Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Perkara yang elok diamalkan ibu mengandung menurut Islam

Bagi ibubapa beragama Islam, seeloknya kita membuat amalan yang baik2 di mana amalan ini akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Madmood, antara perkara yang elok diamalkan oleh suami dan isteri semasa ibu megandung ialah:

  • Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t
    Banyakkan berdoa, bertaubat dan berstighfar kepada Allah
  • Banyak berdoa kepada Allah s.w.t
  • Rajin puasa sunat (suami digalakkan puasa sunat isnin dan khamis
  • Tidak tinggalkan solat wajib dan rajinkan solat sunat
  • Banyakkan berzikir
  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan baca buku2 ilmiah seperti kisah2 nabi, kisah para sahabat dan buku2 berkaitan agama Islam
  • Berbual2 dengan bayi dalam kandungan
  • Ibu melakukan kerja2 dan senaman ringan di rumah untuk memudahkan proses kelahiran
  • Elakkan tekanan dan stress
  • Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  • Makan makanan yang baik, berkhasiat, halal dan sumber pendapatannya adalah dari sumber yang halal
  • jauhi sifat dendam dan dengki
  • Rajin mengukir senyuman
  • Rajin menghadiri majlis2 ilmu

terdapat juga perkara yang perlu dielakkan suami dan isteri semasa ibu mengandung seperti:


  • Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
  • Elakkan makanan dan minuman dari sumber yang haram
  • Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang dan sebagainya
  • Suami harus elakkan dari melakukan perkara yang merunsing dan menyedihkan isteri
  • Elakkan penampilan yang tidak elok di hadapan suami
  • Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t
  • Jauhi perkara2 yang benunsur negatif dan bersifat mazmumah
  • Jauhi memperlihatkan aurat kepada yang bukan muhrim
  • Jauhi amalan khurafat

Sementara itu, ibu mengandung dan bapa juga elok mengamalkan surah2 berikut:


  • Surah alfatihah untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan
  • Surah maryam untuk memudahkan kelahiran dan mendapat anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman untuk menperoleh anak yang cerdik akal dan jiwa
  • Surah Yusuf untuk memperoleh anak yang cantik rupa paras dan akhlaknya
  • Surah Hujurat untuk memperoleh susu ibu yang banyak, insyaaAllah dan anak yang bersifat waspada
  • Surat Yaasin untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan ke arah maksiat
  • Surah AtTaubah untuk membersih jiwa dan menjauhi maksiat
  • Surah An-Nahl untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Credit 


Salam sayang ,

Norul   SMS/Whatsapp: 018-290 7924     
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah  
Pengedar Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 
 

No comments:

Post a Comment