Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Cara Mengurus dan Menyimpan Perahan Susu Ibu

 "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"
Dari terjemahan Surah Al-Baqarah: ayat 233

Susu Perahan Untuk Raudhah
Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati penyusuan itu :)

Bekas yang Sesuai Digunakan:
  1. Botol kaca - terbaik namun mahal dan sukar dikendalikan terutama jika bayi dihantar ke nursery
  2. Botol susu biasa (BPA Free) yang tidak mempunyai gambar berwarna kerana warna dikhuatiri boleh bercampur dengan susu
  3. Bekas Dadih - Boleh digunapakai sebanyak 3 kali sahaja
  4. Plastik pakai buang yang dikhaskan untuk susu ibu. 

Tempoh Hayat Susu Perahan:


1. Suhu Bilik
  • Bilik tak de aircond (suhu antara 25C - 37C) - tidak lebih 4 jam.
  • Bilik ade aircond (suhu antara 15C - 25C) - antara 6-8 jam, dimana suhu perlu stabil, maksudnye aircond sentiasa 'on' sepanjang masa.
2. Dalam Fridge/Freezer
  • Cooler bag/box - tahan antara 12 - 24 jam.
  • Peti sejuk 2 pintu - bahagian beku (suhu antara -18C - -20C), 3 bulan, bahagian pintu bawah ( suhu antara 0C - 4C), boleh tahan 3-7 hari (sebelum  dibekukan) dan 24 jam (selepas dibekukan).
  • Peti sejuk 1 pintu - bahagian beku, 2 minggu
  • Deep Freezer - 6 bulan
Credit - Jadual Penyimpanan Susu Ibu

 

Kaedah Penyimpanan

  • Pastikan kuantiti mencukupi setiap kali penyusuan. Contohnya, jika bayi minum 2oz tiap kali penyusuan, letakkan susu sebanyak 2-3 oz bagi setiap bekas.
  • Simpan di dalam bekas yang bersih dan tertutup.
  • Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan dilakukan.
  • Simpan di dalam peti sejuk, di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk bagi memastikan suhunya lebih stabil.
  • Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas tidak diisi terlalu penuh, maksudnye ada ruang untuk pembekuan susu berlaku.
Kaedah mencairkan susu ibu

Memanaskan susu ibu dengan air yang sangat panas akan memusnahkan nutrien dalam susu tersebut. Cara yang sesuai untuk mencair dan memanaskan susu ibu ialah dengan mencairkannya dengan perlahan2 di mana perubahan suhu tidak secara mendadak.

Susu yang dibekukan:
  1. Turunkan ke bahagian bawah (bahagian sejuk) di sebelah malam sebelum susu tersebut diberi kepada pengasuh
  2. Biarkan susu mencair dengan sendiri atau membiarkannya di bawah aliran air paip
  3. Panaskan susu dengan air suam



Salam sayang,

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah





2 comments:

  1. slam ukwah dr sy utk ummi,izma nak mtk keizinan utk copy paste sebahagian entry umi yg bgus2 utk dishare bersama group2 di kilang izma yg menjayakan breatfeeding bb ni..disamping meluaskan lg pengetahuan mengenai produk shaklee boleh??

    ReplyDelete
  2. Salam izma. Silakan share.ilmu disini untuk manfaat semua :-)

    ReplyDelete