Tips bermanfaat ini saya ambil dari sayamahusihat
Masa saya sekarang ini
memang perlu di isi dengan pantas, perlu menaip dengan laju untuk
memaksimumkan penggunaan masa. Jom saya kongsikan Tips Pantas utk
Penyusuan Badan yang Berjaya.
BERSABAR
Sekiranya
ini adalah anak yang pertama, menyusu badan mungkin tidak semudah atau
seselesa yang anda jangka. Bersabarlah dan teruskan untuk beberapa
minggu. Ia akan menjadi lebih mudah apabila anda dan bayi anda sudah
dapat menyesuaikan diri dengan satu sama lain.
TERATUR
Bayi
anda belajar dan mengamalkan teknik penyusuan badan yang betul melalui
pengalaman penyusuannya. Ini bermakna bahawa adalah sangat penting untuk
anda meletakkan bayi dipayudara setiap kali menyusunya. Apabila kedua2
payudara dan botol diberikan pada masa yang sama, bayi akan keliru dan
mungkin menolak payudara. Perkara terbaik adalah untuk mengelak dari
menggunakan puting selama sekurang-kurangnya beberapa minggu pertama.
KEYAKINAN
Yakinlah
yang bayi anda mendapat susu yang mencukupi dari penyusuan badan.
Ramai ibu baru bimbang bahawa bayi mereka tidak mendapat khasiat yang
mencukupi dari susu ibu. Jadi pemakanan yang sihat dan seimbang adalah
sangat penting untuk memastikan bayi mendapat cukup nutrien.
JANGAN TAKUT UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN
Kadang-kadang
anda mungkin memerlukan bantuan khusus mengenai penyusuan badan,
seperti memahami pelbagai kaeda penyusuan badan. Adalah penting untuk
meminta pertolongan dari kaunselor terlatih, atau mendapat sokongan dan
nasihat dari ibu-ibu berpengalaman yang lain.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Moga
tips yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu untuk menjayakan
Penyusuan Badan. Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan supplement Shaklee
untuk menyokong kesihatan dan penyusuan badan, Ibu-ibu bolehlah
berhubung terus dengan saya untuk khidmat nasihat PERCUMA dan membuat
pesanan di norulh@gmail.com atau di talian 0173463244
Sedikit pesanan penaja sebagai peringatan untuk kita semua:
Selamat beramal, meraih fadhilat Rejab dengan sebaiknya.
Norul
Email : norulh@gmail.com
SMS : 0173463244
FB : Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah
No comments:
Post a Comment