Oleh NIZHA PERIASWAMY
APABILA
bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering
kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran
tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting
bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang
berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium
dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan
pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat
kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat
melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia
tua.
“Saya terkejut apabila ada
doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu
mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai
satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan
lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan
Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil
tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan
suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam
sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta
pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu
hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan
ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada
semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata
beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil
lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu
tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.
Ibu hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang. |
Ia bermakna seseorang itu perlu
mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah
yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada
tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh
bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak
suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di
pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang
berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu
hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk
sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang
mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu
itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet
sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat
berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat
tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain
itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi
impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian,
atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal
Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti. |
Keadaan itu dikatakan berlaku
selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga
pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan
tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia
dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya
dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil
akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh
kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium
yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi
pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko
tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai
ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan
berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada
kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti
tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,”
katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai
langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam
kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga
10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga
peratus.
“Itupun sudah dikira banyak.
Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca
daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang
Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian. |
Sebenarnya,
ibu-ibu khususnya
yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada
kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan
otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi bakal ibu dan ibu-ibu di luar sana..pastikan anda mendapat kalsium
dlm kuantiti secukupnya. jika rasa mempunyai kekangan utk mencukupkan
keperluan kalsium dlm pemakanan harian ataupun tak boleh nak hidu bau laktosa (susu) pon..apa kata anda dapatkan kalsium
dlm bntuk tablet...selain suplemen2 yg lain... Ostematrix Shaklee adalah
suplemen terbaik yg sy boleh cdgkan. Ostematrix Shaklee mudah ditelan, tidak mempunya bau dan rasa dan ianya 100% asli. .
Ostematrix Shaklee |
namun
utk kesan optimum, sy juga galakkan anda untuk mengambil suplemen lain
seperti vitalea iron formula, b complex(anti-stress yg bagus) dan vit C
ditambah dengan Energising Soy protein. ikut kemampuan anda.
p/s: Saya sendiri mengalami kehilangan gigi setiap kali hamil walaupun
mengambil kalsium yang dibekalkan klinik. Tapi semenjak mengamalkan
Shaklee, masalah tak berulang dengan anak ketiga :)
Hargai kesihatan anda kerana ianya tidak ternilai!!
Hubungi saya
sms/whatsapp: 018 290 7924
norulh@gmail.com
No comments:
Post a Comment