Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Kunci Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Selama Mungkin

Kebelakangan ni, saya sering dihubungi ibu2 meminta nasihat tentang penyusuan susu ibu. Rata2 ibu ini mengatakan kalau boleh ingin menyusukan anak mereka sekurang2nya sehingga berumur 2 tahun. Terlebih dahulu saya nak ucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada ibu2 ini kerana mempunyai niat sedemikian. Hari ini, kesedaran tentang pentingnya untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu masih amat kurang di kalangan rakyat Malaysia. Rata2 ibu terutamanya yang bekerja merasakan lebih mudah memberikan susu formula kepada bayi tanpa mengetahui kesan buruk susu formula kepada anak mereka. Pendapat peribadi saya sendiri, susu formula sepatutnya hanyalah alternatif kepada bayi yang tidak mampu mendapatkankan susu ibu dari ibunya berikutan masalah kesihatan, diambil menjadi anak angkat, ataupun bayi yang menjadi yatim tanpa ibu. Susu formula sepatutnya pilihan kedua selepas susu ibu, tidak sepatutnya menjadi pilihan utama. Namun, tidak semua ibu atau bapa menyedari hakikat kepentingan ini. Tiada susu formula di dunia yang mampu menandingi kehebatan susu ibu dari segi nutrien di dalamnya. Kandungan. Sebagai contoh, anda boleh semak sendiri kandungan gula di dalam susu formula seperti yang saya kongsikan sebelum ni. Selain itu, tiada satu pon susu formla yang mampu membekalkalkan antibodi kepada bayi selain susu ibu. Namun, menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya bukanlah satu proses yang mudah apatah lagi bagi ibu2 berkerjaya. Punca utama saya tidak menyusukan anak sulung saya dengan susu ibu adalah kerana saya tidak tahu ia mampu dilakukan oleh ibu bekerja. Mujurlah saya diberi petunjuk oleh Allah maka anak kedua dan ketiga menyusu badan sepenuhnya. Selain pengetahuan yang banyak, perkara terpenting dalam menjayakan penyusuan susu ibu ialah KESABARAN. Ya, tanpa kesabaran, anda takkan mampu pergi jauh. Allah sentiasa menguji hambanya yang ingin berbuat baik. Menyusukan bayi anda juga  merupakan salah satu perkara baik dan diberi ganjaran pahala yang besar. Namun, pasti ada ujian. Anda akan sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran seperti bayi keliru puting, tidak mahu menyusu botol, tidak mahu menyusu direct dari anda, susu tiba2 merudum, anda sendiri demam atau selsema, bayi kerap menyusu di sebelah malam dan pelbagai lagi. Tanpa KESABARAN, semua ini tidak akan dapat diharungi. Fikirkanlah kenapa anda mahu memberi susu ibu kepada bayi anda. Sebab utama, saya yakin adalah kerana anda mahu anak2 anda lebih sihat bukan? Jadi, kuatkanlah keazaman anda. Jika rasa amat berat untuk anda tanggung seorang, kongsikan dengan org lain. paling sesuai, dengan ibu yang sama2 menyusukan bayi. Ade kumpulan dan forum yang menyokong penyusuan susu ibu seperti susuibu.my dan Kumpulan Ibu Menyusu. Banyakkan DOA dan akhir sekali TAWAKKAL. Sesungguhnya, amat besar ganjaran yang Allah janjikan buat ibu2 yang bertungkus lumus berusaha untuk khalifah2 kecil mereka. Mohonlah supaya Allah memurahkan rezeki anda, sentiasa diberikan susu yang mencukupi untuk anak dan diberi kekuatan dan kesabaran sepanjang menjalankan tanggungjawab menyusukan bayi. Allah itu maha penyayang. Anda akan merasai betapa manisnya pengalaman ini, dihujung perjalanan ini kelak. Kerana ianya takkan berulang lagi untuk anak tersebut. Semoga berjaya wahai ibu2 mithali sekalian.

Salam Sayang,


Norul


sms/Whatsapp: 018-290 7924


FB Page: Ummi Tiqah


No comments:

Post a Comment