"Ape la susah2 nak bagi baby susu ibu. Berlambak2 susu tin kat pasaran. Pilih aje nak murah ke, mahal ke"
"Susahla nak bagi susu ibu. Dlm pantang ni ok la. Nanti dah mula keje camne. Nak pam la. Kang baby taknak botol pulak, dah biasa nyusu dengan ibu dia. kan susah tu"
"Susukan baby dengan susu ibu? Orang kata, nnt breast kita cepat kendur. Taknaklah"
"Susu botol kan senang. Bancuh, terus bagi kat baby. tak payah susah2 nak pam, kalo beku, nak defrost dulu la. Nyusahkan je"
"Susahla nak gi shopping bwk baby kalau bg susu badan. Nak selak2 baju depan orang. Eeee. malu lah"
"Penatla anak asik nak bergayut jek".
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pernah dengar dialog2 kat atas? Betulkah penyusuan susu ibu ni susah sangat? :
Alasan 1: "Ape la susah2 nak bagi baby susu ibu. Berlambak2 susu tin kat pasaran. Pilih aje nak murah ke, mahal ke"
memang banyak susu di pasaran. Bermacam2 formula dengan 6X DHA, ape lagi la tah saya pon tak ingat. namun, cuba anda tgk. Tertera kat setiap tin susu tu "Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi". Sebabnya tiada satu pon susu fomula yang mampu menyaingi nutrien yang terdapat di dalam susu ibu. Walaupun ditambah bermacam2 formula dan nutrien, susu formula tidak mengandungi antibodi seperti susu ibu. Kalau dari segi khasiat, tak perlulah dibandingkan keduanya. InsyaAllah, mungkin saya akan buat entry tentang perbandingan susu formula dan susu ibu satu hari nanti. Nak baca sejarah camne susu formula ni boleh ade? boleh klik link ni.
Alasan 2 : "Susahla nak bagi susu ibu. Dlm pantang ni ok la. Nanti dah mula keje
camne. Nak pam la. Kang baby taknak botol pulak, dah biasa nyusu dengan
ibu dia. kan susah tu"
Hendak seribu daya. Sapa kata tak boleh? ramai ibu2 bekerja yang menyusukan anaknya secara exclusive termasuk saya. Banyak buku panduan, kumpulan ibu2 menyusu dan forum yang boleh memberi panduan kepada ibu2 yang mahu menyusukan anak. Tak susah pon sebenarnya.
Alasan 3: "Susukan baby dengan susu ibu? Orang kata, nnt breast kita cepat kendur. Taknaklah"
Payudara yang kendur disebabkan graviti dan kekurangan kolagen yang disebakan peningkatan usia.Nak kenyalkan semula payudara. Amik saje ESP. Bukan saje dada, dan punggung yang kenyal, kulit pon makin mulus.
Alasan 4: "Susu botol kan senang. Bancuh, terus bagi kat baby. tak payah susah2 nak pam, kalo beku, nak defrost dulu la. Nyusahkan je"
Ha ah, iyelah, bancuh, bagi aje. Kalau malam2 camne? mata dahla ngantuk. Baby nak susu,. kene bgn, bancuh, suap lagi. Kene pulak mamai, terbancuh panas, kne tunggu pulak susu sejuk, baby dah melak2. Kalau breastfeed, baby jaga, sua aje ke mulut, Kita pon boleh je baring sambil bg susu. Kalau pasal pengurusan EBM, takde la susah mana pon. Bila dah biasa buat, takde masalah pon. Memula nak biasakan diri mungkin kekok sikit, pastu dah ok.
Alasan 5: "Susahla nak gi shopping bwk baby kalau bg susu badan. Nak selak2 baju depan orang. Eeee. malu lah"
Anda patut berbangga memberikan susu badan kepada bayi anda. Itulah fitrah semulajadi. Namun, budaya timur kita yang pemalu mungkin membuatkan kita rasa sukar menyusukan bayi di khalayak. tapi ini bukan alasan. Kat shopping Complex, pasti ade nursing room khas untuk ibu menyusukan bayi. Payah sangat nk g nursing room? boleh aje pakai nursing cover. macam2 jenis ade di pasaran. Nak berikan yang terbaik untuk anak kita, ade jek jalannya:)
Alasan 6: "Penatla anak asik nak bergayut jek"
Anak yang menyusu dengan ibu diakui lebih rapat (bond) dengan ibu. Tak hairanlah asik nak bergayut atau melekat ke. Perkara yang sama sedang saya lalui dengan Raudhah. Kalau rasa penat, tak cukup tidur, carilah supplemen yang boleh membantu kita kekal bertenaga dan cergas. Kalau rasa tak cukup masa nak buat keje lain sebab anak asik melekat, boleh cari penyelesaian dengan saling berbincang dengan pasangan. Asalkan suami mengetahui akan pentingnya susu ibu untuk anaknya, pasti dia takkan menolak untuk membantu isteri demi kesejahteraan anak dan interi tersayang.
Jika ibu benar2 paham tentang kepentingan susu ibu dan keburukan susu formula kepada bayi tersayang, sudah pasti takkan ada sebarang alasan untuk tidak menyusukan bayi (kecuali bagi ibu2 yang tidak dapt menyusukan bayi atas sebab kesihatan dan teknikal). Susu ibu ialah hak bayi. Saya amat menyesal tidak menyusukan A'tiqah, anak sulung saya secara ekklusif. Atas sebab itu, saya harap ibu2 lain tidak membuat kesilapn dan menyesal seperti saya.
Salam sayang,
Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
No comments:
Post a Comment