Siapa yang tak kenal celebrity blogger yang juga model dan pelajar, Hanis Zalikha. Jangan tak tahu ibu beliau juga seorang model (tahun 80-an) dan masih anggun hingga kini. Aunty Nani Rostam banyak mengamalkan petua kecantikan.
Nani Rostam |
Antaranya ialah PETUA SELEPAS BERSALIN ini:
(1) Balik sahaja dari hospital, minta suami
cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai
daun sirih dan 7 biji manjakani. Reneh di dalam periuk tanah
sehingga tinggal 2 cawan. 1 cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1
cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih,
(mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di
belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim
yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh
suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai
bila-bila.
(2) Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping.
Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum
memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai
sambil berbaring.
(3) Makan makanan yang berkhasiat
seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi
juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang
sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.
(4) Jangan terlepas waktu makan.
Makan tepat pada waktunya. Pastikan kita makan dan minum tidak
bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas
air. Jangan sekali-kali tambah.
(5) Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur.
Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan
terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza.
Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi
kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh
ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah
dapat mendisplinkan diri anda.
(6) Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.
(7) Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shaklee
yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks,
multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan
membina sel baru.....
@Botol Shaklee di rumah Nani Rostam |
(8) Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.
(9) Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning.
Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai
ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan
airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di
bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih
berlarutan bawa berjumpa doktor.
(10) Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah
dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, Insya Allah, badan
akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya
selama 7 kali beranak.
*Source: Nani Rostam.
Aha, jangan tak tahu Aunty Nani Rostam juga mengamalkan vitamin Shaklee tau!
Nak cantik macam Aunty Nani Rostam? Jom amalkan pengambilan makanan tambahan dari sumber semulajadi. Semestinya Shaklee!
Jadi apa yang menarik untuk dikongsikan di sini ialah, beliau mengamalkan pengambilan food supplement dari Shaklee yang sememangnya terkenal dari zaman dulu lagi. Jadi, mengikut supplement yang beliau ambil, ia merupakan suplemen yg beliau ambil ialah Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Zinc & Alfalfa, ESP (susu protein) dan Vitamin E.
semasa berpantang, cubalah ambil suplemen dari Shaklee.. anda akan rasa
perbezaannya.. dan saya sgt2 menggalakkan anda utk add on Ostematrix
(kalsium-magnesium-Vit D) dan juga ESP... . tubuh anda juga akan rasa
bertenaga dan kurang stress walaupun kurang tidur / rehat...
Credit: fabulousmama
Salam sayang,
No comments:
Post a Comment