Punca Kencing Manis Semasa Hamil dan Cara Mengatasinya
Terdapat ibu atau bakal ibu yang tidak pernah mengidap kencing manis sepanjang hidup tetapi mendapat penyakit ini semasa hamil. Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.
Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.
Bagaimana Ibu Mengetahui Yang Beliau Mengidap Kencing Manis Semasa Hamil
Terdapat beberapa simptom yang berkaitan dengan kencing manis semasa hamil. antaranya:
- keletihan;
- dahaga yang terlampau;
- membuang air kecil dengan banyak;
- penglihatan kabur.
Kesan Kencing Manis ke atas Kehamilan
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.
Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis atau demam kuning. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan mendapat diabetis di kemudian hari nanti.
Kesan pada ibu hamil;
- Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
- Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
- Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
- Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.
Kesan pada bayi;
- Berisiko lahir pra-matang.
- Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
- Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
- Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (demam kuning).
- Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
- Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.
Siapa yang Berisiko Mengidap Diabetes Semasa Hamil
Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:- Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
- dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
- anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
- keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
- keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.
Bagaimana diabetis gestasi dirawat?
Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.
Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.
Namun, dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.
Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.
Bagaimana Shaklee Membantu Mengatasi Kencing Manis Semasa Hamil?
Set Hamil Shaklee terdiri dari daripada vitamin2 asas iaitu Vitalea (multivitamin), B Complex, Vitamin C dan ESP, ditambah dengan Ostematrik (Kalsium Magnesium) dan Omega Guard. Vitamin2 ini membantu megatasi kencing manis ketika hamil seperti berikut:
- Omega Guard ~ Asid lemak perlu yang meningkatkan lemak jenis baik (HDL) dalam darah.
- ESP ~ Minuman protein rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah.
- B Complex ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga.
- Ostematrix ~ Sumber kalsium dan magnesium yang membantu mengelakkan gejala kencing manis.
- Vitalea ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka.
- Vitamin C ~ Mengukuhkan kapilari darah
Berminat mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya:
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
norulh@gmail.com
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.
Sumber:
1. http://www.babycenter.com.my/a1031209/kencing-manis-semasa-hamil-diabetis-gestasi?ModPagespeed=noscript
2. http://janahazana.blogspot.com/2013/12/mengatasi-kencing-manis-semasa-hamil.html
No comments:
Post a Comment