Assalamualaikum..
Alhamdulillah, kebelakangan ni ramai yang bertanya tentang produk
untuk kesuburan. Pertama sekali suka untuk saya ingatkan untuk kita
ketahui punca dulu sebelum ambil keputusan mendapatkan rawatan sebab
mungkin produk yang diambil tak berkaitan pun dengan punca masalah.
Sekiranya anda sudah berkahwin lebih dari 2 tahun & masih belum
mendapatkan zuriat, pertama sekali anda perlu berjumpa doktor untuk
check sekiranya anda mempunyai masalah fizikal seperti masalah ovari,
rahim terbalik dan sebagainya.
Antara punca-punca lain yang perlu diberi perhatian :
- Keletihan – kerap rasa letih dan lesu mungkin menyebabkan badan kurang produktif
- Hormon tak stabil, period tak menentu
- Masalah keputihan yang serius
- Suami seorang perokok
- Berat badan berlebihan untuk suami dan isteri
- Banyak ambil pemakanan yang kurang sihat seperti fast food, junk food dan minuman bergas. (sumber)
- Asyik fikirkan nak anak semasa bersama – Seorang makcik pernah beri nasihat pada saya, kalau kita asyik fikir nak anak je masa bersama, secara tak langsung kita akan stress. Just enjoy the moment dan jangan fikirkan apa2.
Jadi, bila anda tahu punca dan tahu kebaikan produk barulah mudah untuk membantu kan.
Antara supplemen yang dicadangkan untuk membantu kesuburan suami isteri :
Vita-lea -
untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2
pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini
atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin
shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi
tubuh. Penting untuk suami isteri yang sibuk bekerja dan kurang menjaga
tentang pengambilan makanan.
B Complex –
paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan
hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic
acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan
kestabilan hormon.
Vitamin C -
Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks
dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Suami yang
merokok memerlukan lebih vitamin C untuk membantu meningkatkan semula
produktiviti.
ESP (Protein) -
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan
proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2. Protein
juga membantu menyihatkan ovum & sperma
Vitamin E & Selenium -
membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang
juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti
penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan
darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan
lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan
kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.
Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel
& duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium
melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu
hubungan seksual bagi lelaki.
Zinc Complex -
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses
pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu
kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga
untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink
berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose
nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan
keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.
Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual
termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
GLA Complex -
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak
teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks
yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks
putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat
subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma
berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur
(ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu
sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio,
yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak
melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu
ovulasi).
Jadi, buatlah pilihan produk yang bersesuaian dengan diri anda.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen adalah sebahagian dari usaha sahaja.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesediaan anda untuk menerima
kehadiran orang baru dalam hidup kalian. Banyakkan juga berdoa, berzikir
dan lakukan solat hajat & solat taubat. Semoga usaha anda dirahmati
Allah.
Salam sayang,
Salam sayang,
Norul
0173463244
FB Page: Ummi Tiqah
No comments:
Post a Comment