Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Apa itu Radikal Bebas atau Free Radicals dan Kesannya ke Atas Manusia

Musim jerebu!!! Sana sini hutan terbakar, cuaca panas dan keadaan diburukkan dengan krisis air. Klinik2 juga penuh dikunjungi mereka yang tidak sihat. Dan apabila jerebu, salah satu bende yang bermain di fikiran saya ialah RADIKAL BEBAS atau Free Radicals. Cuaca yang amat tidak sihat ini membuatkan radikal bebas makin berleluasa dan menjadi punca pelbagai penyakit.


APA ITU RADIKAL BEBAS ATAU FREE RADICALS




Dalam entry saya sebelum ini berkenaan kanser dan antioksidan, ada saya terangkan tentang radikal bebas ni.
Dalam bahasa mudah, radikal bebas merupakan molekul tidak stabil yang terhasil dari proses pengoksidaan yang merosakkan tubuh badan kita. Molekul2 ini bertindak jahat dengan memusnahkan sel2 baik yang lain. Ia bertindak seperti parasit yang memusnahkan orang lain.




PUNCA TERJADINYA RADIKAL BEBAS?

Bagaimana terjadinya radikal bebas.. bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan.. Dalam keadaan jerebu seperti sekarang, tahap pencemaran berada pada paras kronik dan menyebabkan lebih banyak radikal bebas terhasil.

KESAN RADIKAL BEBAS KE ATAS MANUSIA





Radikal bebas amat merbahaya kepada manusia. Pelbagai penyakit berpunca dari radikal bebas. Radikal bebas juga memberi kesan penuaan sebelum waktu kepada manusia. Penyakit2 kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser juga berasal dari radikal bebas yang tidak stabil dalam tubuh akibat corak pemakanan yang tidak baik. 

BOLEHKAH RADIKAL BEBAS DIATASI

Seperti dinyatakan, radikal bebas berpunca dari pemilihan makananan tidak sihat, tekanan, pencemaran, radiasi dan air yang bertoksik. Untuk menentang radikal bebas, unsur2 yang menjadi punca radikal bebas harus dihapuskan. Namun, dengan persekitaran dunia moden hari ini yang penuh pencemaran dan makanan yang sudah diubah genetiknya (GMO), kita tidak dapat lari dari radikal bebas. Apa yang boleh kita buat untuk melindungi diri dan keluarga tersayang?

Radikal bebas berpunca dari pengoksidaan. Berita baiknya, kita boleh mengatasi masalah ini dengan makanan yang tinggi antioksidan. 


BAGAIMANA ANTIOKSIDAN BERFUNGSI MELAWAN RADIKAL BEBAS



Antioksidan melindungi tubuh kita dengan melindungi sel2 yang sihat dari serangan radikal bebas. Ia meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh sekaligus mencegah kerosakan atau penyakit yang diakibatkan oleh radikal bebas. 

Buah buahan berries dan anggur merupakan antara yang tinggi kandungan antioksidannya.


Rank Food item Serving size Total antioxidant capacity
per serving size
1 Small Red Bean (dried) Half cup 13,727
2 Wild blueberry 1 cup 13,427
3 Red kidney bean (dried) Half cup 13,259
4 Pinto bean Half cup 11,864
5 Blueberry (cultivated) 1 cup 9,019
6 Cranberry 1 cup (whole) 8,983
7 Artichoke (cooked) 1 cup (hearts) 7,904
8 Blackberry 1 cup 7,701
9 Prune Half cup 7,291
10 Raspberry 1 cup 6,058
11 Strawberry 1 cup 5,938
12 Red Delicious apple 1 whole 5,900
13 Granny Smith apple 1 whole 5,381
14 Pecan 1 ounce 5,095
15 Sweet cherry 1 cup 4,873
16 Black plum 1 whole 4,844
17 Russet potato (cooked) 1 whole 4,649
18 Black bean (dried) Half cup 4,181
19 Plum 1 whole 4,118
20 Gala apple 1 whole 3,903
 Sumber: WebMD

Vitamin A, C dan E merupakan sumber antioksidan semulajadi. Antara makanan yang tinggi kandungan vitamin2 ini adalah:





Berdasarkan gambar dan carta di atas, banyak sumber makanan yang tinggi antioksidan yang boleh kita ambil untuk menentang radikal bebas. Soalnya, mampukah kita mengambil makanan2 ini setiap hari atau ada cara yang lebih mudah? Persoalan juga timbul kerana kebanyakan buah-buahan, sayuran dan makanan lain pada hari ini mengandungi kadar racun serangga dan bahan kimia yang tinggi tidak seperti makanan semulajadi yang diperolehi 50 tahun dahulu. Jadi, adakah kita ada pilihan yang lebih tepat dan selamat?

Sudah tentu supplemen semulajadi menjadi alternatif yang ada. Di Shaklee, kesemua vitamin yang dihasilkan adalah semulajadi, menjalani peroses penyelidikan dan ujian (bukan ke atas haiwan) yang tinggi untuk menghasilkan vitamin yang benar2 berkualiti dan berkesan. Menerusi penyelidikan berterusan, lahirlah Vivix; produk terunggul yang amat tinggi antioksidan. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 








Manakala, untuk pilihan yang lebih ekonomi, vitamin ACE juga sangat diperlukan untuk menentang radikal bebas.

Mana satu pilihan anda? Nak cegah penyakit sebelum ia menyerang atau merawat dengan kos yang tinggi dan menderita pelbagai penyakit kelak? Hargailah kesihatan kita. 

Nak dapatkan vitamin antioksidan atau apa jua produk Shaklee? Hubungi saya:

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 


No comments:

Post a Comment