Berniaga, merupakan salah satu sunnah rasulullah. Bahkan 9 dari 10 pintu rezeki datang dari berniaga. Namun, saya tak pernah terfikir untuk berniaga sebelum ni walaupun mak saya suka berniaga dan adik saya juga ada mintak tolong promosikan produknya. Semuanya kerana sifat semulajadi saya yang pemalu, tak pandai bercakap atau bermulut manis apatah lagi memujuk orang membeli. Tambahan pula, saya bukannya risk taker yang akan mengeluarkan modal besar untuk sesuatu yang tidak pasti. Tapi dengan kuasa Allah, akhirnya saya terlibat dengan Shaklee dan yang uniknya, perwatakan saya tetap tidak berubah. Bagi yang mengenali saya sejak dulu, saya masih orang yang sama; tidak banyak bercakap bila berada dalam kumpulan. Berniaga, oh jangan haraplah saya nak promot produk melainkan jika ada yang bertanya tentangnya, barulah saya terangkan. Kenapa harus malu? Entahlah, saya tak dapat kikis sifat malu tersebut yang dikurniakan Allah sejak dahulu.
Tapi kalau dah malu sangat, bagaimana saya boleh jadi ejen Shaklee? Bukan sekadar ejen biasa sebaliknya alhamdulillah, saya semakin meningkat naik dengan Shaklee menerusi pulangan yang semakin lumayan. Bukan sesuatu yang hendak dibanggakan tetapi apa yang ingin saya kongsikan ialah, bagaimana saya seorang yang "berat mulut", pemalu dan langsung tidak pernah terfikir berpeluang menceburi perniagaan sebaliknya kini berjaya mengikut salah satu sunnah rasulullah ini yakni berniaga dengan halal.
Tak kenal maka tak cinta. Kisah cinta saya dan Shaklee bermula dengan Alfalfa yang diberi rakan sekerja. Saya terus jatuh hati dengan Alfalfa disebabkan kesan hebatnya ke atas saya ketika itu. Saya ibu kepada 3 anak yang semuanya berusia bawah 4 tahun, bekerja, amat berdikari disebabkan nature kerja suami yang tak dapat membantu. Saya juga obses dengan penyusuan susu ibu. Dalam hal ini, Shaklee amat2 membantu saya dari segi kesihatan, tenaga dan usaha menambah susu badan. Dari situ, saya terus mendaftar keahlian dengan tujuan nak dapat harga ahli dan beli sendiri produk Shaklee di branch tanpa melalui ejen. Boleh jimat kos pos. hehe.
Disebabkan obsessi saya dengan penyusuan susu ibu, upline saya syorkan saya buat blog dan share kebaikan susu ibu ni. Benar, SHARING is CARING. Niat tulus saya ialah membantu ibu2 menjayakan penyusuan susu ibu. Itu minat saya. Saya tak promot Shaklee sebaliknya promot khasiat susu ibu. Biar semua ibu2 berpeluang merasi hebatnya mampu menyusui bayi mereka dan betapa bertuahnya bayi yang disusui itu.
Dalam hal ini, vitamin Shaklee amat membantu dalam misi saya. Itulah yang saya lakukan, berkongsi tentang sesuatu yang saya suka, itupon hanya di FB dan blog. Hingga sekarang, saya tak pandai bercakap dan jika ada ibu2 yang telefon untuk bertanya, mungkin saya agak tergagap2. haha.
Dalam hal ini, vitamin Shaklee amat membantu dalam misi saya. Itulah yang saya lakukan, berkongsi tentang sesuatu yang saya suka, itupon hanya di FB dan blog. Hingga sekarang, saya tak pandai bercakap dan jika ada ibu2 yang telefon untuk bertanya, mungkin saya agak tergagap2. haha.
Obsessi dengan penyusuan hanyalah titk permulaan. Saya juga mencuba vitamin2 Shaklee yang lain seperti set kecantikan dan set kurus. Alhamdulillah, sangat berkesan dan testimoni ini saya kongsikan dengan semua. Begitu juga apabila ayah saya semakin sihat dari diabetes, darah tinggi dah masalah jantungnya dengan mengamalkan vivix dan ibu saya yang semakin awet muda dengan Shaklee Collagen Powder di samping kegembiraan beribadat dengan sempurna tanpa gangguan sakit lutut selepas mengamalkan AJHT.
Pokok pangkalnya di sini, kita tak perlu menjadi seorang yang peramah, tebal muka semata2 untuk terlibat dengan perniagaan. Pilih cabang perniagaan yang sesuai dengan kita, love what you do dan insyaaAllah Dia pasti menolong hambaNya yang berusaha.
Dan jika anda juga mempunya karakter seperti saya, jangan bimbang. Kita masih mampu mengikut sunnah nabi malah menjana pulangan lumayan menerusi bidang perniagaan dengan syarat kita mesti istiqamah, ikhlas kerana Allah dan tahu apa matlamat kita. Bimbingan dari mereka yang tepat dan kumpulan sokongan yang hebat juga penting untuk berjaya dalam Shaklee. Alhamdulillah, Allah maha penyayang saya ditemukan dengan mentor dan kumpulan sokongan yang tepat.
Mahu bersama-sama saya mendaki tangga menuju Jutawan Muslimah? Jom kita sama2 menjana ekonomi dan menjadi ummah yg berjaya.sertai saya sekarang.
SMS/Whatsapp: 018-290 7924
norulh@gmail.com
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.
No comments:
Post a Comment