Rambut
gugur selepas bersalin adalah antara dilema yang dihadapi oleh para
ibu. Kata orang tua, bila bayi dah mula menyembur, rambut pun mula
gugur. Ada juga yang mengaitkan keguguran rambut selepas bersalin dengan
penyusuan ibu. Benarkah?
Sebenarnya,
keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia tiada kaitan dengan
bayi menyembur atau menyusu badan. Rambut mengalami fasa pertumbuhan
dan fasa ‘rehat’ iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur
untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Oleh itu, keguguran
rambut sebenarnya normal.
Cuma, masalah keguguran rambut ibu-ibu lepas bersalin kebiasaannya disebabkan oleh faktor:
1. Hormon semasa mengandung menyebabkan
rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut
mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan
rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
2. Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
3. Kurang vitamin seperti zinc dan protein.
Biasanya keguguran rambut selepas bersalin
ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula
menyembur air liur.
Tips atasi masalah rambut gugur selepas bersalin.
1.
Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang
berasaskan organik dan gunakan perapi dari sumber yang sama (di Shaklee
ada Set Pro Sante).
2. Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
3. Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein yg bagus utk kesihatan rambut.
4. Minum air secukupnya.
5. Tidur dan rehat yg cukup dan jauhi stress
Sepatunya
masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mula memasuki
usia 1 tahun. Namun, sekiranya keadaan berterusan, sila dapatkan khidmat
nasihat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga
boleh jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.
~~~~~~~~~~~~~~
Saya juga mengalami masalah keguguran rambut yang kronik selepas bersalin. Mujurlah ditemukan dengan Shaklee. Selepas gunakan prosante, alhamdulillah, rambut dah tak gugur lagi. Untuk penjagaan luaran, sila klik di sini.
Saya juga mengalami masalah keguguran rambut yang kronik selepas bersalin. Mujurlah ditemukan dengan Shaklee. Selepas gunakan prosante, alhamdulillah, rambut dah tak gugur lagi. Untuk penjagaan luaran, sila klik di sini.
No comments:
Post a Comment