Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Bagaimana Power Pumping Menambah Penghasilan Susu Ibu

Ada beberapa entry saya sebelum ini yang menekankan tentang kepentingan power pumping. Jadi, apa sebenarnya power pumping?

Power Pumping
Merupakan satu teknik mengepam untuk menambah penghasilan susu ibu. Ianya menekankan konsep asas penyusuan iaitu "demand vs supply" di mana teknik ini meniru cara bayi menyusu dengan kerap. Secara asasnya, penghasilan susu ibu bertambah apabila permintaan meningkat.

Siapa yang Perlukan Power Pumping?
  1. Ibu yang ingin menambah atau meningkatkan penghasilan susu terutama apabila susu semakin kurang akibat dari perubahan hormon, datang bulan, bayi kurang menyusu dan ibu sendiri sudah mula kurang mengepam
  2. Power pumping juga dilakukan oleh ibu yang ingin "relaktasi"iaitu menyusukan semula anak setelah berhenti seketika atas sebab tertentu
  3. Wanita yang ingin menyusukan anak angkat harus melakukan power pumping di samping persediaan yang lain
Masa Yang Sesuai Nak Buat Power Pumping
Masa yang disarankan ialah antara  tengah malam iaitu dalam pukul 12.00 tgh malam atau 1.00 pagi sehingga waktu subuh. Ini kerana, hormon prolaktin amat tinggi pada waktu ini. Prolaktin merupakan hormon yang membantu penghasilan susu ibu.

Cara Melakukan Power Pumping
Power pumping boleh dilakukan dengan pam manual atau elektrik. Caranya:

Single Pump
Pam sebelah kanan selama 10 minit, kemudian sebelah kiri 10 minit, tukar lagi sebelah kanan 10 minit dan seterusnya bertukar2 sehingga cukup 1 jam.

Double Pump
Pam selama 10 minit, rehat 10 minit, pam semula selama 10 minit dan ulangi proses tadi sehingga cukup 1 jam.

Bagaimana Teknik Power Pumping Menambah Penghasilan Susu Ibu?
Peraturan asas dalam penghasilan susu ibu ialah "demand vs supply" yakni semakin banyak permintaan, semakin banyak penawaran. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, isyarat akan dihantar ke otak bahawa susu tidak mencukupi, oleh itu, otak akan menghantar arahan kepada sel2 yang menghasilkan susu supaya susu dihasilkan lebih kerap dan banyak.

Berapa Lama Masa diambil Untuk Melihat Pertambahan Susu
Power pumping juga memerlukan sedikit masa untuk menambah penghasilan susu. Biasanya, anda akan nampak hasilnya dalam masa seminggu. Bagi ibu2 yang ingin relaktasi atau menyusukan anak angkat, masa yang diperlukan adalah lebih lama untuk melihat kesannya.

Untuk melihat keberkesanan power pumping, ibu harus konsisten melakukannya. Tidak dinafikan, ianya memenatkan apatah lagi dilakukan pada waktu tgh mlm dan awal pagi. Tapi, nak bagi yang terbaik untuk anak, pengorbanan ibu sememangnya tak ternilai. Saya sendiri perlukan bantuan supplemen Shaklee untuk memastikan saya kekal cergas, bertenaga dan tak stress akibat tak cukup tidur. Shaklee Wellness Set bersama Alfalfa dan Ostematrix amat membantu saya kekal cergas, bertenaga, malah senang bangun pagi walaupun tak cukup tidur. Susu pon maintain je dengan bantuan Shaklee ni.Jika anda ibu2 yang bekerja seperti saya, pasti paham macammana penatnya bukan :)

Jadi bagi membantu kita melaksanakan misi penyusuan susu ibu, adalah disarankan untuk mengambil supplemen. Kita taknaklah disebabkan si ibu berusaha gigih nak menyusukan bayi, tapi akibatnya ibu nampak lesu, kulit kusam, stress, tulang mereput lebih awal, gigi hilang dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

Konsultasi eksklusif untuk pelanggan yang membeli produk Shaklee dari saya :) 

Salam sayang,
Norul,
sms/whatsapp: 018 290 7924
norulh@gmail.com 

No comments:

Post a Comment