APA ITU GOUT?
Bengkak Gout |
Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah
Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu
jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika
dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan
hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras
pada permukaan kulit.
FAKTOR RISIKO
· Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
· Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
· Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
· Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat
— Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal,
diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan
arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara
tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik
dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga
dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
· Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
· Umur — Biasanya gout menyerang
pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30
hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas
umur putus haid.
Tanda-Tanda Sakit Gout
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
- Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
- Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
- Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
- Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
- Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
- Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.
- Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
- Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
- Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
- Daging merah.
- Cendawan.
- Yis (roti putih, roti manis).
Pengambilan beberapa supplemen berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.
- Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
- Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
- OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.
Salam sayang,
Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
Sumber: HanisAmin, FabulousMama, AnakkuWiraku, http://sakitgout.com/2010/11/apa-itu-sakit-gout/, http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/GoutUricAcidTreatmentCure.html,
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
No comments:
Post a Comment