Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Cara Turunkan Kolestrol Cara Semulajadi

Strok! Itulah yang menjadi punca saya menulis artikel ini. Biar pun ayah saya berpenyakit 3 serangkai, itu belum membuka mata saya untuk memperkatakan tentang kolestrol tetapi apabila ada kawan yang hampir sebaya saya diserang strok, saya sedar perkara berkenaan kolestrol ni tak boleh dipandang ringan. Strok menyerang tak kira usia. Apa kaitan strok dengan kolestrol? Mari saya huraikan.

Apa itu kolestrol?

Kolesterol merupakan satu bahan berlemak yang dihasilkan oleh semua sel dalam semua haiwan.
Kolesterol dalam darah dihasilkan oleh hati dan sebilangan kecil berpunca dari makanan harian. Contohnya seorang lelaki seberat 68 kg, menghasilkan 1g kolesterol setiap hari dan jumlah kolesterol di dalam badan ( kebanyakannya di dalam membran sel) berjumlah 35g. Purata pengambilan kolesterol daripada makanan adalah sebanyak 200-300 mg sehari.

Bagaimana Kolestrol Terhasil

Fungsi Kolestrol

  • Membina dinding sel badan
  • Menyalurkan maklumat antara saraf
  • Bahan asas dalam membina vitamin D
  • Bahan asas membina hormon seksual manusia seperti testosteron, progesteron dan lain-lain

Bagaimana Wujudnya Kolestrol Baik dan Kolestrol Jahat.

Kolesterol merupakan satu bahan yang tidak larut air. Oleh itu, ia memerlukan bahan untuk mengangkatnya ke dalam salur darah pergi ke sel-sel badan yang memerlukan. Bahan yang mengangkut kolestrol ini digelar "Lipoprotein".


LDL iaitu “low density lipoproteins” sering digelar kolesterol jahat, kerana ianya membawa kolesterol ke dalam salur darah dan lebihan kolesterol melekat di dinding arteri menjadi plak yang akhirnya menyumbatkan salur darah tersebut.
HDL iaitu “high- density lipoproteins ” digelar kolesterol baik, kerana ia membawa kolesterol dari dinding arteri ke hati. Ia membersihkan salur darah dari lebihan kolesterol dan mengelakkan terjadinya plak yang menyumbatkan salur darah.


Apakah sumber kolesterol dari makanan?

Lemak haiwan merupakan campuran lemak triglycerides dan sedikit cholesterol serta sedikit fosfolipid. Oleh itu, kesemua lemak dari haiwan mengandungi kolesterol. Sama ada daging , ayam , susu, telur dan sebagainya mengandungi kolesterol.
Walau bagaimanapun , perkara yang patut diberikan perhatian ialah bagaimana makanan dapat mengubah kadar kolesterol dalam darah. Makanan yang tinggi lemak tepu ( trans fat dan saturated fat) misalnya mengakibatkan kenaikan LDL ( kolesterol jahat) dan mengurangkan jumlah HDL ( kolesterol baik). Manakala penggantian karbohidrat dengan lemak tidak tepu menyebabkan kenaikan HDL dan pengurangan LDL dalam darah.


Jadi apa maksudnya kalau saya dikatakan mempunyai penyakit kolesterol tinggi ( hypercholesterolemia/ dyslipidemia)?



Penyakit kolesterol tinggi dimaksudkan apabila keputusan darah anda menunjukkan kadar LDL yang tinggi dari biasa atau kadar HDL yang rendah. ” hypertriglyceridemia” ialah apabila kadar lemak triglycerides yang lebih tinggi dari kadar biasa.
Total cholesterol” pula merujuk kepada jumlah LDL, HDL dan VLDL. Kadar “total cholesterol” adalah dianggap tidak tepat untuk menentukan risiko serangan jantung/ strok dan sasaran rawatan ialah kadar jumlah kolesterol: HDL atau kadar LDL sendiri.
Menurut kajian The Framingham Study, mereka yang mempunyai LDL yang tinggi dikaitkan dengan kejadian strok dan sakit jantung yang lebih tinggi kerana terjadi penyumbatan salur darah di otak dan jantung.

bahaya kolestrol- penyakit yang diakibatkan kolestrol

Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.

Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

Bagaimana mengurangkan paras kolesterol?

  1. Sekiranya paras kolesterol didapati tinggi, pesakit diminta mengubah tabiat pemakanan harian mereka.
  2. Jika pesakit merokok, mereka dinasihatkan supaya berhenti.
  3. Pesakit diminta mengurangkan berat badan jika terlalu gemuk.
  4. Pesakit dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan berlemak.
  5. Pilih kepingan daging tanpa lemak.
  6. Jika memasak ayam, pastikan kulit ayam dibuang terlebih dulu.
  7. Elakkan mengambil organ dalaman haiwan seperti paru, otak lembu, hati kambing dan hati lembu.  
  8. Elakkan mengambil susu penuh krim atau susu rendah lemak. Sebaik-baiknya pilih susu skim.
  9. Jika berhasrat mengambil ais krim atau keju, pastikan anda memilih yang rendah lemak. Bagaimanapun, sebaik-baiknya ambil dadih.
  10. Kurangkan pengambilan kuning telur kerana ia kaya dengan kolesterol.
  11. Walaupun santan tidak mengandungi kolesterol, ia mengandungi lemak tepu dan apabila dimakan, santan akan bertukar menjadi kolesterol.
  12. Amalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bersenam dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Jika satu peratus kolesterol berjaya diturunkan, pesakit mampu mengurangkan risiko sakit jantung koronari sebanyak dua peratus. Sekiranya pesakit dapat mengurangkan paras kolesterol sehingga lima peratus, risiko mengalami sakit jantung koronari berjaya dikurangkan sehingga 10 peratus.

Rawatan

Oleh kerana masalah kolesterol tinggi yang berpunca daripada faktor pemakanan boleh dicegah, rawatan kepada masalah itu lebih kepada cara mencegah. Bagaimanapun, jika ia berpunca daripada faktor genetik, doktor akan memberi ubat bagi menurunkan paras kolesterol dalam darah. Pesakit dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan setiap tiga bulan bagi mengetahui paras kolesterol mereka.



Salah satu ikhtiar untuk menurunkan paras kolestrol ialah dengan pengambilan supplemen yang sesuai. di Shaklee, kita juga ada supplemen semulajadi yang boleh membantu menurukan paras kolestrol dengan berkesan. Ianya digelar Phytcol- ST



bagaimana phytocol berfungsi 


PHYTOCOL-ST Shaklee ni merupakan formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol jahat LDL.

# Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
# Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
# Membekalkan 2,000mg fitosterol tumbuhan setiap hari
# Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
# Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan. semestinya!

CARA FITOSTEROL BERTINDAK:
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan diserap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda.




Testimoni


Sebelum produk ni officially launched, Sales Director Shaklee Malaysia, Mr Ethan Wang sendiri merasai pengalaman mengambil PHYTOCOL-ST. Jom kita baca & lihat sendiri testimonial dari beliau.

"I have high LDL cholesterol problem due to my eating habit. I love "fat" and this is basically a typical Malaysian diet. In Malaysia, there are more than 6 million adults like me with high cholesterol problem.
Below is lab test result for my LDL
26-Mar-14: my LDL level is 129 mg/dl which was at unhealthy level.
Then, I started to use the Phytocol-ST with 4 tablets per day (2000 mg of phytosterols). To test the result, I stopped taking OmegaGuard, Lecithin and even reduce the intake of ESP Soy Protein. My diet were very unhealthy - loaded with fat and less fiber, vegatables and fruits.
What happen after 2 months?
I tested my LDL level again on 30-May. Test result was 101 mg/dl. Total reduction of LDL level is 22%!!"
Terjemahan:
"Saya mempunyai masalah kolestrol LDL yang tinggi disebabkan amalan pemakan saya. Saya gemarkan "lemak" dan asasnya, ia merupakan diet biasa rakyat malaysia. Di Malaysia, terdapat lebih dari 6 juta orang dewasa yang mempunyai masalah kolestrol seperti saya.

Di bawah merupakan keputusan ujian makmal bagi LDL saya
26-Mar-14: Level LDL ialah 129,g/dl yang mana ianya sangat tidak sihat.

Kemudian, saya mula mengamalkan Phytocol-ST sebanyak 4 tablet sehari (2000mg phytosterol). Untuk menguji hasilnya, saya berhenti mengambil OmegaGuard, Lecithin malah mengurangkan pengambilan protein soya ESP. Cara pemakanan saya sangat tidak sihat- sangat berlemak dan kurang serat, sayur dan buah-buahan 

Apa terjadi selepas 2 bulan?
Saya menguji tahap LDL saya semula pada 30 May. Hasil ujian ialah 101mg/dl. Pengurangan paras LDL sebanyak 22%!!"

ujian darah: SEBELUM mengambil  Phytocol-ST


ujian darah: SELEPAS mengambil  Phytocol-ST
Ingin merasakan sendiri hasilnya? Hubungi saya segera sebelum kolesrol jahat bermaharajalela dalam tubuh anda dan membawa kepada penyakit yang lebih teruk. Sayangi tubuh amanah Allah. 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4797178307185e7ace9da7c544327174


Salam sayang,


Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee. 
COD sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.  

Sumber:
http://mamaceria.com/apa-maksud-keputusan-ujian-kolesterol-anda/
http://pts.com.my/index.php/berita/bahaya-kolesterol/
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/kesan-kolesterol-badan
http://precioussvita.blogspot.com/2014/06/phytocol-st-shaklee-menurunkan.html

1 comment:

  1. Info yang berguna,mencegah adalah lebih baik dari merawat

    ReplyDelete