Menurut beliau, asas Shariah minima seperti berikut harus dipatuhi dalam sistem MLM di Malaysia:
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti
produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius
seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM
yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia
hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah,
ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah
kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek
mengumpul dana (modal).
Shaklee amat mementingkan kualiti produknya. Setiap produk diuji secara klinikal dan seterusnya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ramai yang telah mencuba dan mendapat manfaat dari Shaklee termasuk saya sendiri. Motto Shaklee sendiri, "Better You, Better World" menggambarnya secara jelas tujuan Shaklee membantu pengguna mendapatkan kesihatan diri yang baik.
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
Ok, memang bukan sbb shaklee tak jual emas atau perak :)
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Benar, upline dalam Shaklee hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantu sahaja. Upline perlu
menjaga dan memberi ilmu pada ‘anak’, ‘cucu’, ‘cicit’nya. Upline perlu melatih downline dan downline juga berhak mendapatkan konsultasi dari upline kalau ada
yang tak faham, atau ada sebarang masalah berkaitan Shaklee. Pelbagai cara perhubungan tersedia di zaman moden ni. Ilmu boleh diperoleh di hujung jari sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja,
tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini
diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan
produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
Setiap komisen Shaklee
bergantung pada nilai point (UV) yang dikumpulkan hasil pembelian
produk, bukan berapa ramai downline yang ditaja. Kalau ramai yang ditaja
pun tapi semua tiada belian, maka tiada komisen diberikan.
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi
memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia
mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN
MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin
dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat
dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.
Benar. Tiada paksaan untuk membeli dalam Shaklee. Kalau beli dapat point dan bonus. Kalau tak beli, tak dapat pape.
6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya,
seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen
secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu
bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak
adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini
kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari
sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha
perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu
diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak
mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan.
Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian
berangkai dan begitu jauh ?.
Tiada konsep upline "goyang kaki" dalam sistem MLM Shaklee. Setiap leader harus berusaha membimbing downline mencapai target dan impian anak didiknya. Bonus kepimpinan ini diperoleh berdasarkan peratusan jualan kesemua ahli di dalam jaringannya. Malah, komisyen ini hanya diperoleh setakat 5 level sahaja bergantung kepada pangkat upline tersebut. Tidak wujud konsep upline beroleh komisyen secara infiniti tanpa mengira level.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala
hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan
pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan
mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu
menjual dengan lebih hebat.
Terdapat MLM yang menggunakan konsep "seniority" dalam sistemnya. Dalam Shaklee, siapa usaha lebih, dia yang akan berjaya. Malah, downline juga boleh melangkau pangkat upline.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Sistem komisyen Shaklee adalah telus, mudah difahami dan tiada sebarang unsur 'tersembunyi'. Setiap ahli dibekalkan dengan business manual dan penerangan akan diberi secara telus juka terdapat sebarang kemusykilan.
9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu
perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan
nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Modal untuk keahlian sama sahaja untuk semua ahli manakala modal lain pula direct kepada Shaklee dan bukan dikeluarkan oleh ahlinya samada upline atau downline. Tidak timbul sebarang isu di sini.
Sebagai Islam, sudah pasti kita inginkan rezeki yang halal menjadi sumber darah daging kita sekeluarga dan anak2. MLM ni menjadi haram apabila sistem yang digunakan tidak menepati kehendak Shariah. Namun, terdapat juga keadaan di mana ahlinya sendiri memanipulasi sistem sehingga menganiaya downline sekaligus mencemar sistem MLM ini. Ini terjadi apabila downline dipaksa mengeluarkan modal beribu2 untuk membeli produk namun akhirnya produk tidak terjual dan terjadinya kerugian.
Saya amat bertuah kerana Allah menemukan saya dengan kumpulan yang betul dan hebat. Malah, merupakan kumpulan terhebat dalam jaringan Shaklee dengan jumlah jualan tertinggi dalam setahun. Alhamdulillah, sistem MLM Shaklee bukanlah haram kerana ianya mematuhi Shariah.
Salam Sayang,
sms/Whatsapp: 018-290 7924
FB Page: Ummi Tiqah
No comments:
Post a Comment