragat dari dalam.

Langkah utama untuk mengatasi masalah jeragat adalah dengan melindungi kulit daripadan cahaya matahari termasuk mengambil langkah pencegahan dengan memakai krim pelindung matahari, menggunakan topi atau payung sekiranya melakukan aktiviti luar.

Elakkan terkena matahari dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Sumber: Mingguan Wanita Mei 2012

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ibu saya sendiri menghadapi masalah jeragat yang teruk. Semasa mudanya memang berkerja keras di ladang RISDA, menoreh getah, berjemur di sawah dan macam2 kerja keras yang dilakukan ibu kesayangan saya untuk kami sekeluarga. Saya hadiahkan vitamin E untuk dimakan dan disapu di wajahnya. Alhamdulillah, emak saya begitu teruja mengatakan yang jeragatnya sudah beransur pudar dalam masa tak sampai sebulan. Gembira saya apabila ibu saya gembira(^__,^)

Salam sayang,

Salam Sayang,
Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
 



No comments:

Post a Comment