Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Tips Untuk Mudah Bersalin Secara Normal



Alhamdulillah, saya selamat bersalin anak ke empat 14 April 2014 ketika usia kandungan 37 minggu. Walaupun EDD sepatutnya 1/5/2014, Muhammad Amjad Arsyad nak juga lahir tarikh yang sama dengan tarikh lahir umminya. Hehe, we are sharing the same birthdate. Agak lama saya tak post pape entry sbb takde internet semasa berpantang di kampung.

Sebelum ni ada saya kongsikan petua yang boleh diamalkan semasa hamil untuk memudahkan proses bersalin. Kali ni, saya nk kongsikan bagaimana nk memudahkan atau mempercepatkan proses kelahiran bila dah sampai waktunya. Ini untuk mereka yang bersalin secara normal ye. Apa yang saya kongsikan hanya berdasarkan pengalaman saya sendiri selepas 4 kali bersalin secara normal. Alhamdulillah, ianya jadi semakin mudah bersalin bila kita tahu apa yang perlu dilakukan. Perlu dinyatakan, pengalaman setiap ibu tidak sama jadi pengalaman yang saya kongsikan mungkin berbeza dengan ibu2 lain. Lagi sekali, ini hanyalah panduan berdasarkan pengalaman saya sendiri 

Kesakitan semasa hendak bersalin secara normal semakin bertambah apabila contraction menjadi semakin kerap. Apabila sudah sampai masa untuk “push” kita akan rasa seperti hendak buang air besar. Proses melahirkan anak sulung agak mencabar kerana ianya pengalaman pertama. Bayi sulung saya sebenarnya sudah bersedia untuk keluar dan laluan juga sudah terbuka sepenuhnya tetapi kerana tiada pengalaman, saya tidak mengetahui perkara tersebut. Nurse juga tidak menjangkakan laluan akan terbuka dengan cepat. Alahai, terpaksalah saya menahan sakit fasa terakhir tu agak lama sebelum nurse periksa bukaan dan menyedari bahawa saya sepatutnya dah boleh “push”. Bayi juga dah berak sikit bila keluar.

Pengalaman anak kedua; OK, saya dah tahu it’s time to push tapi tak dibenarkan untuk push sebab nurse kata lapisan selaput masih tebal. WALLA!! Tapi tak tahan punya pasal, saya tetap push bila contraction datang. Akhirnya A’isy lahir masa bukaan baru 7cm dan terdapat lingkaran seperti darah beku di sekeliling mata hitamnya. Menurut nurse, ianya kesan akibat berada terlalu lama di pintu Rahim. Lingkaran tersebut hilang selepas 3 minggu.

Raudhah selamat dilahirkan tanpa masalah dah rasanya, proses melahirkan Amjad paling mudah antara semua. Semasa mengandungkan Amjad, saya amalkan tips seperti yang saya kongsikan di entry sebelum ini seperti melakukan squatting dan mengamalkan bacaan surah Maryam. Saya juga banyak berjalan bila usia kandungan masuk 36 minggu.malah, masa check in hospital pon, saya menolak bila petugas nk ambil wheelchair sbb mmg nk banyakkan brjalan. Even dalam labour room pon saya berjalan keliling bilik hingga nurse suh baring untuk dipasang ecg. Berselawat terutama semasa contraction datang, insyaaAllah sedikit sebanyak membntu kita mengharungi kesakitan.

Baring mengiring ke kiri membuatkan contraction makin kerap dan mempercepatkan laluan terbuka dan bila contraction makin kerap, minta nurse kosongkan pundi kencing anda kerana ia mempercepatkan lg proses. Tiub akan digunakan bagi mengosongkan pundi kencing. Berdasarkan pengalaman saya dengan anak ketiga dan keempat, fasa “ready to push” terjadi serta merta tak sampai seminit selepas pundi kencing dikosongkan.

Bila anda bersedia untuk push, ikutla nasihat nurse tentang cara2 push yang betul utuk meminimumkan luka semasa proses bersalin. Jangan angkat punggung semasa push untuk mengelak luka yang banyak.

Bagi 1st time mother, all the best untuk anda. Tawakkal dan banyakkan berdoa semoga Allah memudahkan proses bersalin anda. Dan jangan lupa amalkan Set Bersalin Shaklee untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengembalikan tenaga dengan segera. 

My Shaklee Baby, Muhammad Amjad Arsyad


Salam Sayang,

Norul
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
norulh@gmail.com  
FB; Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

1 comment:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete