Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Vitamin Yang Diperlukan Wanita Hamil

Seorang teman yang baru hamil bertanya, "Jan, kwn aku kata masa dia pregnant cuma amik kalsium dengan omega je. Ok jek. Perlu ke aku amik vitamin2 lain?". 

Saya pasti, kawan kepada kawan saya tu buat pemeriksaan rutin di klinik swasta. Kerana, jika anda pergi ke klinik kerajaan, anda akan diberikan pelbagai supplemen seperti folic acid, iron dan ascorbic acid. Cuma saya rasa kalsium tidak diberikan oleh klinik kerajaan kerana sumber kalsium mudah diperoleh iaitu susu. Namun, sumber vitamin2 lain sukar diperoleh secara semulajadi dari makananan kerana pengambilan makanan yang tidak seimbang apatah lagi, biasanya wanita hamil mengalami alahan yang teruk dan tidak mampu makan dengan seimbang.

Saya kaitkan klinik kerajaan di sini ialah kerana, polisi kesihatan negara kita amat mementingkan kesihatan ibu hamil dan bayi. Bahkan, ada hari yang dikhaskan untuk pemeriksaan ibu hamil sahaja. Jadi, supplemen2 yang dibekalkan sudah tentu lah untuk membantu kesihatan optimum untuk ibu hamil.

Vitamin2 berikut amat penting untuk wanita hamil :

Zat Besi : menghalang masalah anemia yang sering dialami oleh wanita hamil. Kekurangan zat besi boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Boleh rujuk entry terdahulu saya mengenai bahaya anemia.

Folic Acid : Penting untuk perkembangan saraf bayi dan ibu. Ade beberapan kajian menunjukkan pengambilan folic acid semasa hamil mengurangkan masalah bayi yang dilahirkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect

(rujukan : Shaw GM, Schaffer D, Valei EM, Morland K, Harris JA (1995). "Periconceptional vitamin use, diatery folat, and the occurance of neural tube defect". Epidemiology 6 (3) :219-226)

Begitu juga terdapat beberapa kajian menunjukkan pengambilan folic acid ketika hamil boleh mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat anak yang mempunya masalah bibir dan lelangit bercelah (lip and palate palate), kecacatan jantung dan risiko lahir pramatang.

(rujukan: Goh, YI;koren, G (2008). "Folic acid in pregnancy and fetal outcomes". J.Obstet. Gynaecol 28 (1)"3-13)

Kalsium : bayi akan menyerap kalsium dari ibu jika bekalan kalsium dari sumber makanan tidak mencukupi untuknya. maka, ibu hamil boleh menghadapi masalah tulang reput dengan lebih cepat. Kalsium juga diperlukan untuk membantu semasa proses meneran semasa kelahiran, Sila baca entry saya sebelum ini mengenainya.

Ascorbic Acid (Vitamin C) : Amat membantu penyerapan zat besi dalam tubuh. 

DHA dan EPA untuk membantu perkembangan otak bayi

Shaklee ade semua vitamin2 dia atas? dah tentulah ade :)

Cadangan Supplemen Shaklee Untuk Wanita Hamil
Testimoni suplemen kehamilan Shaklee

 Berminat nak dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya:

Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah



No comments:

Post a Comment