Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Bayi Batuk? Apa Nak Buat??

Sekarang ni dah musim batuk, demam dan selsema. Saya dan anak2 pon terkena hawarnya. Macam biasa, saya akan dijangkiti selsema melalui anak2. Apa yang saya nak kongsikan di sini, bagaimana saya menangani masalah ini.

Alhamdulillah, A'tiqah (4 tahun) dan A'isy (3 tahun) terkena batuk dan selsema namun tak teruk, takde meleleh dan sampai tak boleh tidur macam dulu. Mungkin Mealshake membantu mereka menguatkan sistem pertahanan tubuh. Walaupun musim penyakit datang, tubuh mereka mampu menanganinya dengan lebih baik.

Raudhah pula yang akan masuk 1 tahun ujung bulan ni tak terkecuali diserang. Bayi Shaklee saya ni alhamdulillah jarang sekali sakit. Kalau ade pon tak teruk dan kejap aje baik. Khamis aritu Raudhah demam disusuli batuk yang sangat dalam dan bunyi macam kering. Aduh, kesian bunyi macam perit tekak dan dada. Apa yang saya buat adalah seperti berikut:

  1. Mandikan sebelum hantar ke rumah pengasuh. Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, bayi yang batuk sebenarnya dalam badannya panas. Jadi, mandikan sekerapnya supaya panas badan keluar. Saya pesan juga kepada pengasuh supaya mandikan Raudhah selalu.
  2. Setiap kali selepas mandi, saya sapukan minyak telon di dada, belakang, belakang telinga dan kaki Raudhah.
  3. Saya lakukan perkara no 2 setiap kali sebelum tidur, tgh malam iaitu dalam pukul 1 pagi dan awal pagi sebaik bangun tidur.
  4. Buat Chest Physical Therapy (CPT) sebelum tidur dan sebaik bgn pagi untuk melonggarkan kahak dalam dadanya. 
  5. Memberikan 2ml madu waktu pagi dan sebelum tidur kepada Raudhah. Doktor tidak membenarkan pemberian madu kepada bayi di bawah 1 tahun kerana dikhuatiri terkena botulisma. Berdasarkan kajian saya sendiri sebagai Muslim, pendapat doktor barat ini saya tak terima sepenuhnya jadi saya masih memberikan bayi2 saya madu namun bukanlah setiap hari. Hanya bila mereka batuk.
  6. Melumurkan ubun2 Raudhah dengan minyak sebelum tidur disamping mengurut2 hidungnya dari bawah menghala ke ubun2 menggunakan minyak masak (ini petua mak saya) untuk masalah selsema.
  7. Pengasuh anak2 saya juga meletakkan kunyit hidup di hidung Raudhah.

Saya ada ke klinik panel dan doktor membekalkan ubat batuk dan ubat demam. Walaupun kasihan mendengar Raudhah batuk agak teruk, saya kuatkan hati untuk tidak memberikan ubat batuk kepadanya kerana sudah diketahui bahawa ubat batuk memang tidak sepatutnya diberikan kepada bayi di bawah 2 tahun. Sila baca entry saya sebelum ini untuk huraian lanjut. 
Sebagai alternatif, saya hanya memberikan madu untuk memanaskan dada Raudhah. Pemberian madu hanya selepas demam Raudhah reda. Ini kerana madu bersifat panas dan tidak boleh diberi bersama2 ubat demam.

Jika anda tertanya2 apa itu CPT, ia merupakan satu teknik untuk melonggarkan kahak pada tubuh. Ia dilakukan dengan menepuk belakang dan dada bayi anda. Teknik ini saya belajar semasa A'tiqah dan A'isy dimasukkan ke hospital akibat kahak yang terlalu banyak. Boleh rujuk link ini untuk maklumat dan cara ia dilakukan. Sila bertanya kepada doktor anda untuk maklumat lanjut jika anda tidak pernah melihat cara CPT dilakukan.

Dan satu lagi yang paling penting, saya akan susukan Raudhah dengan lebih kerap. Walaupun mungkin dia belum lapar, saya akan suakan juga susu kepadanya. Sepanjang masa ini, saya akan tingkatkan pengambila Vitamin C dan ambil Nutriferon sekali sehari.

Syukur, batuk Raudhah tak berlarutan. Hari ini, Raudhah masih batuk tapi dah tak seteruk sebelumnya. Dan yang paling saya gembira, tak setitik pun "drugs" saya berikan kepadanya melainkan paracetemol. 

Moga anak2 saya akan menjadi manusia yang sihat, cergas dan pintar, insyaAllah :)

Salam sayang,
Norul
0182907924
FB Page: Ummi Tiqah




1 comment: