Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Kenapa Masih Lapar Walaupun Dah Makan Banyak?


kegemukan

Kita selalu digambarkan orang berbadan besar (obes) yang 24 jam mengadap makanan.
Dan biasanya makanan yang selalu dimakan adalah makanan2 yang berlemak, tinggi ‘kalori kosong’, tinggi kandungan gula.. dalam ertikata lain tidak berkhasiat.
Namun mereka yang berbadan besar sering digambarkan makan lagi, makan lagi dan makan lagi.
Adakah perut terlalu besar dan tidak penuh-penuh?
Namun hakikatnya bukan mereka yang berbadan besar saja yang sering lapar dan makan banyak. Orang kurus juga ada yang selalu cenderung makan banyak. Terutama wanita hamil, ibu menyusu, yang  sedang haid dan remaja lelaki yang sedang membesar.
Kenapa keadaan ini berlaku? Apa sebenarnya yang buat kita lapar?
Secara amnya tubuh kita menghantar isyarat “lapar” apabila ia memerlukan sesuatu.
Antara penyebab2 kita berasa lapar dan perlukan makanan:-
  • Kandungan gula dalam darah menurun
  • Tubuh memerlukan kalori
  • Rutin makan yang biasa
  • Cuaca sejuk menjadikan metabolisma menjadi rendah dan memerlukan makanan untuk meninggikannya
  • Kekurangan nutrisi dalam diet
  • Kurang minum air
Saya ingin menyentuh tentang kandungan gula dalam darah dan kekurangan nutrisi menyebabkan kita berasa lapar lalu ingin makan dan makan lagi.

glisemik

Apabila mengambil makanan yang tinggi Glycemic Index dan Glycemix Load, paras gula dalam darah kita meningkat mendadak.
Dan apabila paras gula yang meningkat mendadak dan turun pula dengan mendadak ni menyebabkan badan kita ‘terkejut’ lalu berasa lapar bila paras gula tu dah jatuh.
Apabila mengambil makanan yang mengandungi ‘unrefined calorie’ maka bersedialah untuk mengalami keadaan di atas.
Tentang kurang nutrisi pula, walaupun kita makan banyak tapi bila yang dimakan tu tak berkhasiat, sel2 tubuh kita tetap ‘lapar’. Misalnya untuk metabolisma sel kita memerlukan Vitamin B, Zinc dan sebagainya. Diet yang kekurangan nutrien2 penting tu, walaupun baru lepas makan 3 mangkuk makanan rapu, manjadikan kita lebih lapar dan rasa nak makan lagi. Kerana signal dihantar oleh sel2 badan kita yang memerlukan nutrien dalam bentuk vitamin tersebut.
Oleh yang demikian, ia menjawab kenapa ibu2 hamil, wanita2 yang sedang haid, ibu menyusu dan lelaki remaja sering lapar.. kerana dalam keadaan sebegitu tubuh badan mereka di tahap selular memerlukan nutrien yang lebih.
Carta di bawah menunjukkan keperluan RDA vitamin C untuk pelbagai golongan termasuk perokok (yang lebih2 perlukan vitamin C kerana merokok menyebabkan radikal bebas berlambak dalam tubuhnya).
keperluan vitamin C
Oleh itu apa solusinya?
Kata kunci penyelesaian untuk mereka yang selalu lapar ni adalah – UBAH.
Ubah diet dan gaya hidup. Untuk mereka yang nak turunkan berat badan, cara sebenar yang selamat bukanlah dengan mengurangkan makan, sebaliknya melebihkan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat. Menurunkan berat badan dengan cara yang salah iaitu ‘diet-tak-makan’ menjadikan sel tubuh kita kekurangan nutrien, terutama sel2 otot. Apabila sel otot menjadi lemah, ya berat badan akan turun tapi ia akan baik semula apabila kita tak lagi mengamalkan ‘diet’ seperti itu.
Jadi kepada mereka yang menghadapi masalah berat badan kerana ‘asyik lapar’, antara cadnagan yang boleh dibuat:
  • Tukar dari ‘refined carb’ kepada ‘unrefined carb’.
  • Berhenti mengambil makanan rapu
  • Pastikan keperluan nutrisi mencukupi, sekurang2kan menepati RDA.
  • Mengambil suplemen jika perlu, bukan semata2 untuk ‘kurus’ tapi untuk memenuhi keperluan selular
  • Bersenam dan bergiat aktif
  • Jauhi aktiviti pasif-tubuh-aktif-mulut seperti menonton TV sambil makan cikedes
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Credit to Mommy Lyna

Salam Sayang,

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah

No comments:

Post a Comment