1. Squatting
Masuk kandungan 8 bulan, dah boleh buat teknik squatting. Caranya ditunjukkan di bawah atau jika kurang jelas, anda boleh search di google. Banyak video tentang teknik squatting ni. Semasa melakukannya, pastikan belakang anda dekat dengan dinding supaya boleh dijadikan sokongan jika tubuh anda tidak stabil. Doktor Marsita menyarankan squatting ini dilakukan sebanyak 11 kali per set dan diulang sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Teknik ini sangat elok untuk memudahkan pembukaan rahim bila sampai masanya nanti
2. Melatih teknik pernafasan
Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dengan cepat, tahan dan sebut "Allah" sebanyak 7 kali dalam hati kemudian lepaskan nafas perlahan2 melalui mulut.. Lakukan 7 kali sehari. Ini untuk mengelak ibu mudah letih dan pernafasan menjadi tidak terkawan semasa proses meneran nanti.
3. Banyakkan berjalan.
Memangla dah hujung2 ni ramai ibu hamil yang tak larat nak berjalan kan tapi sebenarnya ia petua dan senaman yang elok untuk mudah bersalin. Takyahlah jalan cam orang biasa kan, cukup sekadar berjalan secara perlahan2 tapi kerap dan ikut kemampuan.
4. Amalan Rohani
Membaca surah Mariam dengan kerap, beristighfar, berzikir dan berselawat.
Selain tips dan petua yang Dr Marsita berikan di atas, saya dapati ada jua beberapa petua yang mungkin berguna dan elok diamalkan yang saya ambil dari beberapa blog. Antaranya:
- Rajinkan diri melakukan kerja-kerja rumah namun jangan sehingga membebankan diri. tips ni macam hampir sama dengan tips di atas iaitu banyak berjalan di akhir2 kehamilan.
- Teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Yakni bercakap dan memujuk bayi supaya ibu mudah melahirkan. Bagi saya, ia juga merupakan satu doa dan "mind setting". Ramai tak tahu yang otak amat hebat dalam mempengaruhi keadaan malah mampu menguasai tindakan luar kawal tubuh
- Melakukan hubungan kelamin dengan lebih kerap bila kandungan masuk 9 bulan.
- Kerap memohon maaf dengan suami dan ibu bapa (jika masih ada) dan meminta mereka sama2 mendoakan untuk ibu mudah melahirkan. Tapi, seeloknya ini dilakukan sepanjang masa, bukan sekadar semasa hamil sahaja :)
- Ada juga petua minum air kelapa di hujung2 kehamilan untuk memudahkan bersalin. Saya tak tahu apa rasionalnya namun mungkin khasiat air kelapa dapat membantu memudakan proses bersalin. Terdapat juga petua minum air selusuh masa dan nak bersalin dan anda boleh cuba jika selesa, kerana setahu saya, air selusuh ni sebenarnya minyak bukannya air. Papepon, tak salah mencuba jika mahu.
Ok, itu dia tips dan petua semasa hamil yang boleh di amalkan untuk mudah bersalin secara normal. Dan jika dah sampai waktu untuk melahirkan, berikut beberapa paduan yang boleh ibu ikut untuk mudah bersalin. Tapi masa tu mungkin kita dah tak ingat kan? Takpe, insyaaAllah boleh minta panduan dari petugas2 yang membantu anda semasa tu.
Teknik Meneran:
- Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
- Angkat kepala, dagu cecah dada.
- Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
- Tangan pegang buku lali kaki
- Masa teran jangan keluarkan suara.
- Masa teran jangan angkat punggung. Boleh menyebabkan luka dan koyakan yang banyak.
- Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
- Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .
Moga bermanfaat untuk semua.
Salam Sayang,
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
norulh@gmail.com
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.
norulh@gmail.com
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.
Sumber:
1. http://infoibumengandung.blogspot.com/2012/05/cara-mudah-bersalin-normal.html
2. http://rusukiri.blogspot.com/2013/06/petua-orang-lama-bagi-senang-meneran.html
PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833