Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Tip Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin

Masih dalam mode bercuti, umur Amjad dah 56 hari. Alhamdulillah, berat saya dah kembali kepada asal seperti sebelum hamil, masa Amjad cucuk sebulan hari tu. Dan kini, insyaaAllah saya dalam usaha untuk turunkan lagi ke berat badan ideal memandangkan berat sekarang dah considered overweight juga. hehe. 

Selepas bersalinkan anak kedua dulu, berat saya susah turun tapi masa anak keempat ni, amazing juga dalam masa sebulan berat dah kembali kepada asal. Jadi, meh saya share tips nak kurus dengan cepat selepas bersalin.

Untungnya orang dalam pantang kurus dengan lebih cepat sebab banyak makan kena pantang. Jadi ianya dah membantu. Selain tu, beberapa tips lain nak kurus dengan cepat selepas bersalin ialah: 
Susukan bayi dengan kerap. 
Semasa menyusukan bayi, kalori anda dibakar. Jadi, rajin2 susukan bayi ye.

Elakkan makanan berlemak, berminyak
Makanan dalam pantang yang saya ambil memang agak "strict". Tiada makanan bergoreng atau berlemak. Semuanya dibakar atau kukus. Dan makanan paling glamer, of course ikan bilis yang digoreng tanpa minyak dan dimakan dengan serbuk lada hitam
 
kurangkan makanan/minuman bergula
Gula diperlukan untuk tenaga, namum hadkan pengambilannya kerana gula menggemukkan
 
Dapatkan tidur yang cukup tetapi tidak berlebihan
Tidur yang cukup memainkan peranan penting dan sistem metabolisma tubuh. Kebiasaannya, ibu berpantang tak cukup tidur waktu malam tetapi cuba adjust dengan tidur sebentar waktu siang
 
Makan makanan berserat tinggi untuk mengelakkan sembelit 
Jika anda tak boleh makan sayur, cuba dapatkan serat dari sumber supplemen seperti alfalfa dan ESP.
Ia juga banyakkan susu :)
 
Ambil makanan atau supplemen yang mengandungi Omega 3 untuk memecahlah lemak dan melancarkan peredaran darah
Saya plak amalkan lecithin dan Omega Guard
 
Minum air masak sekurang-kurangnya 2 Liter sehari, seeloknya air suam sepanjang pantang
Saya tak minum air sejuk langsung sepanjang pantang. Air kosong yang banyak membantu proses pembuangan dan meningkatkan metabolisma tubuh.

Bertangas 
Ala2 sauna gitu :) Memang berpeluh2, keluarkan toksin dari tubuh dan anda akan terasa segar selain cepat kurus lepas bersalin tau.
 
Bertungku dengan kerap kerana ia membuatkan kita berpeluh
Well, ni juga bantu perut kita kempis dengan cepat selepas bersalin. 

InsyaaAllah, jika anda konsisten dengan tips untuk kurus dengan cepat seperti di atas, pasti anda boleh turunkan berat badan dengan segera semasa dalam pantang. 

Selamat Mencuba!

Ingin dapatkan produk Shaklee atau menjana pendapatan menerusi Shaklee? Hubungi saya segera.

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

No comments:

Post a Comment