Disclaimer

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sebarang testimoni yang dipaparkan adalah pengalaman peribadi individu dan kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza"


Manfaat Susu Ibu

Terjemahan secara langsung dan diedit dari Babycentre UK

Terdapat banyak manfaat susu ibu kepada ibu dan bayi. Ia merupakan cara yang sangat istimewa untuk merapatkan hubungan ibu dan bayi. Yang paling utama, susu anda memberikan segala yang diperlukan oleh bayi semasa proses tumbesaran 6 bulan pertama selepas kelahirannya.

Selepas bayi mula diperkenalkan dengan makanan pejal semasa umurnya 6 bulan, penyusuan susu ibu masih boleh diteruskan. Susu ibu kaya dengan nutrient yang akan memberikan kebaikan berterusan buat bayi anda.


  • Susu ibu membantu bayi melawan sebarang jangkitan semasa bulan2 awal kelahirannya. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi dari penyakit seperti masalah perut meragam, selsema, jangkitan dalam air kencing dan jangkitan telinga.


  • Susu ibu juga mengurangkan risiko elergi pada bayi seperti masalah asthma dan eczema. Ia membantu melindungi bayi dari sebarang masalah kesihatan yang serius seperti  diabetes dan leukemia di kalangan kanak2.


  • Selain antibodi yang memang sedia wujud di dalam susu ibu, badan ibu juga akan menghasilkan antibodi baru jika ibu terkena sebarang jangkitan seperti demam atau selsema. Antibodi ini akan dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu. Oleh itu, janganlah berhenti menyusukan bayi anda jika anda demam atau selsema.


  • Susu ibu mempunyai asid lemak DHA dan EPA yang amat penting dalam membantu perkembangan otak bayi.  Penyusuan susu ibu secara ekslusif semasa bulan2 awal kelahirannya dipercayai dapat membuatkan bayi lebih pintar dan cerdas.


  • Penyusuan susu ibu juga merupakan pilihan yang paling sihat untuk ibu. Ia mengurangkan risiko kanser payudara pra menopause, kanser ovari dan kerosakan tulang akibat osteoporosis.


  • Secara praktikalnya, susu ibu amat mudah dan murah. Tak perlu membancuh susu di tengah malam, membawa kelengkapan susu, botol dan air panas apabila keluar membeli belah atau balik kampung. Bayi juga akan lebih rapat dengan ibunya. 

Salam Sayang,
Norul   
SMS/Whatsapp: 018-290 7924     
norulh@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah  
Pengedar Shaklee sekitar Gombak, Setapak, Wangsa Maju, KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.  



2 comments:

  1. susu ibu merupakan susu terbaik kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jamian sarif :-) thanks for dropping by

      Delete